34 | promise

159 5 1
                                        

-Hazel

Ktak ! ktak !

Bunyi hantaran bola menjadi bunyi latar pada suasana dewan yang kosong.Gelangang bola jaring telah ditukarkan berdekatan dengan gelangang bola keranjang dan bola tampar.Sedihnya, aku berjauhan dengan Kay kali ni.Tak dapat usha dia selalu dah.Hurmm.

"Haze, ajar Mia passing bola jap, aku dan Syah nak ambil kotak air mineral dekat meja Miss Elia"Ujar Nabilah.Aku angguk sahaja lalu bangun dari duduk.Botol air aku letakkan di atas kerusi.

"Try passing dekat aku"Mia angguk lalu di passing dekat aku dengan hantaran paras dada namun hantarannya melambung dan menyebabkan ianya mendarat jauh dari kedudukan kitorang sekarang.Aku pandang Mia yang bergegas ambil bola.Apa yang kurang sampaikan bola melambung jauh ? Hantaran paras dada mempunyai momentum hantaran sederhana tapi hantaran Mia tadi, sangat cepat.

Aku minta bola pada Mia lalu aku melambung kuat bola ke udara.Uh ya, tenaga dan kecepatan tangan membuatkan bola lebih laju tapi hantaran Mia tadi sangat laju dan aku tak tahu sebabnya.Well, aku bukan pro, aku just tahu seimbangkan hantaran mengikut keadaan tapi aku tak tahu macam mana nak seimbangkan hantaran yang dibuat Mia.Mungkin sebab dia lebih mahir Goal Attack.

"Lama kau berfikir"Ujaran Mia buat aku terkebil kebil.

"Hantaran kau, aku tak boleh nak baca.Look, hantaran paras dada memang boleh laju bila kita hantar dengan kuat tapi hantaran paras dada tak buat bola melambung jauh"Mia terkebil kebil.Ha ya, dia pun keliru dan begitu juga aku.

"Memandangkan Mia kebiasaannya menepis bola, tenaga yang dihasilkan lagi kuat dari passing lain.Hantaran paras dada yang dibuat Mia tadi melambung kerana dia tak bengkokkan siku sebaliknya dia hantar lurus dan kuat sehingga melambung"Ujaran mengejut Irdina membuatkan aku terus cuba untuk menghantar bola dengan gaya yang sama seperti Mia tapi bola aku sebaliknya terlambung ke kawasan bola tampar.

"Biar aku ambil !"Ujar Ciara lalu mengangkat tangannya dari jauh lalu melangkah masuk kedalam gelangang bola tampar.Pada masa yang sama, Nabilah dan Syah muncul dengan kotak air mineral.

Pap !

Kotak air mineral dilepaskan mereka sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.Nafas mereka termengah mengah.

"Korang asal ?"Soal Emira sambil membaling baling bola ke udara.

"Aku nampak Kay dengan Irshad gaduh.Cikgu dahlah mesyuarat, tempat tu pula tak da pengawas.Aku tak tahu nak buat apa"Ujar Nabilah.

"Damn ! dia kat mana ?"Soal aku pada Nabilah.

"Belakang bangunan blok A berdekatan dengan lorong kelas kau"Ujar Nabilah.Tak tunggu lama, aku bergegas menuju ke tempat yang dikatakan Nabilah diikuti dengan Mia dan Raudah.

Melihat kawasan yang dikelilingi dengan pelajar.Aku lantas bersesak sesak disebalik kesesakkan pelajar namun lain yang jadi apabila aku tertolak betul betul ditengah tengah antara Kay dan Irshad.Dorang yang tak habis lagi dengan pergaduhan, menghentikan tingkah mereka apabila melihat aku.

Damn baguslah.

Aku bangun dengan memegang tangan Kay.

"Kau okay Kay ? Asal banyak sangat lebam ni ? Kau dah janji taknak gaduh kan.Ni banyak lebam ni asal ?"Dia menepis tangan aku yang membelek wajahnya.Oh baru perasan yang ada ramai orang sedang memerhati.

"So hazel, siapa kau akan pilih.Aku atau Kay ?"

"Huh ?"Apa yang dia merepekkan ?

"Hazel jom"Kay menarik tangan aku yang berlapikkan inner namun Irshad menahan langkah aku dari mengikuti Kay.

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang