✼┊e p i s o d e 2 5 ˎˊ˗

49 6 312
                                    

📌 NaKook
(sesungguhnya kita semua adalah penakook pft tibah)

"Ugh ugh,"

Anna mengerutkan dahi. Tidurnya terganggu apabila dirinya terasa seperti tidak boleh bergerak.

"Ehmhmhmh–"

Anna cuba untuk duduk namun tidak mampu. Seolah-olah ada sesuatu yang berat menindih dirinya.

"Aarkjsmgmgsnf–"

Berkerut-kerut dahi gadis itu cuba menggerakkan badannya, namun tidak mampu. Anna menghembus nafas cuak. Degupan jantungnya semakin laju.

Pada saat itu, mindanya tiba-tiba sahaja teringat akan sesuatu.

Sleep paralysis...

Bahasa Melayu, kena tindih...

Oh my god.

"To–Tolong–"

Dengan suara seraknya Anna cuba bersuara meminta pertolongan. Uh tak sangka jadi kecil pun boleh kena tindih. Selama ni dia saiz normal tak pernah pun kena. Atau, rumah Jimin yang memang–

Anna menghembus nafas. Rasa nak nangis dek terlalu takut. Dia cuba menggerakkan jari tangan dan jari kakinya. Fuh boleh.

Nafas dalam ditarik. Sekali lagi Anna cuba menggerakkan badannya namun tidak mampu. Dia mula berasa sukar untuk bernafas. Berat mak aih–

Cit cit cit cit

Terkaku terus Anna apabila satu bunyi asing kedengaran. Perlahan-lahan, dia memberanikan diri untuk membuka mata. Melihatkan 'benda' yang sedang menindihnya, nak saja dia termuntah disebabkan wajah buruknya dan bau busuknya.

Jangan muntah Anna, terasa benda tu nanti (○゚ε゚○)

"T–T–Tikus–" Tergagap Anna jadinya. Membulat matanya melihat seekor tikus sedang tertidur nyenyak di atas badannya.

"Ottokae?" gumam Anna perlahan. Bibirnya digigit. Dia lenguh, nak bangun, tapi nanti tikus ni terbangun pula lepastu gigit dia AAAA–

Eh tikus boleh makan orang ke?

Ah, kalau lipas boleh makan diorang, kenapa tidak tikus?

Anna cuba menggerakkan kepalanya memandang tepi, di mana seekor Jeon Jungkook sedang terbaring di atas katil.

"J–Jungkook!"

"Yah!"

"Jungkook bangun!"

"Tolong!"

Dengan hanya berbisik, Anna cuba mengejutkan Jungkook. Macamlah anak bujang tu nak bangun mendengarkan bisikan dia yang halus dan lembut tu. Anna mengeluh perlahan.

Cit cit

Meremang bulu roma Anna mendengar bunyi itu. Takut-takut dia memandang kembali ke arah tikus di atas badannya.

Tikus itu kelihatan seperti sedang mengalami mimpi ngeri. Dahinya berkerut– jap tikus ada dahi ke? Tikus itu kemudiannya menggerakkan badannya. Laju sahaja Anna mengambil peluang untuk menggolekkan badannya ke tepi, namun tidak berjaya kerana kakinya tidak sempat melarikan diri.

"Huff huff," Anna menghembus nafas berat. Kakinya yang masih ditindih oleh si tikus dipandang.

"Okay okay. Fuh," Anna cuba bertenang. Wajah tikus itu dipandang. "Tikus ni tidur mati kan? Ah apa-apa jelah," gumam Anna sendirian. Nafas ditarik sebelum dia dengan berhati-hati menarik kakinya daripada tindihan si tikus durjana.

"Ah beratnya. Tikus ni makan batu ke apa. Tak reti nak diet?" lancang mulut Anna mengutuk tikus obesiti itu. Kakinya masih lagi ditarik namun kekuatan Anna tidak mampu menandingi berat si tikus.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now