1 bulan kemudian...
📌 Location: Restoran Taik Terbakar
"Selamat datang."
Daeun dan Sunwoo tersenyum manis ke arah pekerja bernama Taemin yang menyambut kedatangan mereka. Taemin dengan ramah bertanya kepada mereka.
"Ada tempahan atau tidak?"
"Ada, atas nama Kim Sunwoo," ujar Sunwoo sambil membetulkan sutnya. Amboi segak kemain dia untuk date malam ni. Daeun pun pakai dress.
"Baiklah, sila ikut dia," ujar Taemin lalu muncul seorang lagi pekerja di sisinya bernama Minho.
"Mari rakan-rakan," ajak Minho dan menuju ke arah bilik tempahan mereka. Sunwoo dan Daeun setia membontotinya dengan tangan yang berpegangan ececehh dua ekor ni pun, sawit bethol. Tidak lama kemudian mereka tiba di bilik tempahan Sunwoo. Sempat Minho menundukkan badannya sebelum lari menyambung tugasnya yang lain.
Sunwoo menarik kerusi untuk Daeun. Ayu sahaja Daeun melabuhkan bontot di atas kerusi itu. Gentleman sungguh Sunwoo ni. Setelah duduk di kerusi berhadapan Daeun, Sunwoo tersenyum sambil melihat sekeliling.
"Cantiklah! Mesti mahal Sunwoo tempah kan?" tebak Daeun. Sekeliling mereka penuh dengan lilin. Di atas lantai ada bunga ros yang ditabur berbentuk hati. Sunwoo tersengih kecil. Buku menu dihulur kepada Daeun.
"Takdelah. Hehe," ujarnya. Cis menipu. Hakikat yang sebenar, dia tak mampu nak afford date diorang malam ni! Maklumlah masih budak uni. Tapi sebab Daeun, Sunwoo sanggup! Sanggup pinjam duit member dia yang bernama Eric. Kaya budak tu hm.
"Nak makan apa?" seorang pelayan bernama Key menyoal. Entah bila dia masuk dalam bilik ni. Sunwoo mengangkat kepala memandang Key.
"Saya nak steak dengan jus pear," ujar Sunwoo. Keningnya diangkat ke arah Daeun, mengisyaratkannya untuk order.
"Daeun?"
"Uhhhh," Daeun mula gelabah. Teringat pesan rakannya, Jiwon bahawa semasa dinner date tak boleh pesan makanan banyak-banyak! Tapi Daeun laparrrrrr
"Sama macam Sunwoo," ujar Daeun. Key mengangguk faham manakala Sunwoo sudah mengerutkan dahi.
"Eh, tu je? Daeun kenyang ke nanti?" soal Sunwoo. Macam tak kenal girlfriend dia ni. Daeun terdiam seketika. Kepala dianggukkan dengan tidak rela.
"Ada apa-apa lagi?" soal Key. Sunwoo menggeleng kepala manakala Daeun hanya diam memerhati gambar puding di buku menu itu. Oh, kelihatan seperti puding itu bergolek-golek minta dimakan-
"Baiklah, saya pergi dulu," ujar Key dan menundukkan badannya. Baru setapak melangkah, lengan bajunya direntap dari belakang. Hampir terjatuh Key jadinya.
"Eh sorry. Terkuat lah pula. Hehe. Saya nak order puding caramel, japchae, bibimbap, aiskrim vanilla, chicken chop, cheesecake, cola, kimchi dengan mentos sekali tau! Oh ye, dengan chicken noodle soup with a soda on the side. Hehe tu je babai!"
Daeun kembali menolak Key pergi. Kalut Key cuba menyeimbangkan diri sambil tangannya ligat mencatat semula pesanan Daeun tadi. Sunwoo pula sudah tersenyum lega. Alhamdulillah, ingatkan Daeun kena sampuk hantu manalah tadi.
"Um, mesti Sunwoo ingat Daeun macam vakum kan?" Daeun mula bersuara sendu. Sunwoo laju menggeleng kepala. Tangan Daeun diraihnya.
"Aniyo! Sunwoo tak kisah pun. Lagipun bukan duit Sunwoo— eh," Sunwoo laju menutup mulutnya apabila tersasul. Melihatkan Daeun masih menundukkan kepala dan tidak mendengar, Sunwoo bersuara.
"Sunwoo tak kisah pun. Daeun makanlah sampai Daeun bolat, Sunwoo tetap sayangkan Daeun! Hehe," ujar Sunwoo sambil tersengih suka. Bangga dengan ayat sendiri. Daeun yang masih tertunduk dipandang.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...