📌 Location: Restoran Terkangkang
Mereka semua menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut dengan posisi mempertahankan diri masing-masing.
"Mana? Mana makhluk tu?!"
"Sebelum dia bunuh Choco, Choco nak bunuh dia dulu!"
"Keluarlah wahai makhluk durjana!"
"Yaishhshshrdjjfmfkdkkd!"
"Hiyark! Hiyark!"
"Arghhhhh!"
Bising terus suasana apabila mereka semua menjerit bagai nak terkeluar anak tekak masing-masing sejurus masuk ke dalam. Kanan kiri dipandang. Eh, kosong je bilik.
"Apa ni?" soal Anna. Main sorok-sorok pula. Fikir diorang nak cari? Heh.
"K–Korang," Alhamdulillah, di antara mereka berdua belas, ada juga yang mempunyai pandangan mata yang tajam dan berjaya menempatkan di mana orang yang mereka cari. Mereka semua menoleh ke arah Sunwoo yang sedang terketar-ketar menunjukkan ke suatu arah. Terteleng kepala semua ke arah itu.
"ASTAGHFIRULLAH!"
"AAAAAAAAAA!"
"WARGHHH!"
"ASTAGA!"
"TETTTTTTT!"
"EOMMMAAAA!"
Sekali lagi mereka semua menjerit terkejut melihat seekor cicak. Tak, tak tipu. Memang diorang nampak seekor cicak yang melekat kat siling tu. Memanglah biasa je. Yang jadi tak biasa tu apabila cicak tu berkepala Hani si Nini Peri!
Tahniah kepada siapa yang teka betul. Ha nah 💋❤
"Haluu rakan-rakan," Hani bersuara dengan suara garaunya. Eh, sama macam suara garau tadi! Dia menayang satu sengihan ngeri ke arah mereka semua. Meremang bulu roma semua yang melihat.
"Hani? Kamu kah itu?" soal Anna penuh dramatik. Daeun di sebelah sudah memegang kuat botol airnya. Kalau Hani mengganas, dia akan terus ruqyahkan Hani. Hani tersengih hingga ke telinga. Ni pun tak tipu, memang bibir dia tersenyum sampai ke telinga.
"Eung! Hani ada surprise untuk korang!"
"Surprise apa anakku?" soal Eunrim. Hani yang berbadan cicak pun dah merupakan suatu surprise untuk diorang, ni ada lagi surprise? Entah macam manalah diorang terkejut nanti.
Hani tersengih kecil. Magic wandnya dicapai dengan tangan cicaknya itu dan dihayun. Satu kepulan asap berwarna pink muncul. Terbatuk-batuk semua yang berada di situ. Sedar-sedar sahaja Hani si cicak sudah tidak melekat lagi di siling.
"Mana Hani?" soal Yeon sambil terbatuk kecil. Matanya dikecilkan sambil memandang sekeliling. Choco yang terlihat Hani langsung sahaja memukul bahu Yeon di sebelahnya.
"Weh, tu Hani!"
Mereka semua terpaling ke belakang apabila Choco menunding jarinya ke situ. Sekali lagi mereka semua mengucap melihat Hani yang sudah tampil dengan gagah dan megah di atas meja. Runtuh meja tu karang. Hani mengembangkan hidungnya bangga sambil mengekalkan gaya Awang Kenit itu.
"Surprise! Tengok perut Hani. Dah 5 bulan tau!"
Ternyata itulah surprise sebenar Hani. Mereka semua menundukkan kepala memandang perut Hani. Jelaslah kelihatan perut Hani sudah membulat dan memboyot namun masih comel. Hani kan sentiasa comel.
"Hani mengandung?!" soal Daeun dengan perasaan bercampur. Ada perasaan hepi sebab yeay diorang nak dapat anak buah! Ada perasaan nak tergelak juga dia melihat perut Hani. Maklumlah, first time nampak orang mengandung real life. Noob betul Daeun.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...