📌 Location : Depan kaki budak
"Tet," Terus terkeluar kata carutan dari mulut Sya. Budak lelaki itu semakin tersenyum lebar melihat mereka semua. Senyuman yang cukup menyeramkan.
"Easy boi..." Choco cuba menjinakkan budak itu. Dengan sangat perlahan dia cuba untuk mengundurkan keretanya.
"Uuu, patung boleh bercakap!" Budak lelaki itu melompat kecil di situ. Nasib tak terpijak diorang.
"Ehek, betul tu! Saya Nayun!" Nayun melambai tangannya ke arah budak itu. Anna di sebelah dengan laju menarik tangan Nayun semula.
"Rare nya!" Budak itu menjerit teruja. Appliers yang lain dah berpeluh-peluh.
"Memang rare!" balas Nayun, kali ini mulutnya ditekup Anna pula. Hee yang berada di tempat pemandu memberi pandangan tajam ke arah Nayun.
"Rare sangat! Kena tunjuk kat kawan-kawan Felix ni!"
"Tunjuklah... eh?" Nayun bersuara hairan. Budak itu tidak mengambil masa yang lama untuk tunduk mengambil kereta yang terdekat dengannya, kereta Hee.
"LARI WOI!" Jerit Choco kuat dan terus memandu laju ke hadapan dan melintasi budak itu. Hee yang tengah cuak pun terus memandu laju ke hadapan, keretanya meluncur ke hadapan melalui celah di antara dua kaki Felix.
"Askjsjsjhjdjdhhdud."
Felix tersenyum ngeri ke arah kereta milik Hyein yang tidak bergerak. Dia mengatur langkah ke arah kereta itu.
"Cepat Hyein!" jerit Yeon cemas. Dia memegang tangan Eunrim kuat kerana cuak. Hyein pula masih cuba menekan spedal sebelah kanan namun kereta itu tetap tidak bergerak. Lepas kereta Hee rosak, kereta Hyein pula.
"Dia dah dekat!" jerit Yeon lagi, menambahkan kecuakan dalam diri. Di saat Felix menunduk untuk mengambil mereka, Eunrim dengan laju menyepak bahagian bawah kereta itu.
Ajaibnya, kereta Hyein terus memecut laju ke hadapan.
Felix mendengus kecil melihat kereta-kereta mainan yang semakin menjauh itu. Tanpa berlengah dia mengejar mereka semua.
"Where are you going?" tanya Felix dengan suara deep nya. Meremang semua appliers mendengar. Feel dia macam hantu jantan yang panggil.
Kereta Choco berada di hadapan sekali diikuti Hee dan Hyein. Secara tiba-tiba, kereta Choco berhenti secara mengejut walaupun Choco tidak menekan brek.
"What the tet?" tanya Sya. Dah elok-elok pecut tetiba berhenti tengah jalan. Choco turut terkejut, dipijak-pijaknya spedal kanan dengan harapan keretanya bergerak.
"Asal?" Sya menjengukkan kepala ke hadapan. Choco dengan cemas memberitahu "Kereta ni takleh gerak do!"
Kecemasan melanda penghuni kereta itu.
"Kenapa Choco tu?" tanya Anna apabila melihat kereta Choco di hadapan berhenti. Kereta Hee semakin mendekat dengan kereta Choco.
"Spedal tak function!"
Sempat Anna, Nayun dan Hee mendengar bebelan Choco sewaktu melintasi kereta Choco. Hyein, Yeon dan Eunrim yang berdekatan turut terdengar bebelan Choco sewaktu melintasinya.
Kini, kereta Choco berada di belakang sekali apabila kereta Hee dan Hyein berjaya melintasinya. Felix menghampiri mereka dengan tawa yang deep.
"Choco! Kau kata dah pro?" Sya mendengus geram. Dia join Choco sebab Choco kata dia pro, bukannya sebab nak terhenti tengah jalan ni! Lagi geram apabila Daeun di sebelah elok tertido je. Nak je Sya humban dia ke luar. Biar Felix gigit gigit dia.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...