PENGADIL membaling bola dari tengah,serentak itu center pihak lawan menangkapnya tanpa sempat nabilah menangkap.Center pihak lawan membaling bola pada WA mereka yang dari awal menarget bola namun lain yang jadi apabila Syaf tangkas menangkap bola lalu dibaling kearahku.Aku tidak menunggu lama, lantas membaling bola kearah Emira namun WD pihak lawan menepis bola itu kearah Center mereka dan saat itu center mereka mereka membalingkan bola pada GS dan tanpa teragak agak mereka berjaya mendapat satu mata.
Aku mencarut pada diri sendiri.Kenapalah aku tak masuk dalam circle untuk tepis bola.Haih.Pengadil yang sedang mencatat mata, aku pandang sekilas sebelum kami semua mulai berkumpul.
"Macam mana ni Nab.Semua dorang nampak pro jer.Kita training pun tak sampai tangkas macam tu,sampai Irdina pun tak sempat nak halang GA dorang"Ujar Ciara.Saat itu nabilah mengeluh lalu memandang goal.Aku tahu nabilah pun baru dalam hal ni, dia baru pertama kali kot jadi ketua.Macam mana aku tahu ? Kak raisah awal awal lagi bagitahu aku tadi.
"Macam ni lah.Nabilah pastikan lepas pengadil baling bola kau tangkap lepastu kau baling dekat aku dan saat tu aku akan baling dekat kau Ir.Bila kau dah sambut GK dorang mesti akan halang kau dari jaringkan goal jadi masa tu kau acah acah nak baling kedalam goal dan saat tu kau pusing baling kat aku dan masa tu, aku akan cuba jaringkan"Cadangku.
"Kau pasti kau boleh jaring ?"Soal Irdina.
"Sokay aku percaya kau.Kita kalah ni ada sebelas mata menanti"Ujar Nabilah dan saat itu wisel dibunyikan.Kami semua kembali ketempat dan kedudukan kami.Disaat pengadil membaling bola, semua mata memerhati.Saat itu, nabilah pantas mengambil lalu dibaling kearahku tanpa sempat Center pihak lawan berbuat apa apa.
Aku yang saat itu mendapat bola lantas memandang mereka yang sudah menahan aku dari membalingkan bola kearah Irdina.Aku berdoa banyak banyak.Tolonglah sampai ke Irdina.Aku tiup bola itu lalu ku baling kearah Irdina.Dan saat itu aku menghela nafas lega, aku berjaya baling bola itu pada irdina tanpa sempat dirampas oleh pihak lawan.
Seperti strategi yang aku rancang tadi.Irdina mengacah acahkan ingin menjaringkan goal namun bola itu terarah pada aku tanpa sempat aku memberi signal 'belum'.Namun apa boleh buat, bola sudah ada ditanganku namun jarak goal sangat jauh untuk aku jaringkan.
Aku menarik nafas lalu hembus.Bismillah.
Terus tanganku membaling bola tersebut sejurus itu mengatup mata.
"GOALLLL !!"Suara penonton mencecah suasana yang tadinya tegang.Kumpulan bola sepak yang tadinya terduduk tenang dikerusi khas mulai terkejut dengan jaringan jauh yang dibuatku.
"Hebat juga Haze kan.Sama dengan Haze yang aku kenal"Ujar Ed dengan senyuman.
"Aku tak sangka yang dia masih Haze kita"Ujar Shawn.
"Dia tak pernah berubah tapi kita yang berubah"Ujar Nazim.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
STICKEY note bercetak yang berada di setiap muka surat buku yang aku pinjam di library semalam aku lihat dengan pandangan kosong.Pada muka surat pertama, aku melihat satu perkataan digaris berserta satu helai stickey note berwarna pink.
Cinta
Terlalu susah dirungkai ibarat kuiz matematik.
-peanutDia lagi.Untuk simpan semua stickey note dia ? Ya aku akan simpan dan ianya tak bermakna aku sukakan pemilik stickey note ini.Cumanya dia nampak struggle untuk karang setiap ayat ayat ni, ini bukan kali pertama dia hantar stickey note.Malah sudah banyak kali namun begitu tidak dinafikan yang aku agak tertanya tanya, siapa yang berani sangat hantar stickey note ni pada aku.
Untuk simpan semua surat yang diberi oleh semua pelajar perempuan ? Itu bukan aku.Kira sahaja sudah berapa pucuk surat yang aku buang oleh kerana aku taknak perkara perkara itu menganggu aku, aku tak minta dorang untuk minat aku tapi ianya dah berlaku dan aku tak boleh buat apa apa.
Bercinta seperti yang diinginkan para pelajar sekolah ? Aku tak terfikir nak buat zina diusia sebegini.Walau sejahat aku pada kaum perempuan, aku tak pernah lagi melakukan perkara perkara yang mendatangkan kemurkaan allah.Aku bukannya jahat pada kaum perempuan tapi aku sebaik baiknya hindarkan diri dari melakukan zina.
"Oii Kay ! Jomlah tengok pasukan bola jaring main.Persaingan dorang makin sengit"Ed menerjah tiba tiba.
"Salam kau mana ?"Soalku.
"Assalammualaikum kawanku"Ujarnya lalu tersengih.Aku lantas menjawab salamnya didalam hati lalu buku yang penuh dengan stickey note itu aku letakkan di dalam loker.
"Jomlah"Ujarku lalu kami berdua menuju ke padang dibahagian tempat penonton.Mataku tertacap pada hazel yang tangkas menangkap bola dari pihak lawan.Walau dari jauh dia cekap membaling bola mengena kedalam jaring sejurus itu para penonton memberikan sorakkan.
Disaat dia memusingkan wajahnya menghadap penonton.Dapat aku lihat jelas pipinya yang lebam namun dia masih meneruskan permainan.
"Tinggal satu pusingan lagi"Ujar Shawn lalu dia membetulkan duduknya.
"Asal hazel teruskan main ? Nampak macam dia cedera"Ujarku.
"Mane ? eh ye dhoo"Zared mengiyakan kata kataku.Dan disaat aku memandang kearah hazel yang tampak serius kebetulan dia pun memalingkan wajah menghadapku.Wajahnya memerah dan ianya tampak sangat ketara.Cepat cepat dia pandang tempat lain.
Dia..blushing ker ? Kat aku ? Asal ?
𝑨𝒍𝒊𝒏𝒂𝒚𝒍𝒆🦋
YOU ARE READING
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋