📌 Location : Kim's Doll Shop
"Uhuks. Korang..."
Anna menyedut hingus. Patung Nayun yang dibuat menggunakan gumpalan gula-gula kapas itu dipeluknya.
"Arwah baik orangnya," Choco menundukkan badan ke arah tiga buah patung di hadapannya.
"Huwaaa," Yeon sudah menghamburkan tangisan melihat patung-patung itu. Patung Hyein yang berada hampir dengannya didakap.
"Walaupun kita tak kenal mana, tapi jasa korang akan dikenang. Huhu, semoga kalian tenang di dalam perut Banek," Hee turut sama menundukkan badannya ke arah patung-patung itu.
"Sudahlah tu korang. Meh sini Eun peluk," Eunrim mendepakan tangan. Terus Anna dan Yeon berlari laju masuk ke dakapan hangat Eunrim. Berpelukan tiga makhluk itu berserta tangisan yang tidak berpenghujung.
"Dah ke?" tanya Daeun. Melihatkan appliers lain mengangguk kepala secara tidak ikhlas, Daeun terus menapak ke arah tiga patung itu dengan satu senyuman.
Daeun menundukkan badan ke arah patung-patung itu. Selepas itu, dia tersenyum gembira. "Izinkan Daeun makan korang. Jal mogosseumnida!" Dengan laju, Daeun melahap patung Sya yang kebetulan berada hampir dengannya.
Appliers lain hanya diam melakukan hal masing-masing. Ha dah Hani tak tahu nak type apa lagi weng weng
📌 Location : Kim's Doll Shop
"Urk. Kenyang." Daeun mengorek cili yang melekat di giginya. Perut diusap gembira.
"Eyy Daeun tak berperikemanusiaan!" Anna menjerit kuat. Crack sedikit suaranya. Maklumlah, baru lepas nangis.
"Pft," Choco menahan gelak mendengar suara crack Anna. Anna menjeling Choco tajam. Macamlah tak pernah dengar orang crack huh
"Ha dah dah. Sekarang ni kita nak buat apa?" tanya Hee. Semua diam. Tak tahu nak jawab apa.
"Buat apa eh. Selama ni kita buat apa je?" tanya Eunrim. Mereka berenam duduk dalam bulatan, termemung memikirkan nasib masing-masing.
"Mula-mula kita jadi kecil. Lepastu kita clash dengan boyfriend kita," Yeon menghentikan ayat. Cuba menahan tangisan apabila teringat Taeyong ufufufufu
"Then kita pergi Nini Peri Shop but end up kat Kim's Doll Shop," sambung Yeon lagi. Air mata dikesat.
"Lepastu? Kita duduk dalam ni pun makan je kerja. Kalau ada orang datang jadi patung. Bosan lah!" bentak Hee. Gula-gula kapas di sebelahnya digigit rakus.
"Setuju! Nak keluar! Tapi peti ni berkunci huwaa!" Anna meraung kuat.
Lepas je Chuu dan Umji balik dari supermarket tadi, tanjat diorang bila tengok patung hilang 3. Bila ditanya, Chuu dengan selamba mengaku yang dia tak kunci pintu tadi. Umji punyalah frust nak mati bila CCTV tak dihidupkan, kalau tak boleh tangkap penjenayah. Sudahnya Umji kunci je peti yang menempatkan diorang berenam. Chuu tak boleh harap!
"Hm. Korang jom keluar," ajak Daeun. Semua kepala terus terteleng ke arahnya. Ha terkejut lah tu Daeun ada cakap benda lain selain lapar.
"Hah? Macam mana?" tanya Eunrim. Daeun mengangkat bahu. "Entah. Kita cuba jelah keluar macam mana pun. Yang pasti keluar," balas Daeun selamba.
"Ngeh. Jom lah. Kalau tak sampai bila nak mereput dalam ni lagi? Kita kena berusaha mencari jalan keluar!" Choco berdiri dengan megahnya diikuti appliers lain.
"Yeay! Jom cari jalan keluar!" Yeon bersorak teruja. Walaupun air mata masih mengalir namun dia masih bersorak teruja haih. Rindu sangat Taeyong ke tu sis?
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...