✼┊e p i s o d e 2 3 ˎˊ˗

48 7 221
                                    

📌 MiHun, 8:00 A.M
(Since full name Choco Choco Kim Yeol Mi, Hani amek 'Mi' dari situ btw HAHAHA canteklah nama ship korang)

Quack! Quack!

Quack! Quack!

Quack! Quack!

Quack! Quack!

Choco mengerutkan dahi mendengar bunyi itik yang kedengaran begitu kuat. Spontan dia terduduk tegak. Telinga ditekup.

"Itik mana yang kacau tidur aku pagi-pagi ni?" soal Choco sendirian. Kiri kanan dipandang. Pandangannya jatuh ke arah telefon bimbit yang sedang menyala di sebelahnya.

Quack! Quack!

Choco mengesot ke arah telefon itu. Tulisan yang terpampang di skrin dibaca.

8:00 A.M
PHOTOSHOOT

SNOOZE
DISMISS

Choco merengus. Lantas pilihan Dismiss Alarm ditekannya. Malangnya, dek jarinya yang terlalu ketot, telefon Ipong Ultra S2 Pro Max yang berjenama Oren itu tidak dapat mengesannya.

"Eh pabo betul," Choco merengus perlahan. Terus dia berdiri dari duduknya. Pilihan Dismiss Alarm itu dipijak-pijaknya sekuat hati. Setelah banyak cubaan yang gagal, akhirnya telefon itu berjaya mengesan kaki Choco. Alarm itu berjaya ditutupnya sekaligus hilang bunyi itik yang membingit sejak dari tadi.

"Ha senyap pun." Choco tersenyum puas. Dia kembali berbaring di atas tempat itu untuk menyambung tidur,namun terhenti apabila merasakan permukaan yang keras menyentuh belakang badannya.

"Aduh, bapak keras. Katil ke benda ni?" Choco mendudukkan diri dan menoleh memandang tempat tidurnya. Membulat matanya melihat permukaan kayu berwarna coklat. Sekelilingnya dipandang.

"Ewah ewah. Dia sedap tidur atas katil, tapi letak aku kat atas meja? Patut badan aku sakit je dari tadi," bebel Choco geram apabila melihat seseorang tertidur dengan lenanya di atas katil di sebelah meja yang didudukinya ini. Lenanya sampai terbuka luas mulut tu. Sekali pakej dengan air liur meleleh.

Wajah hensem itu dianalisanya. Hah, Choco kenal dia. Salah sekor jantan tu. Yang cold tu. Yang pernah cepuk bontot dia kat kedai!

"Sombong gila. Katil saiz King dah, banyak ruang. Tapi kedekut tanak kongsi. Huh!" bebel Choco lagi.

Alah, dia tak tahu yang Sehun dah letakkan dia dengan penuh berhati-hati kat atas katil semalam. Siap letak bantal kat tengah supaya Choco tak kena tindih. Choco je yang mengigau pergi jalan and tidur atas meja. Lepastu tuduh Sehun macam macam. Ish ish.

"Apa-apa jelah. Baik aku tidur," Choco membaringkan diri di atas meja. Beralaskan lengannya, Choco mula menutup mata dan melawat alam barzah buat seketika. Namun dia bagaikan ditarik oleh dunia realiti sekali lagi apabila bunyi yang menjengkelkan itu kedengaran lagi.

Quack! Quack!

Quack! Quack!

"ARHHH" Bentak Choco geram. Rambutnya dikusutkan sebelum dia berdiri dan memijak telefon itu dengan geram.

8:05 A.M
PHOTOSHOOT

"AISH BERAPA BANYAK ALARM DIA PASANG NI" Tanya Choco kuat dek kegeraman. Laju sahaja telefon jantan itu dibuka.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now