BANGUN sahaja dari tidur.Aku memandang Kay yang sedang lena tidur disebelahku.Selesai solat subuh tadi kedua dua kami terus tidur.Hmm mesti dia penat.Aku mengambil kesempatan untuk melihat wajah Kay dalam jarak yang agak rapat.
Setiap inci wajahnya aku tatap.Rambutnya yang menjadi penghalang aku selakkan keatas.Pipinya aku usap, manalah aku tak bertambah sayang lagi kat dia kalau semakin lama semakin berdebar hati aku melihat dia.Haih memang vibe mamat ni kuat sangat.
Tiba tiba mata Kay tercelik.Bergegas aku bangun sehingga tubuhku jatuh menghempap lantai.Aku mengerang sakit.Uhh buat maluu kaum jer.
"Hazel okay tak ?"Kay yang baru sahaja bangun menyoal dan aku membalasnya dengan anggukkan sejurus itu berlalu masuk kedalam bilik air tanpa menutup pintu sebab dah menjadi kebiasaan kalau aku just berus gigi dan cuci muka.Tak perlu mandi dah, aku dah awal awal mandi lepas subuh tadi.Selesai sahaja membasuh muka aku mengambil berus gigiku lalu tiba tiba Kay muncul disebelahku lalu mengambil berus giginya.Aku terkebil kebil memandangnya.
Melihat dia ingin menyapukan colgate di berus gigiku aku mendekat padanya.Lalu kami berdua memberus gigi.Dari biasan cermin, kami melihat diri masing masing atau lebih tepat sebenarnya aku mencuri memandangnya.
Selesai memberus gigi, kami melangkah turun kebawah.Kebetulan semua sedang berada di meja makan, kami bergegas turun lalu mengambil tempat masing masing.
"Morning"Ujarku.
"Morning"Serentak mereka.Aku mengambil roti gardiner lalu menyapu butter diatasnya lalu disuakan pada Kay, dia mengucapkan terima kasih dan aku mengangguk sahaja sebelum menyapukan jem peanut butter pada rotiku dan pada saat itu Mama bersuara.
"Korang tak nak honeymoon ?"Kay tersedak tiba tiba.Zayri menghulurkan secawan air pada adiknya manakala aku menepuk nepuk belakang Kay.Isteri solehalah katakan.
"Honeymoon tu..."Semua memandang aku termasuk Kay.
"..apa sebenarnya ?"Soalku lalu menyuakan roti yang siap disalut jem kedalam mulut dan soalan aku membuatkan mulut mama terlopong luas manakala yang lainnya tergelak.Kay pula hanya sekadar tersenyum.Hailah kay sayeew.
"Sorrylah Raiya.Anak aku terlebih innoncent pula"Ujar Abah pada Mama.
"Kau selalu baca wattpad.Takkan tak jumpa perkataan honeymoon.Selalunya kalau kahwin muda dalam wattpad ada perkataan honeymoom apa"Ujar Kakak.Oh baru ingat tapi aku masih tak tahu lagi function honeymoon tu.
"Ohh ada je.Adik ada tanya author tu, apa maksud honeymoon tapi dia tak jawab sampai sekarang.Adik tengok honeymoon tu macam holiday"Ujarku.Memang betul pun ada perkataan honeymoon selalu aku jumpa tapi maksud dia aku tak jumpa sampailah sekarang.
"Honeymoon tu memang holiday.Holiday untuk married couple"Ujar Papa.
"Ohh.Kalau macam tu kami kena honeymoon lah ? Sorrylah mama.Hazel tak minat holiday.Lagipun selama ni hazel memang mengelak daripada holiday holiday ni"Jujurku.Aku memang lebih suka duduk rumah layan kd daripada holiday.
"Masalah betul adik ni"Ujar Abah.
"Alah lagipun holiday kan sayang duit"Ujarku.
"Iyalah kalau hazel dah cakap macam tu"Ujar Mama.Aku tersenyum lalu menyuapkan roti kedalam mulut.Pandanganku teralih pada Kay disebelah.Dia tersenyum lalu tertunduk.
"Kay okay ker ? Kay bebetul nak holiday ker ape ?"Bisikku pada Kay.
"Kay okay"Ujarnya dan aku mengangguk sahaja.
❀•━━━━━• •━━━━━•❀
MASUK sahaja sekolah, aku mendengar khabar bahawa Aisah couple dengan budak psiko, si Anuar tu.Aku memang apa lagi, terus aku cari Aisah kat kelas.Melihat dia yang sedang menelengku diatas meja, tahulah aku.Aku tahu ini bukan kehendak Aisah.
"Kenapa kau mesti couple dengan mamat psiko tu ?!"Soalku lalu menghentak mejanya.Aku tak puas, asal Aisah selemah ni ?
"Jangan tambahkan stres aku"Ujar Aisah.
"Damn ! Aku chat kau tak balas.Dah kalau stres, luahlah.Jangan sampai aku bagitahu abang kau pasal ni.Anuar mati pun aku tak kesah, mamat tu tak ada benefit pun even dia hidup"Ujarku.
"Jangan masuk campur Haze ! Jauhkan diri kau dari aku"Ujar Aisah.Aku merengus geram.
Anuar ni memang melampau.Aku bergegas menuju ke kelas Anuar di blok yang agak jauh daripada blok kitorang dan hanya mengendahkan Aisah.Papan tanda 5-4 yang menunjukkan kelas Anuar, aku terjah masuk.Melihat Anuar dan rakan rakannya dibelakang kelas yang sedang bergelak ketawa itu membuatkan amarahku mengeledak.Dia ingat aku akan lepaskan dia bila tengok Aisah berubah jauh sampai macam tu sekali ?
Tanpa memedulikan senior senior yang berada dalam kelas ni.Meja yang berdekatan dengan anuar aku tendang sehingga nyaris nyaris terkenanya namun sempat dia mengelak.
"Berani kau cari pasal dengan orang yang salah"Aku tergelak sinis.Anuar maju tidak berpuas hati.Belum sempat dia ingin melempangku, aku menepis tangannya kasar lalu kolar baju kamejanya aku cekak.
"Perempuan lain kau boleh dera sampai bunuh diri but once kau buat macam tu dekat kawan aku, kau ingat aku boleh stay calm ? Kau ingat kau raja dalam sekolah ni, kau boleh sesuka hati buat tu ini ?"Soalku lalu menolaknya kasar.Kawan kawannya maju ingin menentangku namun Anuar menghalang berserta senyuman sinis.Dia mengusaikan kamejanya yang kusut.
"Wei dia nak mati ker ape ?"
"habislah dia"
"Panggilah cikgu ! mati perempuan tu nanti"
"Anuar dah start creepy doo"
"Perempuan tu memang betul betul cari bala"
Ramai kalangan pelajar melihat aksi ini dari luar.Aku tetap tidak gentar berdiri di situ selain daripada rasa marah yang amat.Kesah apa aku kalau dia boleh bunuh aku sekalipun ? Kesah ? Huh kalau berani majulah.Aku dah balik balik repeat buku action au, jangan ingat aku takde skill.
"Haih beranilah you ni.I like"Anuar tersenyum sinis lalu menjilat bibirnya.Tangannya naik mengusap pipiku namun aku menepis tangannya lalu menendang perutnya.
"Macam mana ? Still nak cari pasal dengan member aku ?"Soalku sambil melihat erangan sakitnya.
"Aku tak kesah masuk bilik disiplin even for first time.Nanti kau cakaplah dengan guru disiplin yang aku pukul kau.Heh.Mengadu jer tapi bukankah sepatutnya aku yang patut mengaduh sebab aku perempuan"Perliku.
"Dan aku akan buat kau mengadu"Anuar menolak tubuhku sehingga terjatuh.Kerusi diambilnya lalu menahan tubuhku daripada berdiri.Aku pantas melibasnya menggunakan keupayaanku dalam menyeimbangkan kerusi dan itu memberi efek juga pada kepalaku yang turut cedera sama seperti Anuar.
Kami berdua berdiri.Belum sempat aku menyerangnya, dia memerangkap aku dengan merangkul pinggangku erat.
"I like how naughty you are"Ujar Anuar.Aku cuba meloloskan diri namun tak boleh.Namun seorang lelaki muncul menyelamatkanku.Aku melihat Kay dengan riak wajah terkebil kebil.
OMMO KAY ! MY GUARDIAN SAYANG SAYA !
Ah macam tiber tapi aku tetap terharu.
YOU ARE READING
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋