38 | amnesia

88 3 2
                                    

           HAMPIR berminggu minggu rasanya Hazel dan Kay tak bertemu kerana masih ada beberapa pusingan untuk ke peringkat kebangsaan.Lagipula, Hazel bertandingan di luar negeri begitu juga dengan Kay.Jadi selepas kes itu, taklah mereka bertembung muka.

Pusingan pusingan memeritkan otak dan minda itu, tamat dengan kemenangan yang berpihak pada diamond high.

Dan semestinya kumpulan masing masing mendapat piala.Peringkat kebangsaan kot.Hazel yang pada mulanya putus asa dengan bola jaring mampu memberi peluang besar pada kumpulannya untuk menang.Tak lupa, kelebihan Ciara juga tak ada lawannya.Gadis itu sangat cekap bila berada dalam match.

"Assalammualaikum, adik dah balik !! Abah tak rindu adik ker ?"Soal Hazel bilamana melihat Encik Hazri duduk tenang di atas sofa sambil membaca surat khabar.Entah sejak bila abahnya baca surat khabar tah.

"Eh, asal dekat sini ?"Soal Encik Hazri, hazel terkebil kebil.

"Asal ?"Hazel menyoal kembali.

"Hari ni kan adik duk rumah family Kay"Hazel menepuk kepala.Macam mana dia boleh lupa yang dia ada suami.Tak pernah pernah dia lupa yang dia isteri pada Kay tapi entah macam mana, hari ni terlupa lak yang dia ada suami.Mungkin terlebih penat kot.

"Ahahlah, adik lupa yang adik ada suami"Hazel melepaskan keluhan.

"Astagfirullah alhazim.Suami sendiri boleh lupa, parah dah tahap pelupa adik ni"Ujar Encik Hazri lalu meletakkan surat khabar disebelahnya.

"Adik tidur sinilah bah.Adik betul betul penat, kalau Kay call.Cakap adik takleh balik rumah.Haihh adik super duper penat lah bah.Lagi penat dari ikut abah pergi hiking dulu"Keluh Hazel sambil kakinya melangkah naik ke atas.Encik Hazri yang melihat mengelengkan kepala.Dah agak dah yang Hazel akan jadi penat serupa tak baring setahun.

Sejak dulu dia kenal hazel, anak gadisnya itu paling malas melibatkan diri dengan aktiviti yang buat dia penat tapi bola jaring berminat pula.

"Adik balik ker bah ?"Soal Hazelina yang baru keluar dari dapur.

"Haah.Lembik semacam je tu"Ujar Encik Hazri.

"Oh yah, kamu tahu penyakit Zayri ?"Soal Encik Hazri.

"Penyakit ?"Soal Hazelina.Tak pula dia tahu yang Zay sakit tapi ada yang pelik dengan lelaki itu saat mereka jumpa beberapa minggu lepas.Zay yang sekarang bukan lagi Zay yang dia kenal.Lelaki itu sangat lain.

"Haah, tapi Abah tak tahu penyakit apa"Ujar Encik Hazri.

"Abah, kakak nak keluar dulu.Apa apa roger"Tangan Encik Hazri disalam.

"Nanti belikan abah kfc !"

"Tak boleh ! ayam kfc banyak minyak !"

Encik Hazri mencebik.

******

          HAZEL terjaga dari lena bilamana suara Kay kedengaran disebelahnya.Hazel memusingkan badan lalu memeluk pinggang Kay.Dia sangatlah penat untuk bangun lagi lagi dia tidur kat atas lantai dan bukannya katil memandangkan dia malas nak mandi.

"Mandi hazel"

"Mandikan"Pinta Hazel sambil matanya masih tertutup.Masih dalam mamai yang tak berpengakhiran.Dia memang malas nak gerakkan kaki sekarang.Subuh tadi dia bangun solat subuh, lepastu cikgu belanja makan then balik.Semalam pun dia tak dapat tidur sebab terlebih gembira.

"Hazel tak rindu Kay ?"Soal Kay.

"Rindulah"

"Bangunlah.Kita dah lama tak jumpa.Asyik cakap dalam telefon je"Ujar Kay.

"Hazel penat"Ujar Hazel.

"Then mandilah dulu.Lepastu kita solat zohor sama sama"Ujar Kay.

"Mandikanlah Hazel"

"Jangan mengarut.Bangun"Kay mengangkat tubuh Hazel lalu di bawa ke bilik air.

"Mandi tau.Kay siapkan baju hazel"Ujar Kay.Hazel angguk lalu membuka bajunya.

"EHHHH EHHH TUTUP PINTU"Panik Kay lalu laju sahaja menutup pintu bilik mandi itu.Merisaukan betul budak tu.

******

       HAZELINA melangkah menuju ke arah Zay yang sedang duduk lepak dengan beberapa pelajar masalah Universiti.

"Zay ikut aku"Pinta Hazelina.

"Dah berapa kali aku cakap yang nama aku Zafri ?"

"Kau merepek apa Zay ?! Ikutlah aku"Bengang Hazelina.

Zay meraup rambut ke belakang lalu mengekori langkah Hazelina.Manakala gadis itu masih tak puas dengan Zay yang berubah 360 darjah.Apa yang tak kena dengan lelaki itu ? Kalau sakit kenapa kena berubah sampai tahap jadi pelajar bermasalah ?!

"Tell me.Kau sakit apa Zay ?! Apa yang tak kena dengan kau sampaikan kau jadi pelajar masalah ni ? Bagitahu aku apa sebab kau berubah sampai macam ni.Bagitahu aku Zay"Wajah Hazelina memerah.Dalam pada marah, dia risau kalau firasatnya sebentar tadi betul.

"Weii aku dah cakap yang aku Zafri.Zay pun aku tak kenal siapa then tetiba kau serang aku"

"Kau amnesia ker ?!"Hazelina yang tadinya marah memandang Zay risau.Zay dah tepuk dahi.

"Lantak kaulah.Dengar sini, aku bukan Zay but Zafri so jangan datang and meroyan tetiba, astu cakap yang aku ni Zay"Ujar Zay lalu melangkah pergi meninggalkan Hazelina.

Hazelina masih termangu mangu di situ.Jadi betullah Zay amnesia ? or dia ada split personality disorder ?

they storyWhere stories live. Discover now