7 | worst

251 13 1
                                    

          AKU memandang nabilah dan yang lain sudah rebah diatas gelangang bola jaring.Masing masing mempamerkan wajah kusut.Aku yang tidak tahu apa apa lantas melangkah kearah Ciara yang cuba menenangkan najiha yang tampak sedih bercampur bengang.Ianya menambahkan lagi seribu satu pertanyaan pada aku.

"Ara.Asal ni ?"Soalku lalu melabuhkan punggung disebelah Ciara.Melihat kedatangan ku mereka semua lantas memandang kearahku lalu mengeluh.

"Pengetua buat keputusan untuk bubarkan kelab permainan bola jaring oleh kerana ada kelab permainan lain akan dimasukkan dalam senarai kelab permainan baru"Ujar Ciara dan itu membuatkan aku tersentak.Aku baru sahaja berada dalam kumpulan ni selama dua minggu lebih.

"Leader cheerleading yang buat kita dibubarkan.Dorang memang anjing thoo serius aku cakap.Mentang mentang dorang team kesayangan ketua"Emira menjaringkan bola kedalam goal berkali kali.Wajahnya tampak marah plus sedih.Tiba tiba Miss Elia muncul dengan memegang beberapa helai kertas.

"Miss minta maaf semua.Miss dah pujuk pengetua tapi dia tetap taknak beri peluang dekat kita untuk masuk pertandingan.Dia suruh kau orang sign ni untuk berikan bilik bola jaring pada team cheerleaders"Ujar Miss Elia serba salah.Kertas yang diberi Miss Elia aku pandang lalu aku pandang pula riak wajah yang lain.Ciara dan Najiha dah nangis.

Irdina pula nampak bengang apabila membaca apa yang tertulis dikertas itu.Aku tidak menunggu lama lantas mengoyakkan kertas itu menjadi kepingan kecil dan kelakuanku membuatkan mereka semua terkejut.

"Takkan nak putus asa kot.Kita tak boleh biarkan cheerleaders sesenang tu jatuhkan kita"Ujarku ingin menaikkan semangat mereka.Betullah pasukan sorak selalu cari pasal dengan netball sebab nabilah pernah cerita kat aku.Bila pasukan netball mula bergaduh jer dengan pasukan football dorang jadi cemburu kononnya pasukkan netball nak tarik attention pasukan football.Herhh my foot.

"Tapi hope kita dah tak ada hazel"Ujar Miss Elia.Aku berdiam seketika sebelum fikiran ku mulai membuat keputusan.Aku takkan sesenang tu biarkan, tahun depan last year aku dan impian aku just nak sampai peringkat kebangsaan dalam pertandingan bola jaring but kalau jadi begini aku tak ada cara lain selain membantah.

Aku menuju ke pejabat.Kerani sekolah yang menegurku aku abaikan lalu pintu bilik pengetua aku ketuk.Mendengar suara pengetua mengizinkan aku masuk, terus sahaja aku masuk.Melihat kehadiran ku dia seolah olah terkejut.Mungkin sebab aku mendadak masuk.Ah lantak.

"Assalammualaikum.Maaf menganggu pengetua"Ujarku penuh hormat.Well aku masih tahu hormat orang yang lebih tua dari aku.Sejak kecil abah dah ajar aku macam mana nak hormat orang yang lebih tua dari aku.

"Waalaikummusalam.Tak apa.Ada apa kamu ke sini?"Soalnya.

"Saya tak puas hati dengan keputusan pengetua yang berat sebelah.Selama ni pasukan bola jaring terima bila pengetua denda dorang bila kalah game, banding bandingkan dorang dengan pasukan sorak dan macam macam pengetua buat yang boleh membuktikan yang pengetua berat sebelah.Semasa pasukan sorak kalah pun, ada pengetua denda ? No.Pengetua tak denda pun.Ni sekarang pengetua nak bubarkan pasukan bola jaring walau sekuat mana usaha mereka untuk pertandingan tahun ni."

"Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap mungkin nampak kurang ajar tapi sikap pengetua ni nampak tak adil bagi kami.Setiap kali game ada pengetua hulur duit beli makanan untuk pasukan bola jaring ? No, sebaliknya pelatih dorang yang hulur duit.Gara gara tak cukup duit, pelatih dorang tu terpaksa tempatkan dorang dalam satu bilik yang sempit bila tiap kali game.Saya baru lagi, tapi saya dah tahu banyak tentang ni dari pasukan netball"Ujarku dengan nada suara yang sopan tapi serius.

"Saya berimpian nak main bola jaring setelah bertahun tahun berhenti main.Tapi impian saya lenyap.Bukan impian saya sahaja tapi impian pasukan bola jaring yang nak bertanding sampai peringkat kebangsaan pun lenyap.Mana sikap perikemanusian pengetua ? Maaf.Pengetua sila fikirkan balik apa yang saya cakap.Sila benarkan kami untuk mara ke peringkat kebangsaan"Aku menunduk lalu melangkah keluar dari bilik itu lalu menepuk kepala sendiri.Apa aku buat ? APA YANG KAU DAH BUAT TADI HAZEE.Arghh kau cari gila dhoo serius.

Habis kalau kena buang sekolah or anything else aku kena sebab kurang ajar dengan pengetua.Macam mana eh aku cakap dengan pengetua tadi ? Ada tak tanda tanda aku kurang ajar ? OMMO.

"Suara kau sampai luar Haze"Aku memalingkan wajah memandang tepi.Ohh shawn ingatkan siapalah tadi.WAIT SHAWNN.Ada shawn mesti ada-

Mereka berempat aku pandang.Ya kay ada di situ.Mereka berada di sofa tempat menunggu.

"Oh ahh hehe"Aku ketawa tak ikhlas lalu menundukkan wajah dan berlalu pergi.This is my worst worst worst day everrr ! Mesti kay dengar aku melalak tadi.HUARGHH.Bunuh jela aquww.

TBC

they storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang