20 | hangout

97 3 0
                                    

AKU dan Aisah sudah mulai berbaik setelah aku ceramahkan dia semalam.Kau bayangkan, Aisah tu tak pernah jadi seorang yang lemah tapi bila mamat Anuar tu munculkan diri, why Aisah being so weak ?! And the answer is adalah bila Aisah cakap yang Anuar tu pernah jadi orang yang melindungi dia suatu ketika dahulu.Dan aku agak tersentak.

Lagi lagi bila Anuar sebenarnya dah lama menghidap penyakit amnesia dan sampai sekarang ingatan dia belum pulih sepenuhnya dan Aisah baru tahu pasal tu itupun bila dia terserempak dengan kakak Anuar.Aku pun terkejut sebenarnya sebab aku tak sangka, syaitan jenis Anuar ni pernah jadi guardian Aisah.

If korang tertanya tanya kenapa si Aisah ada pelindung.The answer is keluarga Aisah pernah terjebak dalam kongsi gelap tapi dorang semua dah keluar dari alam tu cumanya abang Aisah masih terjebak dan oleh kerana itu ramai attack Aisah dan Anuarlah yang ditugaskan untuk menjaga Aisah tapi dia terlibat dalam kemalangan masa dia sedang pantau Aisah.Dia koma lebih kurang setahun jadi dia terpaksa ulang semula pelajarannya.

At first Aisah tak kenal siapa Anuar sebab masa Anuar pantau Aisah pun masa Aisah berumuran 7 tahun lagi.And orang bukan panggil Anuar tu sebagai anuar tapi dorang panggil Anuar, Hakim.Ya cerita Aisah lagi complicated daripada aku.So no wonderlah Aisah nampak berani sikit.

"Hazel nak hang out dengan Aisah?"Aku memegang dada tanda terkejut.Kay yang bersandar di tepi pintu aku pandang.Riak wajahnya tampak dingin dan susah nak baca, alah sifat semulajadi dia ni memang erhhh-

"Ya.Erh oh hazel lupa bagitahu kay"Aku mengaruk kening.Entah macam manalah aku nak biasa dengan situasi suami dan isteri dalam usia sekarang ni.First, keluar kena bagitahu suami, Second, takleh melawan cakap suami and so on.

"Boleh tak kalau hazel tak pergi ?"Soalnya.Aku buat riak wajah bersalah dan itu mestilah petanda tidak.Kay melangkah kearahku lalu dia menyarungkan seutas gelang ditanganku.

"Kay sehabis baik nak halang tapi Kay rasa bersalah control hazel.Kalau anything happen tekan button ni okay ? Jaga diri"Aku memegang button yang berada dihujung gelang itu lalu memandangnya dengan seribu satu persoalan.Kenapa dan kenapa namun aku diamkan sahaja.

"Aisah dah sampai"Ujarnya.Aku bangun dari katil lalu membetulkan tudung dihadapan cermin.Teragak agak aku ingin menghulurkan tangan pada Kay.Aku benci situasi kekok tapi pesanan abah memang tak henti henti bermain dibenak fikiran.Dia ganggu aku tiap hari.

"Sa-salam"Ujarku.Kay menghulurkan tangannya lalu aku terus menyalamnya lalu berjalan turun kebawah.Melihat mama yang sedang memotong buah sambil berborak dengan Aisah membuatkan aku mengelengkan kepala.Aisah semua orang dia boleh bawa kawan.

"Auntie, Aisah nak pergi dulu.Hazel dah turun"Ujar Aisah.

"Lah yelah.Kamu berdua hati hati, Aisah ingat pesan Auntie tau.Hazel, jangan pergi mana mana tanpa Aisah"Pesan Mama.Aku angguk sahaja.Emm terasa macam ada mak sendiri walaupun hanya mak mentua.

❀•━━━━━━━━━━•❀

AKU dan aisah memandang luar cafe yang dibasahi dengan titisan hujan.Uh hujan selalu datang disaat saat mengembirakan.Pandangan aku alihkan pada Aisah yang sedang terbaring diatas meja sambil memandang situasi di luar dengan keluhan.Tergendala rancangan kami hari ni.

"Masa ada banyak untuk kita hang out.Jangan risau sangatlah, jom makan aiskrim sambil berborak"Ujarku lalu berdiri menuju kaunter.Ice cream mint chocolate dan hazelnut aku order lalu beberapa minit kemudian pelayan muncul berserta dengan dua mangkuk aiskrim.

Aku membawanya menuju kearah Aisah.Melihat itu, hilang terus riak wajahnya tadi.Mint chocolate kegemarannya, dia rampas dari peganganku.Aku mengelengkan kepala lalu melabuhkan punggung dihadapannya.Aiskrim ku sua kedalam mulut.

"Hazel"

"Ya"Aku mengangkat wajah memandang Aisah yang sedang kusyuk menikmati aiskrim miliknya.Aiskrim dan aisah memang tak boleh dipisahkan.

"Kau dah luah perasan kau pada Kay?"Soal Aisah.Aku terdiam lalu tidak lama selepas itu sudu aku lepaskan.Tangan aku letakkan diatas peha.

"You know, I hate awkward situation"Ujarku.

"Tapi bukankah kau nak pikat Kay ?"Soal Aisah.

"Memanglah tapi bila difikirkan balik.Kay tu kahwin dengan aku sebab wasiat jer.Lagipula manalah tahu dia dah ada perempuan yang dia sayang dan saat saat akhir aku hancurkan semuanya"Ujarku.Sejujurnya pada mula perkahwinan, itulah rancanganku.Tapi bila difikirkan balik, takkan aku nak seksa Kay dengan perasaan aku ?

"Ramai perempuan suka Kay tapi kau isteri dia.Kau tak pernah cuba untuk luahkan tapi macam mana kau tahu dia sukakan seseorang.Itu hanya firasat kau dan tak semuanya betul.Kalau betul kau suka dia, kau patut berusaha.

Mana hazel yang selama ni aku kenal ? Takkan kau nak terus pandang dia dari jauh, ungkapkan perasaan kau hanya dalam hati, and so on.Situasi sekarang ni dah lain Haze, kau isteri dia bukan orang lain.Kalau betul pun ada orang yang terpahat dalam hati dia, kau sepatutnya lawan perempuan tu dan bukannya mengalah"Pesan Aisah namun matanya masih tidak berpaling daripada aiskrim dihadapannya.Aku tersenyum tanpa sedar.

"Ya, kau betul.Aku perlu lawan perempuan tu"Ujarku.Satu satu ayat aisah yang aku highlight awal awal ialah..

"...kau sepatutnya lawan perempuan tu dan bukannya mengalah"

Ya, aku susah nak pickup satu satu oleh sebab tu aku dah highlight awal awal ayat yang dikatakan oleh Aisah.

they storyWhere stories live. Discover now