📌 Location : Nini Peri Shop
"MWOOOOOO?!"
"Aduh! Sakit telinga Hyeongjun–" Sepantas kilat Hyeongjun mengalihkan telefonnya dari telinga apabila suara Hani memetir. Dilihatnya panggilan sudah ditamatkan. Hyeongjun memusingkan badan menghadap Thumbelina di atas meja.
"Hyeongjun dah call. Nanti Hani sampai lah tu," ujarnya dan tersenyum manis alalala. Dia melabuhkan bontot di atas kerusi.
"Kamsahamnida!" ujar Eunrim mewakili semua Thumbelina. Hyeongjun sekadar menayang senyuman.
"Tapi kan, Nini Peri tu girlfriend Hyeongjun ke?" soal Hee, mood mak cik bawang tengah on ni. "Haah. Yang tadi tu, Hyeongjun cakap Hyeongjun bakal suami Nini Peri," sambung Anna pula. Hyeongjun tersengih malu.
"Eung! Kitorang baru bercouple seminggu yang lalu ehehehe," Hyeongjun tersenyum sendirian membayangkan wajah Hani di benak fikirannya. Best bethol berangan ni. Eee cringe lah pula.
"Apak ah," komen Choco. Tak sangka Hyeongjun boleh terpikat dengan Nini Peri. "Hyeongjun rasa dia cantek ke?" soal Yeon. Dia cuba mengingat semula wajah si Peri yang dilihatnya di Instagram tadi.
"Hm bolehlah. Tapi dia comel," ujar Hyeongjun. Sekali lagi dia tersenyum sendirian membayangkan kecomelan Hani.
"Uyoo elok sangat lah tu! Korang dua-dua comel," komen Daeun dan membuat bunyi 'aciacia'. Lalu kepala dibaringkan ke atas meja. Dah jangan kacau, dia nak tidur.
"Ehehehe, by the way kan korang boleh panggil dia Hani je. Nini Peri tu nama glamour dia je. Hyeongjun cadang kan, esok Hyeongjun nak lamar dia jadi tunang Hyeo–"
"–MWOOOOOOOOOOO?!"
"AHHHHHH!"
Menjerit semua yang ada di situ apabila Hani tiba-tiba sahaja muncul di pintu masuk. Sudahlah suara dia tu kuat tahap apa tah. Berdarah telinga semua yang ada di situ. Hani laju berlari mendekati meja, di mana terletaknya si Thumbelina.
"Eh, lajunya Hani," ujar Hyeongjun perlahan. Kagum sekejap. First time dia nampak Hani teleport. Yelah, bak kata Hani, dia boleh teleport bila keadaan darurat je. Macam kat funfair haritu.
"MANA? MANA THUMBELINA TU HYEONGJUN?"
Hani bertindak ganas memegang kedua belah bahu Hyeongjun. Takut budak itu jadinya. Belum sempat ingin menjawab, Hani terlebih dahulu memusingkan kepalanya melihat sekeliling. Lantas dia bergerak laju menuju ke arah Sanha yang berada paling hampir dengannya.
"CAKAP! MANA THUMBELINA TU? MANAAAAA?!"
"Suueehhshsskksgsjsghs!" Sanha sudah meraung dek Hani melepaskan marah kepadanya. Habis digoncang bahunya sampai nak tercabut. Kalau takde pita pelekat di mulut Sanha, rasanya habis dia menjerit sehingga berdarah telinga semua yang mendengar.
"Hani bawa bertenang Hani!" Hyeongjun memeluk Hani yang semakin menggila. Peri itu pun perlahan-lahan semakin tenang. Huh, ngade je nak pelukan dari Hyeongjun. Usai berjaya menjinakkan si haiwan, Hyeongjun melepaskan pelukan.
"Tu. Diorang ada kat atas meja," tunjuk Hyeongjun. Laju Hani berpaling ke arah meja di mana kelihatan si Thumbelina sudah menayang wajah gangster masing-masing.
"Meh sini. Kita ada urusan yang perlu diselesaikan," panggil Choco. Jari telunjuk digerakkan ke mari. Cermin mata hitam dibetulkan. Eh kejap, sejak bila pula dia pakai spek hitam–
Hani menelan liur. Wajah Hyeongjun dipandang.
"Hyeongjun. Hani rasa nak tercirit lah pula tengok muka samseng diorang,"
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasia❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...