📌 Location : somewhere in Busan
"Sekian. Tamatlah kisah sendu kami yang disumpah menjadi Thumbelina."
Suasana di situ penuh dengan pelbagai bunyi-bunyian. Ada beberapa patung cengeng yang sudah mengalirkan mata apabila teringat akan boyfriend– uhuk, ex-boyfie masing-masing, ada yang sudah tertidur dek terlalu bosan mendengar kisah hidup mereka yang diceritakan semula oleh Hee.
Para jantans pula sudah mengangguk kepala faham. Ada yang kepala angguk tapi minda dah melayang ke alam mimpi, ada yang dah menguap besar. Macam-macam ragam manusia dapat dilihat di ruang tamu ini.
Ha, agaknya apa yang berlaku lepas jantans tu cakap nak beli appliers? Mestilah semua kaget kan. Tak sangka pula jantans hot yang kurang adab ni banyak duit. Diorang beli appliers dengan harga 808437.60 won duh, bersamaan dengan RM 3000. Entah duit diorang tu halal ke tak. Entah entah duit haram–
Eip, kita kena husnudzon! Tak baik bersangka buruk dengan orang. Aigoo, insaflah manusia sekalian!
Selepas appliers dibeli oleh jantans, mereka dibawa pulang ke rumah siapa entah. Dalam perjalanan, jantans tak henti ganggu appliers sebab appliers tak gerak langsung. Diorang kekal mematung dari waktu mereka dibeli sehinggalah tiba di rumah.
Lepas berkumpul kat living room, jantans tu ugut diorang macam-macam supaya diorang bergerak. Namun appliers masih kekal mematungkan diri masing-masing. Mungkin diorang nak jantans tu fikir diorang mimpi kot pft.
Sehinggalah Minhee, salah seorang jantan, mengugut nak potong badan diorang kalau diorang still mematung. Mulanya diorang abaikan je ugutan tu, tapi lepas Jungkook bawa gergaji dari belakang rumah, terus kecut semua. Ha akhirnya mereka terpaksa ikut arahan dia.
Bila Seungyoun suruh diorang cerita apa yang berlaku, diorang berdegil tak nak cerita tapi bila Jungkook rembat Anna and halakan gergaji tu ke arah dia, cuak terus semua dan masing-masing terus buka mulut. Akhirnya Hee sorang je yang bercerita tentang kisah hidup mereka untuk mengelakkan keserabutan.
"Ha korang dah tahu kan kisah hidup kitorang, sekarang korang nak buat apa dengan kitorang?" tanya Choco sambil menggerakkan kepala Daeun yang diletakkan di atas pehanya. Cramp peha Choco. Dahlah kepala Daeun serupa dengan truck. Berat namati.
"Hurm watpe eh. Makan korang?" tanya Sehun sambil tersenyum sinis. Memucat wajah semua appliers. Trauma dengan Banek.
"Makan diorang? Tapi diorang kan manusia. Sedap ke?" tanya Kangmin sambil menayang wajah confuse. Alala comel je. Daeun yang tertidur pun terbangun apabila merasakan aura-aura comel di situ.
"Sehun hyung kanibal!" Jimin menjerit lantang bersama wajah terkejut babun. Terus kepalanya dipukul Sehun.
Seungyoun menggelengkan kepalanya kecil. "Sehun hyung gurau jelah. Anyways, saya minta maaf bagi pihak diorang. Sesuka hati je beli korang dari kedai tu semata-mata nak pastikan yang korang ni betul-betul boleh bergerak," katanya sopan.
Eunrim menggelengkan kepalanya kecil sambil tersenyum ke arah Seungyoun. "Gwaenchana, kitorang duduk kat kedai tu pun bukannya boleh buat apa pun. Kalau duduk sini, at least kitorang boleh makan hehe," katanya.
"Eh siapa kata korang duduk sini? Lepasni kitorang nak humban korang keluar. Kan Kook?" sampuk Minhee. Jungkook yang masih memeluk gergaji itu mengangguk laju.
"Eh dasar. Korang dah beli kitorang, koranglah yang kena bertanggungjawab terhadap kitorang!" Anna bangkit dengan kemarahan di dalam diri. Dia bercekak pinggang memandang jantan-jantan itu.
"Eleh suka hati lah. Blek!" Jungkook menjelirkan lidahnya ke arah Anna dan menyandarkan kepalanya ke bahu Minhee. Gergaji yang dipegang dimainkan seolah gergaji itu adalah sebuah gitar.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...