55 | scar

92 5 0
                                    

             SETELAH beberapa hari berlalu, barulah dia berkesempatan untuk melawat Hazel.Pertama-tama, dia rasa dia perlu salahkan mindset dia dengan berfikir Hazel akan datang padanya setelah mengetahui keberadaannya di sini namun jauh sama sekali.Kelibat malah chat dari Hazel langsung tak masuk.

Entah kenapa Kay rasa bodoh, kenapa baru sekarang dia sedar.Dia selalu harapkan Hazel cari dia dulu, dan buat semua benda Hazel kena buat terlebih dahulu sementara dia hanya menunggu.

Dia jujur, dia selalu tunggu chat dari Hazel.Setiap masa, dia tak pernah terfikir nak chat Hazel dulu sebab dekat sana, Kay seboleh-bolehnya nak fokuskan diri dengan belajar.Kay jujur, dia sedikit rimas bila Hazel berterusan chat dia tapi sejak sebulan berlalu, dia dah tak dengar khabar dari Hazel.Benda tu buat dia terganggu.

Kay selalu mimpi bahwa suatu hari Hazel akan tinggalkannya malah dia selalu mimpi yang Hazel minta cerai sehinggakan ayat itu tak berhenti dari membelenggu Kay.

Dulu, Kay sangat obseskan Hazel sehinggakan semua lelaki yang dekat dengan Hazel dia halang.Malah mungkin lebih teruk, dia putuskan hubungan Hazel yang dah hampir setahun hanya kerana cemburu.

Ketika sekolah rendah, Kay masih ingat masa kali pertama dia bertemu Hazel semasa mereka berumur 7 tahun.Kay dulu nakal, dia tak ada kawan, agresif, cara dia ajak main buat orang cedera dan ramai takut nak main dengan Kay.

Dulunya Kay hanya seorang budak yang sombong dan nakal.Dia tak kesah pun tak ada kawan tapi semestinya itu tipu, dia rasa sunyi sebab tak ada yang nak dekat dengan dia sehinggalah dia ditukarkan ke kelas hujung iaitu kelas Hazel.

Hazel orang pertama yang rapatkan diri dengan Kay walaupun berkali-kali dimarahi Kay namun Hazel mana nak putus asa walhal gadis itu memiliki ramai kawan tapi masih ingin menarik Kay dalam kelompoknya.

Semakin lama, Kay semakin selesa.Dia mula rapat dengan Hazel sehingga dia rasa dia tak perlukan orang lain selain Hazel sampai satu tahap dia jadi cemburu kalau ada orang dapat perhatian lebih dari dia.Di situ prestasi Kay sangat teruk.Namun berjalan seiringnya waktu, mereka jadi stranger.

Kay berada di kelas paling bawah sementara Hazel berada di kelas paling atas.Mereka selalu berpisah.

Namun hal itu tak membuatkan Kay putus asa pada Hazel.Setiap orang yang mendekati Hazel pasti akan cedera sehingga dorang rasa Hazel ni pembawa nasib malang.Sementara Hazel bersedih, Kay gembira dengan apa yang dia lakukan.

Setelah naik darjah 5, kelas Kay dan Hazel berjauhan.Sangat jarang Kay nak bertemu Hazel walhal dia berusaha untuk naik kelas tapi Hazel pula yang turun kelas.

Hazel pula jarang kelihatan buatkan Kay jadi geram.Rasa tak puas hati.

Tahu-tahu Hazel dah in relay dengan budak kelasnya, Aizat.Kay buat macam-macam untuk buat dorang putus tapi semuanya gagal sehingga sampai satu tahap, Kay ugut Aizat dan mereka putus.

Sejujurnya zaman sekolah rendahnya lebih teruk berbanding sekolah menengah sebabnya Kay mulai mengawal obsesinya terhadap Hazel.Dia cuba untuk lupakan Hazel dengan membuat macam-macam perkara.

Betul lah orang kata, dengan mendekatkan diri dengan allah.Kita akan rasakan dunia dia tak ada apa-apa.

Keluarga Kay sangat fasih dengan sifat Kay yang diwarisi turun temurun dari keluarga mereka sehingga dibawa jumpa ustaz, mulanya sudah tentu Kay memberontak sebelum lelaki itu perlahan-lahan berubah dan mula melepaskan Hazel tapi masalahnya, Hazel pula yang buat dia goyah semula !

Masa dia cedera tapi masih fikirkan Kay, masa training bola sepak dengan bola jaring.Sticky note tu ! Bunga rose tu dan semua benda yang Hazel fikir Kay tak tahu, Kay tahu.

Sampaikan wasiat perkahwinan merepek tu tercipta..

tapi Kay tak menyesal.

Sebab tu, Kay berada di sini.Dia mahu perbetulkan kesilapannya.

**

Senyuman terukir dibibir Kay tatkala melihat kelibat Hazel dari kejauhan.

" Hazelll ! Makan ni, aku dah kata jangan skip makan.Ish degil"

Senyuman Kay pudar.

Plak !!

Tergamam,

terpaku,

terpana..

" Woo bro, kau apesal" Irfan memandang makanan di pegangannya ditepis Kay.

Sementara Hazel tersentak.

Tangan Hazel ditarik Kay sebelum dihalang Irfan.

Buk !

" KAY !!" Hazel menekup mulutnya sebelum menepis tangan Kay ingin menuju kearah Irfan yang terduduk akibat tumbukkan Kay.

Whatthe-

******

           SUASANA di dalam kereta sunyi sepi.Hazel memandang keluar tingkat sebaliknya Kay sedang mencarut-carut dalam hati.Kenapa dia asyik buat benda jadi lebih teruk.Padahal dia ingin perbaiki hubungannya dengan Hazel.Tapi begini pula jadinya.Ah, dia cuma rasa marah sangat tadi sampaikan dia tak boleh nak kawal apa yang dia buat.

Mungkin sebab dia cemburu dan otak dia mula berfikir banyak atau lebih tepat overthinking.No no, lelaki tu yang pegang Hazel.Dia tak suka jadi dia tumbuk ajelah.Entahlah, dia cuba untuk tahan marah dia tadi tapi terlepas pula.

Mungkin sebab dia takut ada orang yang akan gantikan tempatnya dalam hati Hazel ?

" Nak failkan penceraian ?" Automatik Kay menghentikan kereta di tepi jalan.Dia membuka seatbelt lalu memusingkan tubuh menghadap Hazel.Gadis itu masih saja menghadap ke luar tingkap.

" Hazel, Kay datang bukan untuk dengar tu.Bagi Kay peluang untuk betulkan hubungan kita" Kay mengetap bibir sambil menahan tangannya yang mengeletar.Dia tak mahu Hazel pergi jauh darinya, dia nak Hazel sentiasa di sisinya.

" Okay"

Kay terkebil-kebil.Macam tu je ?

" Dalam hubungan kita ni, Kay tak perlu risaukan Hazel berubah hati tapi tanya diri Kay sendiri.Kay masih ada hati pada Hazel ke ? Sejak dulu Kay tahu Hazel ni despreate and I still do.I still the same Hazel but new version.Hazel takkan merayu nak perhatian Kay lagi tapi Hazel akan ikut semua keputusan Kay termasuk pencerai--"

Ayat Hazel tergantung apabila Kay menarik Hazel ke dalam dakapannya.

" You know what, perkara yang Kay paling takut ialah Hazel berubah hati.Tapi untuk Kay berubah hati ? It's totally impossible.I've been stuck with this feeling since Kay 7 tahun"

Memikirkan 7 tahun itu.Tidak pernah sekalipun Kay menyesal dengan kehadiran Hazel dalam hidup dia.

" 7 years old ?" Hazel menjongketkan kening.Rasanya dorang kenal semenjak sekolah menengah.

" Long story"

" Pendekkan".

" How can Hazel lupa ?" Soalan Kay buatkan Hazel nak perah otak dia secukupnya.Bila pula dorang kenal ? Ada ke ? Umur berapa ek ? Darjah 1 dulu dia memang ramai kawan tapi tak ingat pun Kay.

" I guess this scar akan ingatkan Hazel pada Kay" Kay menyentuh parut kecil di pergelangan tangan Hazel.

" Wait what ?!"

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang