lain hari, lain masa, lain babak.
faham ?********
UNTUK kali pertamanya, tahun ni aku dapat beraya dengan Kay.Eii seronoknya raya dengan crush a.k.a husband sendiri.Kau ade ? Takde ? Oh sape kesah ? Tak memain je.Actually taklah happy sangat, abah terpaksa oustatian, umi pula terkandas di australia.
Jadi raya pertama, berayalah aku di rumah Kay.Sedih sebenarnya sebab tak dapat nak raya dengan abah walaupun dah setiap tahun hadap muka abah.Dan umi pula.Haihhh, dahlah tak pernah raya dengan umi.Nak juga merasa untuk beraya dengan umi.
Tapi walau macam manapun, aku kesian dengan Kay sebab dia tak dapat nak balik kampung dia sebab keluarga dia pun tak dapat nak cuti.Raya pertama pun cuti separuh hari.Keluarga Kay ni sebenarnya menguruskan sebuah cawangan perabot yang agak terkenal juga sebab perabot ini original malaysia.Tak mainlah import import.
Abah, seperti yang korang tahu.Dia arkitek harapan syarikat dan umi pula pengetua sekolah.Kalau nak cakap pasal kakak aku yang busy macam perdana menteri tu tak cakap lagi.Kakak aku, raya ni dia cutilah tapi sekejap je.
Oh ya, aku ada bagitahu korang tak yang Abang Zay ada kembar iaitu Muhammad Zafri.Kembar Abang Zay ni memang tak ngam dengan keluarga Kay sejak dulu.Kay kata, Abang Zafri ni dulu kaki perempuan sehinggakan Papa tak mengaku anak.Begitulah ceritanya.Aku cerita ni pun sebab author suruh.Taknak buat cerita pepanjang katanya.
"Hazel, tahun ni kita pakai warna hitam nak ?"Soal Kay tanpa memandang aku.Dia ni memang kalau bercakap tak pernah nak pandang aku.
"Bukan tema keluarga Kay warna hijau zamrud ker ?"Soalku pada Kay.Sambil itu aku menukar cadar katil dengan cadar yang aku baru beli dari shopee.
"Yalah tapi ini untuk kita je.Kita berdua kan satu keluarga juga, cumanya kita tak ada anak"Ujar Kay sambil memandang aku dengan pandangan yang susah aku tafsirkan.Apeniehh ?! Aku baru 16 lah untuk cakap pasal anak ni.
"Kita pakai warna hitam ek ?"
"Taknaklah, Hazel teringin nak pakai navy blue"Bantahku tanpa memandang Kay dan meneruskan aktivitiku dengan mengangkat katil untuk memasukkan cadar.Jangan memain, aku kuat tau.
"Tapi Kay nak warna hitam"Ujar Kay membantah kata-kataku.Eii sejak bila dia pandai membantah ni ? Aku hentikan kerjaku sekejap lalu memandang kearahnya.Dalam cuba aku mencari nafas sebab penat.Mata Kay tak henti-henti memandang aku.
"Navy blue sama taraf dengan warna hitam juga kan"Ujarku.Kenapa dia taknak kalah pula ni.Baju raya je kot.
"Taknak, Kay nak tengok hazel pakai warna hitam.Mesti cantik, lagipun Kay dah belikan untuk hazel.Tu yang Kay buka topik pasal tu"Ujar Kay.Aku mengeluh.Patutlah.Eii nasib sayang.
"Yelah, yelah.Nanti hari raya dekat sekolah kita pakai okay ?"Kay angguk laju.Aku senyum lalu menyambung menyarungkan cadar sebelum Kay memeluk pinggangku dari belakang.Eii nak jeritlah, ape peluk peluk nieh.Lemah jantung kite.
"Biar Kay buat"Kay mengangkat tubuhku dalam kedudukkan dia yang masih memeluk pinggangku untuk duduk di atas sofa.
"Itu kerja hazel lah"Ujarku.
"Tak apa, Kay boleh buat"Ujarnya.Aku tersenyum senyum.Nak kena lempang dia ni.Nasib hensem.
BUMMM !!
Aku menekup dada.Tak lain tak bukan, siapa lagi yang akan kurang ajar terlebih kalau bukan Zafri.Haah dia dah berbaik dah dengan papa dan mama.Bulan Mei hari tu tak silap.Tahlah.
"WEIII ESOKKK RAYAA SIAKK !!"Ujar Zafri.
"Kau jangan main main.Betul betullah Zaf"Ujarku lalu berdiri memandang Zafri.Aku dan mama dahlah plan nak beli kuih raya esok.Lepastu lauk pauk pun tak masak lagi.Daging pun tak beli lagi.
"Betul lah ! Tulah, siapa suruh tak tengok berita"Ujar Zafri penuh bongkak.Kononnya dia baru lepas tengok berita padahal dialah orang pertama akan tukar siaran tv bila ianya tentang berita.
"Dah ah kau.Mama macam mana ? Daging dah keluar dari peti sejuk.Mira dah sampai belum ?"Soalku sambil kaki bergegas turun ke bawah.Apenieh.Tahun lepas tak dapat raya, tahun ni pula raya mengejut.
*end special raya ..
****
*pendek je, sebab baru perasan yang dorang kay dan hazel tak raya pun .. memandangkan sekarang ni bulan syawal .. terfikir juga nak rayakan salah satu karakter dalam novel sy .. lmao
btw, selamat hari raya maaf zahir dan batin .. kita zero plus2 lah ek .. mwah

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋