DARI kejauhan aku memerhati Kay yang sedang membeli air dari mesin gegedang.Nasib dia muncul, tak payahlah aku hadap muka toya Faris yang menjengkelkan.Kira macam Kay ni dah jadi eyemo aku.Apakan tidak setiap tingkah lakunya semuanya perfect tapi keperfectkan dia itulah buatkan aku tak suka sebab ianya menarik perhatian ramai.
Perempuan sekolah ni taklah kena histeria macam dalam wattpad tu tapi kalau dorang gabung dengan sekolah lain.Doranglah paling win.Bila saja aku lepak dengan mana mana team mesti dorang borakkan tentang team football atau lebih tepat Kay.Nampak tak betapa femesnya Kay sehinggakan dia ramai sangat peminat.
Sejujurnya selama ni aku tak perasan pun kewujudan dia dekat sekolah ni even aku ni ibarat kenal semua pelajar satu form dengan aku.Lagipun kelas Kay memang jauh daripada kelas aku so no wonder aku tak berapa kenal dia.Aku kenal dia pun masa lepas aku cuba move on daripada ex crush aku.Masa tu memang perangai aku pehh memalukan.Boleh aku ponteng kelas astu duduk tengah padang seseorang, dekat situlah aku jumpa Kay.
Dia mamat pertama yang boleh aku cakap betul betul type aku, even crush aku pun bukan type aku sebenarnya tapi Kay ni, dia lain au.Dia ada satu aura yang buatkan orang tertarik pada dia.Same as me.
Even dia ada kelemahan sekalipun ianya nampak okay pada mata aku padahal kelemahan yang datang sikit pun pada crush aku dulu nampak tak okay bagi aku.Dan untuk sekian kalinya, menurut fakta yang aku kemukan.Persoalannya, perlukah aku luahkan perasaan pada Kay dan pada akhirnya di reject ? Hm aku rasa aku dah siapkan mental dan fizikal tapi bila difikirkan semula, aku tak rasa aku boleh.
Wajah aku tundukkan.
"Tengok dan rasa"Aisah tiba lalu memusingkan kepalaku menghadap Kay.Tiga orang perempuan sedang menghulurkan hadiah kepadanya.Damn ! Kau siapa nak beri hadiah bagai.Suami aku tu, lagipun hari jadi dia belum lagilah !
"Banyak mata perhatikan dia selain kau.Banyak perempuan kelilingi Kay.Ramai perempuan berikan dia sampul surat berbanding kau yang hanya mampu letakkan stickey note.Ramai perempuan, ramai sangat dan dari kalangan dorang,semua cantik.Kau tak rasa hati Kay akan goyah ? Sebatu mana pun hati dia, dia tetap lelaki yang ada perasaan"Bisik Aisah mengantikan kerja syaitan seolah olah ingin menghasutku.
"EEE DAHLAH !!"Jeritanku menarik perhatian orang sekeliling termasuk Kay.
"Tengok apa ? Tak pernah nampak orang jerit ker ?"Soalku lalu bergegas pergi daripada situ.
"Haze !"Aku bergegas meninggalkan Aisah.Aku ni senang terpengaruh bila Aisah buka mulut.Jangan tanya kenapa, Aisah tu memang mahir jadi penghasut tak berbayar.Silap hari bulan aku terluahkan perasaan dekat Kay.
"Haze, jom"Fadrel tiba tiba muncul dihadapanku bersama taufiq dengan nafas termengah mengah.
"Pergi mana ?"Soalku.
"Tolong Teacher Wati kemas dewan SPM.Cikgu buat majlis untuk Senior SPM lusa ni"Ujar Fadrel.Aku membuat riak wajah jengkel.Untunglah.Senior have fun, junior pula jadi hamba.Nasib tahun depan jadi senior.
"Okay"Aku melangkah mengikuti mereka dari belakang.Dan saat tu Aisah muncul disebelahku dengan nafas termengah mengah.
"Kau ni lek ah.Aku huh huhhh nak gitau ni"
"Ape?"Soalku.
"Shara form 3 yang satu kelab dengan kau tu ajak Kay couple"Ujar Aisah.
"WHAT ?! dari tahun lepas menggedik.Tak cukup cukup ker minah tu !"Bengangku.
"Kenapa ni Haze ?"Soal Taufiq.
"Uh tak ape"Ujarku lalu menarik nafas tenang.
"Aku nak kemas dewan.Nanti waktu rehat kita jumpa"Aku menepuk bahu Aisah lalu mengikuti Taufiq dan Fadrel.Masih tak puas hati lagi dengan minah Shara ni.Hari tu aku dah bagi amaran tapi berapa hari jer datang balik perangai dia.
❀•━━━━━━━━━━•❀
DARI kejauhan, tiga pasang mata sedang memerhati drama tak berbayar diantara Fadrel, taufiq dan Hazel.Shawn mengelengkan kepalanya, dah boleh agak dari situasi yang dorang sedang berebut Hazel.Masing masing nak bersaing.Hazel pula nampak leka dan asyik asyik pandang pintu keluar dewan.Nampak sangat yang dia tak sedar suasana tegang diantara Fadrel dan Taufiq.
"Apa yang aku boleh gambarkan.Cinta segi tiga"Ed mengangguk angguk kepalanya sambil menunjuk nunjuk kearah taufiq dan Fadrel dengan coki coki yang berada di tangan.
"Kalau cikgu nampak kau makan.Matilah kau"Ujar Shawn.
"Tak aku tak faham kenapa cikgu kena marah kalau aku makan.Tak salah kot, manusia ni kena makan kalau tak macam mana nak hid-"
"Tak kau lelebih asal ?"Soal Nazim.Ed tersengih sengih.
"Aku rasa aku dah faham apa yang hazel fikirkan"Shawn mengelus dagu sambil melihat kearah hazel.Ed dan Nazim masing masing memandang Shawn.
"KAY !!"Mata Hazel lantas memandang kearah pintu masuk.
"Aku dah agak"Ujar Shawn.
"Kau ni tak baiklah"Ujar Nazim.
"Biarlah"
Di situasi Fadrel dan Taufiq.Masing masing berebut menyapu.Hazel yang melihat like 'tak sangka ramai gak fans penyapu ni' and yah itu juga difikirkan orang sekeliling yang turut mengemas dewan.Zaman sekarang ni mangkuk tandas pun boleh femes.
"Dah korang nak sangat menyapu kan ? Nah.Aku malas"Hazel menyerahkan penyapu pada Fadrel namun dirampas Taufiq.
"Dia bagi aku !"Ujar Fadrel.
"Tapi aku dapat dulu"Ujar Taufiq.
"Aku sekeh gak seseorang sat gi"Gumam Hazel.

ANDA SEDANG MEMBACA
they story
Ficção Adolescenteaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋