✼┊e p i s o d e 9 ˎˊ˗

62 10 195
                                    

📌 Location : Honey Homestay

"AHHHHHHHHH"

Jeritan betina Taeyong kedengaran di dalam bilik yang bersepah itu. Kesemua manusia ketot menutup telinga dengan tangan masing-masing untuk menyelamatkan telinga mereka. Jeritan serupa highnote Yuju itu juga berjaya membangunkan jantan lain yang terbongkang tidur.

Taeyong yang asalnya terbaring terus terduduk laju. Terjatuh Choco dan Yeon di telinganya.

"Dah kenapa hyung terjerit macam nak terberanak ni?" Namjoon bersuara dengan suara serak baru bangun tidur. Jantan yang lain menjatuhkan pandangan kepada Taeyong yang sudah terketar-ketar.

"Hyung!" Mingyu menolak perlahan bahu Taeyong namun lelaki itu kekal menggigil macam baru lepas kena sampuk. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

"Gila gamaknya,"

Sementara itu, manusia yang ketot pula hanya mampu mendiamkan diri. Mereka semua duduk rapat antara satu sama lain dan berharap agar Taeyong memberitahu tentang kewujudan mereka kepada yang lain.

"Oi Taeyoung hyung. Yuhuuu," Sunwoo melambaikan tangannya di hadapan muka Taeyong. Reaksi Taeyong kekal sama. Yuvin yang sudah mula hilang sabar terus mencepuk kepala Taeyong tanpa menghiraukan kenyataan bahawa dia lebih muda dari Taeyong.

Bagaikan tersedar dari sampukan, terus Taeyong menggelengkan kepalanya. Dia bertentang mata dengan semua jantan di dalam bilik ini.

"Ha kenapa?" Chenle yang berada di hujung bilik bertanya bagi pihak semua. Taeyong kelihatan memerhati sekeliling dengan riak takut. Seketika kemudian dia menghembus nafas lega.

Manusia ketot pula sudah tidak berhenti berdoa agar mereka dinotice.

"Fuh, diorang takde. Aku mimpi je kan tadi?" Taeyong menghela nafas dan mengutarakan soalan itu kepada Jaehyun di sebelahnya. Kening Jaehyun ternaik sebelah. "Asal tanya aku?" tanya Jaehyun sambil memasang riak annoying.

"Weh. Dia tak fikir yang dia mimpi pasal kita kan?" Choco mengutarakan soalan setelah mendengar soalan Taeyong tadi. "Rasanya dia fikir dia mimpi..." Eunrim menghela nafas. Terasa sia-sia pula usaha mereka tadi.

"Dasar jantan tak guna! Eyy nak je aku rembat dalam sungai kat belakang ni! Pakwe siapa lembab sangat tu?" Hee meramas penumbuknya. Yeon mengelap hingus dan berdehem perlahan. Pakwe dia tu.

"Tapi, kalau saya jadi dia, saya pun akan fikir ni mimpi. Tak logik langsung kot," Hyein bersuara. Mereka semua terdiam. Ada betulnya juga.

"Eip apa cakap macam tu. Dia sedarlah ni bukan mimpi. Tengok muka dia tu," Nayun menunding jari ke arah kepala Taeyong. "Apo Nayun? Muka dia pun dah jelas menunjukkan yang dia anggap kita ni mimpi. Ahuksss," Anna bersandar lemah pada Daeun yang sedang mengunyah gula-gula getah di sebelahnya.

"Eish takde pape lah hoho. Hyung dapat nightmare yang semua awek kita tetiba jadi kecil macam cerita Thumbelina ohok," Taeyong ketawa kecil sambil tangan menutup mulutnya. Cover ayu skit.

Terus dia dibaling dengan bantal oleh lelaki yang lain. "Tak guna. Kau kacau tido aku," Yoongi mendengus perlahan dan terus membaringkan kepalanya semula. Mulut tak henti memaki Taeyong sehingga dia terlena. Laju betul hang tido.

"H-Hyung, h-hyung t-tak m-m-m-mimpi d-di-diorang a-a-ada da-dalam bi-bi-bi-bilik ni k-kan?" Tergagap habis Jinyoung bertanya setelah lama mendiamkan diri. "Dah kenapa kau tergagap macam buaya ni? By the way hooh hyung mimpi gitu. Pandai kau teka hoho," sekali lagi Taeyong tergelak ayu.

Terus badan Jinyoung menggigil sepertimana badan Taeyong menggigil tadi.

"Aik, belum tengok kita pun dah menggigil teruk macam tu? Tak jantan langsung," Sya bersuara sambil tangan ligat menscroll fonnya. Yang lain mengangguk kecil, tanda bersetuju. Namun kepala Hyein ligat berteka-teki. Jangan-jangan Jinyoung dah nampak...

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now