📌 Location: Restoran Terkangkang
"Lepastu, Taehyung suami Yerin pun akad nikahkan kitorang berdua dengan saksinya Yerin, meja tetamu, kerusi tetamu, dan semua yang ada dalam dewan tu."
Kesemua manusia sudah terangguk-angguk mendengar kisah yang diceritakan Hyeongjun. Macam tu rupanya.
"Eh habistu kenapa tak roger kitorang terus?!" soal Hee. Wah, rasa macam membazir je air mata dia menangis masa Hyeongjun mati. Eh Hee nanges juga ye hihi. Hani yang awalnya menyorok di celah ketiak Hyeongjun terus terduduk tegak.
"Salah koranglah! Siapa suruh chaw awal sangat!"
"Eh Hani yang suruh!" ujar Eunrim ingin mempertahankan diri. Hani terdiam seketika ingin mengingat. Dia eh?
"Korang baliklah dulu hiks. Hani nak meratapi kematian Hyeongjun. Pergi, tinggalkan Hani berseorangan! Huwaa!"
Ha betullah tu. Pergi sungguh diorang eh. Tidak bertimbang rasa betul!
"Ah apa-apa jelah. Kenapa korang tak jenguk Hani sepanjang 5 bulan ni?!" soal Hani cuba menukar topik dan menyalahkan hal ini pada mereka semua. Kesemua manusia sudah menayang wajah cemberut.
"Dey! Kau yang cakap kau merajuk dengan kitorang haritu!" ujar Choco sambil memeluk tubuh. Sekali lagi Hani terdiam ingin mencari memorinya.
"Hani tak nak jumpa korang! Pergi! Hani merajuk! Jangan jumpa Hani lagi!"
Betul juga. Cis, sekali cakap camtu terus diorang ikut eh?!
"Sabarlah Hani. Hani lupa ke yang Hani merajuk dengan diorang sebab nak bagi surprise ni?" soal Hyeongjun sambil menepuk kedua belah bahu Hani pelan. Hani terdiam sekali lagi. Tak lama selepas itu barulah dia teringat. Oh hooh. Dia merajuk sebab nak bagi surprise ni!
Tapi still, takde orang datang pujuk hm. Majuk betul kang. Sumpah jadi Thumbelina semula!
"Ah apa-apa jelah. Cepat berbangga dengan baby Hani! Doktor dah sahkah yang Hani mengandung kembar lapan!" ujar Hani dan terus melompat ke atas meja dengan posisi bergaya. Terhinjut bahu semua dek terkejut. Ha sib baik jubah tak terselak.
Iye pakailah jubah sewaktu mengandung anak-anak. Mana tau tetiba beranak ke. Prepare for the worst! 😼👍
"Kembar lapan? Macam kecik je perut," ujar Anna pelan. Almaklumlah, boyfriend dia si Jungkook kan doktor. Anna dah banyak ikut Kook pergi appointment dengan pesakit dan dari apa yang dia simpulkan, baby kembar 2 pun perut tu dah besar macam nak pecah! Apatah lagi kembar lapan?
"Terima kasih atas pujian," ujar Hani dan mengembangkan hidung. Eh bangga lah tu bila perut tak sebesar ibu yang lain. Sekali keluar anak ular baru cuak!
"Mungkin kecik sebab baru 5 bulan kot..." jawab Yeon pada soalan Anna tadi. Walaupun ia kedengaran agak tidak masuk akal, tetapi ala siapa kesah.
"Hani, dah sini turun. Sekali jatuh naya nanti," Hyeongjun si suami mithali menggamit Hani turun dari meja. Hani menganggukkan kepala. Dia melompat turun dari meja, namun secara tidak sengaja dia tersadung kaki sendiri dan terus bergolek jatuh ke bawah. Oh pintarnya Anna.
"Eh Hani okey tak tu?!" soal Daeun terkejut. Sudahlah dia nampak Hani mendarat dengan perut dulu. Ha sudah. Hyeongjun laju sahaja mendapatkan isterinya. Sempat dia mencepuk mulut sendiri. Mulut masin betul!
"Aduhhh," Hani sudah mengerutkan dahi. Perutnya yang semakin mengempis dipegang. Kenapa dia rasa macam basah je kat bawah? Terus pandangan Hani turun ke bahagian kakinya.
"Hyeongjun! Air ketuban pecah!"
Makin gawat situasi apabila mendengar Hani menjerit sebegitu. Hyeongjun sudah membulatkan mata tahap soket ingin tercabut. Yang lain sudah cuak tahap seekor kucing bertelur. Dalam perkataan lain, tersangatlah cuak meow.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasía❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...