📌 Location: Pasaraya Ketiak Po Po Po
Kedua manusia itu berjalan menuju ke arah supermarket yang tersergam di hadapan mata sambil berpegangan tangan. Di jari manis masing-masing tersarung sebuah cincin yang sama ececeh.
Mari bertemu Yeon dan Taeyong, pasangan suami isteri yang baru je menikah tiga minggu yang lalu!
Dan dua minggu yang lalu jugalah Yeon disahkan mengandung. Huhu, tahniah manusia. Tahniah.
Maju betul diorang kan. Thumbelina lain ada yang masih bercouple lagi!
Dan hari ini, mereka pergi ke supermarket untuk membeli barang dapur! Mari grocery shopping bersama YeonTae. Sweet kan mereka?
"Oppa, amek trolley," arah Yeon. Taeyong tanpa membantah menarik sebuah troli dan menolaknya bersama Yeon di sisi. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam pasaraya itu melalui pintu hadapan. Yelah takkan pintu belakang pula dok.
"Mari kita tengok list barang yang perlu dibeli," Yeon mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya. Panjang nau kertas tu. Taeyong hampir sahaja tercekik air liur sendiri.
"Banyaknya! Tadi Yeon cakap sikit je?" soal Taeyong. Maklumlah, diorang dah pernah grocery shopping sebelum ni dan beli segala keperluan kat rumah. Maklumlah ovid kan. Takleh keluar rumah banyak kali. Tadi pun Yeon cakap cuma telur je yang dah habis.
Yeon tersengih.
"Alaa memang sikit, lepastu Yeon tambah lagi. Kita kenalah beli banyak sebagai spare! Oppa sendiri cakap jangan keluar rumah kerap sangat. Jadi alang-alang dah keluar ni kita beli semua sekaligus!"
"Yelah yelah," Taeyong pantas sahaja membalas. Yeon sekadar tersenyum puas sebelum lengan sasa Taeyong dirangkulnya.
"Destinasi pertama, mari ke kawasan biskut!"
Yeon mula mengatur langkah menuju ke rak yang menempatkan biskut-biskut, namun Taeyong laju menangkap tangan Yeon agar gadis itu berhenti.
"Kenapa biskut? Kenapa tak beli telur dulu?" soal Taeyong sambil mengangkat kening. Terkelip-kelip Yeon memandang Taeyong. Satu sengihan ditayang sebelum gadis itu memecut lari dari situ.
"Hwang Jiyeon!" panggil Taeyong kuat. Terus sahaja dia menjadi pusat perhatian orang ramai. Fuh. Taeyong tersenyum kekok sebelum turut mengejar Yeon sambil menolak troli.
"Hehehe!" Yeon tersengih ke arah Taeyong sejurus lelaki itu tiba di bahagian rak itu. Tercungap-cungap Taeyong mengambil nafas. Sempat rambut Yeon diserabutkan.
"Ah! Kenapa oppa rosakkan rambut Yeon?" soal Yeon tidak puas hati. Terus sahaja tangannya naik membaiki rambut. Gila Taeyong ni. Tiga jam Yeon hias rambut dia! Sesuka hati je Taeyong rosakkan. Tahulah botak!
"Yeon lah lari tinggal oppa! Nasib baik tak terjatuh. Kalau Yeon gugur macam mana?" soal Taeyong risau. Mana tak risaunya kalau Yeon memecut tadi. Sekelip mata hilang dari pandangan. Yeon mencebik kecil.
"Ala, baby kan baru 2 minggu,"
"Baby 2 minggu lah senang nak gugur sayang oi," ujar Taeyong lalu menggeleng kecil. Yeon membulatkan mulut. Oh gitu. Selamani tengok dalam drama tak macam tu pun. Cis, drama sesat!
"Arraseo! Lain kali Yeon lari lambat-lambat," ujar Yeon. Taeyong merangkul bahu Yeon. Sempat dikucup pipi Yeon laju.
"Eh apeni! Orang tengok lah oppa," tanjat Yeon jadinya. Cepat-cepat kepala dia alihkan ke sisi. Ada seorang gadis yang sedang memilih biskut. Tapi boleh nampak matanya jeling-jeling memandang mereka berdua. Apa yang kamu mahukan si gadis berbaju merah?
"Takpe. Biar orang tahu oppa dah berpunya," ujar Taeyong dan tersenyum manis. Sengaja dikuatkan ayatnya. Macam dia tak perasan gadis baju merah tu asyik usha dia dari tadi. Gadis itu tampak terasa dan terus bergerak menuju ke rak lain.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...