✼┊e p i s o d e 2 1 ˎˊ˗

51 7 219
                                    

📌 Location : Rumah Anak Pak Cik Jimout

"Next round~"

Kesemua appliers mengambil kertas yang dilipat di atas meja itu. Berebut masing-masing cuba mendapatkan kertas pilihan mereka.

"Okay. Siji, loro, telu, papat, limo!"

Usai kiraan sehingga 5 dalam bahasa Jawa itu dihabiskan, kesemua mereka membuka kertas masing-masing. Macam-macam gaya yang ditunjukkan dek tidak mahu kertas mereka dilihat appliers lain. Dan bermacam-macam reaksi juga ditunjukkan selepas melihat watak masing-masing.

"Okay. Jom start."

Para appliers bergerak mendekati sesama sendiri membentuk bulatan. Mereka hanya diam berpandangan sesama sendiri.

"Anna mafia kan?" tebak Daeun secara membabi buta. Anna laju saja menunjukkan wajah tenuknya.

"Eh mana ada!" nafi Anna laju. Apa ni tiber je tuduh melulu. Daeun pula hanya menyepetkan matanya ke arah Anna. Hmm...

Alhamdulillah, setelah mereka turun dari kerusi dengan selamat, terus sahaja mereka mencari kertas di rumah itu. Berkat tuah mereka, ada sehelai kertas yang terbang ke atas lantai bersama sebuah pen. Ha bersoraklah semua manusia ketot kegembiraan.

Berbantukan spagethi yang Anna ikat dekat kerusi tadi, mereka kembali naik ke aras kerusi lalu lompat ke atas meja makan dan memulakan permainan Mafia di situ. Senang, kalau lapar terus grab makanan.

"Hee rasa kan..." Hee yang hanya diam memerhati semua appliers mula bersuara. Kesemua manusia ketot dipandangnya tajam.

"Yeon!" ujar Hee, jari ditunjuk ke arah Yeon. Yeon menayang wajah uwu. "Eh, kenapa Yeon pula?" tanya Yeon. Nada suaranya agak cemas. Ayok hang mafia ke tu?

"Sebab..." Hee meleretkan suara. Wajah kesemua appliers dipandangnya bersilih ganti.

"Entah. Hoho."

"Aish. So nak skip ke nak vote ni?" tanya Eunrim. Kertas di tangannya dipusing-pusingkan. Hm bosan. Watak dia yang tentera kat kertas tu cumalah Master Game, di mana dia lah yang guide game ni.

"Kenapa Eun laju sangat nak skip? Eun mafia kan?" tebak Choco dengan nada yang sangat yakin. Eunrim menayang wajah cipanzi apabila dirinya dituduh sedemikian.

"Nak kata pabo, takut terasa. Tapi memang tu pun faktanya. Eunrim Master Game lah. Kan dia yang cakap Start tadi." Hee menggelengkan kepala melihat aksi Choco. Choco yang mendengar terus membentuk mulutnya menjadi sebuah O. Sengihan innocent ditayang.

"Jom try vote dulu. Semua vote pilihan masing-masing eh?" cadang Anna. Eunrim mengangguk kecil. "Okay, semua kena vote. Wahid, isnani, tsalasah!"

Lalu bergeraklah kesemua jari menunjuk ke arah mafia pilihan masing-masing. Anna telah mengundi Daeun, Daeun pula telah mengundi Anna, Hee telah mengundi Yeon manakala Choco dan Yeon telah mengundi Hee.

Diorang main pilih je tu ha.

"Ha okay. Hee sila pertahankan diri anda. 30 saat!" ujar Eunrim laju. Cuak terus Hee apabila perasan akan dua jari yang mengundi dirinya. Wah, suspicious sangat ke dia ni?

"Eh eh! Hee bukan mafia, sumpah! Hee dapat role penting tapi bukan mafia! Jangan bunuh Hee. Kalau korang bunuh Hee korang yang mati nanti ha. Siyes siyes!" Hee mengangkat sebelah tangannya tanda bersumpah.

"Ayok hati-hati. Boleh jadi Hee tu doktor atau polis. Kalau korang bunuh Hee nanti tipis harapan nak menang," Eunrim menyampuk. Choco dan Yeon saling berpandangan.

"Alalalala sian Hee. Mesti dua ekor ni yang mafia," Anna menjeling tajam Choco dan Yeon. Wah yakinnya kamu. Daeun laju menganggukkan kepala. "Ala bebaskan Hee jelah. Ni baru round pertama." cadang Daeun.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now