✼┊e p i s o d e 3 4 ˎˊ˗

18 4 64
                                    

Ketahuilah bahawa hani ada terfikir nak darab jumlah komen korang dengan 3 supaya solo scene korang banyak sikit. Tapi lepas tengok jumlah komen anna, hani terus tercekik hiks

📌 NaKook (Anna x Jungkook)
Comment: 2,754 comments
Solo scene: 5,504 words

"La di da di da, la di da di di~"

Anna menyanyi kecil sambil membuka luas matanya untuk memakaikan maskara di bulu mata. Setelah selesai, dia menyapu gincu berwarna pink cerah di bibir pula. Tidak berpuas hati dengan penampilannya, Anna mengambil lagi barangan mekap yang Hani tidak tahu apa namanya dan menyapunya ke muka. Kita biarkan dia hias wajah dia jadi badut seketika.

"Eh, Naeun!"

Anna menoleh ke belakang apabila nama lahirnya dipanggil. Kelihatan manager kedai Fever Makeover, tempat Anna bekerja sekaligus tempat dia berada sekarang ini, sudah terbongkok dengan kedua tangannya diletakkan di atas lututnya. Di hadapannya terdapat tiga buah kotak yang disusun di atas satu sama lain.

"Naeun, mari sini! Angkat kotak-kotak ni masuk bilik stor, lepastu restock semula lipstick jenama Bibir Hangus," arah Puan Seo. Peluh di dahi dilap sambil dia menarik nafas tercungap-cungap. Haih, masa muda tak nak bersenam, dah tua ni redha jelah bila badan tak cergas.

Anna menjeling Puan Seo. Wah beraninya. Aktiviti menghias wajahnya disambung lagi usai memalaukan Puan Seo.

"Yah Park Naeun!" Puan Seo sudah naik marah apabila dilihatnya satu-satunya pekerjanya memalaukannya. Terus dia mengambil pen yang disangkut pada poket baju kemejanya dan dibaling ke arah Anna.

"Ocopot!" Anna melatah apabila pen itu mendarat di kepalanya. Sudahlah dia sedang membetulkan maskara di bulu mata. Nasib tak tercucuk mata.

Anna menoleh memandang Puan Seo. Sempat gadis itu memandang Puan Seo atas bawah lalu berdecit kecil.

"Heol."

"Heol? Heol? HEOL?" Puan Seo menjegilkan mata. Eh, budak Anna ni memang minta penampar. Anna memandang Puan Seo dengan wajah jengkel.

"Manager-nim! Baru jumpa jalan nak turun kedai ke?" ujar Anna sinis. Maklumlah, Puan Seo tak pernah datang jenguk kedai sebelum ni. Pernah sekali dua je lepastu mereput dalam bilik dia tu.

"Apa?" soal Puan Seo kuat. Ha terasalah tu. Sebuah lagi pen diambil dan ingin dibaling ke arah Anna, namun Anna pantas menunjukkan tapak tangannya ke arah Puan Seo agar wanita itu berhenti. Ha jangan lempar-lempar. Anna tengah betulkan lipstick tu!

Setelah berpuas hati dengan hiasan wajahnya, Anna pun tersenyum bangga. Uwu cantiknya dia. Dia menyepahkan barangan make-up yang digunakannya tadi. Membulat mata Puan Seo melihat.

"Naeun! Kau guna produk jualan kita?!"

"Yes," balas Anna sambil tersenyum manis. Malanglah, kemanisan wajahnya tidak mampu membuat marah Puan Seo berkurangan. Padahal salah dia juga sebab tak turun kedai pantau pekerja. Pekerja curi pakai barang yang dijual selama ni pun dia tak tahu.

"Kau gila! Nak kena pecat ke—"

"Bingo!" Anna menepuk tangannya gembira. Dia berjalan ke arah Puan Seo yang sudah terdiam. "Betullah tu. Saya memang nak berhenti kerja. Pandai manager teka!"

"Kau!" Puan Seo menunding jari ke arah Anna. Anna hanya kekal menayang wajah tidak bersalah. Kedai Memoria Makeup berhadapan mereka ditunjuk dengan bibir yang memuncung.

"Nampak tak kedai kat depan tu? Ha saya nak kerja kat situ sekarang! Mereputlah manager dengan Setan kat kedai tak laku ni," selamba Anna memberitahu. Setan tu nama rakan sekerja dia. Nama yang cantik bukan? Begitu juga dengan perangainya. Tahu curi tulang je.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now