📌 YeonHee, 6:30 p.m
(Yeon X Minhee ye, bukan Yeon X Jihee AGAGAGAGA)"Nyum nyum,"
Sedang Yeon enak menikmati coklat M&N yang diberikan oleh Minhee, secara tidak sengaja dia menolak plastik M&N itu. Disebabkan ia berada di hujung meja ketika itu, maka terjatuhlah plastik itu. Beberapa ketul M&N bertaburan di atas lantai.
"OMO!" jerit Yeon terkejut melihat coklatnya jatuh ke bawah huhu. Kepala sendiri diketuk.
"Aish pabo lah! Kenapa cuai sangat tengok dah jatuh tu!" marah Yeon kepada diri sendiri. Dia mencebik kegeraman.
Ala dia syok dengar bunyi piano yang merdu~ Dia tak tahu siapa yang main sebab dia ada dalam bilik je, tapi sumpah, orang tu memang pro lah!
"Nak biarkan ke? Tapi, coklat tu sedaplah," gumam Yeon perlahan. Coklat yang terbaring lemah di atas lantai dipandangnya sayu. Huwaa nak nangis. Coklatkuuuu!
"Biarkan jelah. Kotor," balasnya perlahan. Dia kembali meneruskan aktiviti mendengar alunan piano itu, namun fokusnya terganggu kerana bayangan coklat M&N masih melekat di kepala.
"Makanlah saya, makanlah saya," kata coklat M&N itu sambil menggelekkan bontotnya. Tergoda Yeon membayangkan.
"Umph ala! Turun jelah! Ada lagi yang dalam plastik tu, boleh makan lagi!" Yeon membuat keputusan terakhir setelah tumpas dengan godaan syaitonnn– eh bukan, godaan coklatt fuh. Lagi-lagi tu perisa cookies and cream. Memang tak sanggup Yeon lepaskan. Afufufufu
"Pyong~" Yeon melompat ke atas katil dengan bunyi latar yang dibuatnya sendiri. Lantas bantal di atas katil itu ditolaknya ke bawah. Lalu Yeon melompat ke atas bantak empuk itu. Yeet, laju je Yeon buat kerja.
Mestilah, demi coklat kesayangannya.
"Yeay!" sorak Yeon gembira. Lantas dia berlari anak ke arah plastik M&N yang terbaring lemah di atas lantai. Betullah, ada beberapa lagi coklat yang elok terbaring di dalam bungkusan itu.
Tanpa berlengah, Yeon mengambil sebutir coklat. Gigit. Kunyah. Telan. Sedapnyah.
"Huehuehue," Yeon menggenggam bungkusan plastik M&N itu. Coklat yang masih selamat di dalamnya dilihat seketika sebelum dia memeluk plastik itu erat. Katil yang megah berdiri di hadapannya dipandang.
"Ala. Sekarang macam mana nak naik?" tanya Yeon. Mulutnya dicebik. Dia melihat sekeliling, cuba mencari barang yang mungkin dapat membantunya untuk naik ke atas. Malangnya tiada. Tabahlah kamu.
"Hm takpelah. Ehehe," Yeon melabuhkan bontot di atas lantai dan menyambung aktiviti memakan coklatnya. Wah sedapnya. Dia menutup mata untuk menikmati alunan piano dari ruang tamu. Namun, satu bunyi asing pula yang kedengaran.
Sqwekk
Sqwekk
Berkerut dahi Yeon. Matanya dibuka dan dia mengalihkan pandangan ke sekeliling. Hoh, takde apa pun. Tapi bunyi apa tu?
Sqwekk
Sqwekk
Bunyi itu semakin lama semakin jelas kedengaran. Yeon berdiri dari duduknya. Seram pula dia dengar bunyi tu.
SQWEKK
Terhinjut bahu Yeon. Spontan kepalanya tertoleh ke arah sumber bunyi tersebut.
Bawah katil.
Gelap sahaja keadaan di bawah itu. Yeon menelan liur. Plastik M&N dipeluk.
Sqwekk
Bunyi itu kedengaran lagi. Yeon menarik nafas. Dia mula memberanikan diri berjalan masuk ke bahagian bawah katil itu. Aura seram menyapa dirinya membuatkan bulu roma Yeon berdiri tegak.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasi❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...