📌 Location : Dalam beg Ighene
Sya meraba sekeliling. Peluh di dahi dilap.
Dia tak suka tempat gelap. Dalam beg Irene ni pula gelap dia tak boleh bawa bincang. Gelap segelap hati yang sedang membaca ni.
"K-Korang kat manaaa..." Selain dia, ada seorang lagi manusia yang sedang cuak berada di dalam kegelapan ini, Nayun. Anna meraba sekeliling dan tersentuh sesuatu. Merasakan tekstur yang seperti rambut, Anna meraba figura yang baru dia sentuh itu.
"Eh awak! Awak yang ada fon tu, cuba buka flashlight," Hyein yang berotak kancil mengutarakan ideanya. Sya yang baru teringat akan kewujudan fonnya terus mengeluarkannya dari poket.
"Saya baru sedar, kita tak tahu pun nama masing-masing kan..." kata Eunrim perlahan. Kemudian kelihatan satu cahaya yang membutakan mata tidak jauh darinya.
"Yeay cahaya!" Gembira Nayun melihat flashlight dari telefon kurang pintar Sya itu. Tanpa disuruh, dia mendekati Sya bersama appliers lain, berkumpul bersama berdekatan sumber cahaya.
Anna yang meraba tadi pula terus terkejut beruk melihat objek yang dirabanya itu ialah Wendy, patung Irene. Wendy yang sama saiz dengannya tersenyum manis ke arah Anna. Terus Anna pecut ke arah appliers lain, takut melihat wajah friendly Wendy.
"Anneyong semua, saya Yeon! Hwang Jiyeon!" Yeon memulakan bicara dan menghulurkan tangannya sambil tersenyum. Tetapi tiada siapa yang menyambut tangannya itu. Melihatkan wajah Yeon yang nak menangis, Hyein pun menyambut tangan Yeon dengan baik hati.
"Saya Shin Hyejin. Panggil Hyein je," kata Hyein pula. Dia tersenyum comel ke arah semua appliers.
"Sya," kata Sya pendek. Malas nak kenalkan diri panjang-panjang, dia pasti manusia lain dah tahu nama dia since dia ni pelakon terkenal eceh.
"Saya Im Nayun! Hikhokhikhok," Nayun tersenyum gembira dan melambaikan tangannya teruja.
"Heeeeee," kata Hee sambil meleretkan suaranya. Sempat kepalanya dicepuk Sya sebab annoying. Hee menjeling Sya tidak puas hati.
"Guwe Park Naeun tapi panggil Anna je sebab dia kiyot agugugugugugu," Anna mula berfangirling sambil menepuk Daeun di sebelahnya. Terbangun terus Daeun.
"Song Eunrim," kata Eunrim ringkas dan tersenyum ayu. Alalala
"Yo yo Choco in ur areah!" kata Choco pula dengan volume yang agak perlahan. Daeun menguap kecil sebelum memperkenalkan dirinya. "Jung Daeun."
Sesi memperkenalkan diri mereka terganggu seketika apabila kereta yang Irene naiki melanggar laju sebuah bonggol. Beg yang menempatkan mereka semua terjatuh ke bawah. Menjerit semua akibat terkejut.
"Ish papa, janganlah laju sangat. Sakit bontot Irene," Suara Irene mengadu kedengaran. Begnya yang terjatuh dicapai semula dan diletakkan di sisinya.
"Mian sayang. Ni adik kamu Yeri nak cepat sampai ke kedai mainan tu," suara seorang lelaki berumur pula kedengaran. Mereka hanya diam memasang telinga.
"Kedai mainan? Yeay, nak beli kawan-kawan untuk Wendy!" kata Irene teruja. Selepas itu, suasana di dalam kereta itu diisi dengan bunyi radio disusuli dengan gelak tawa Irene dan seorang perempuan kecil, mungkin Yeri adik Irene.
"Okay guys. Kita kena fikir plan untuk escape," Eunrim mengambil peranan sebagai seorang ketua yang tidak rasmi. Dipandangnya satu persatu wajah appliers lain dengan riak 'bagilah-idea-woi'
Krukk krekkk
Tiba-tiba kedengaran bunyi perut berbunyi. Serentak semua menoleh ke arah Daeun yang sedang mengusap perutnya sambil tersengih. "Lapar lah geng," Daeun mencebik kecil.
YOU ARE READING
Thumbelina [ ✔ ]
Fantasy❛❛ Geramnya! Hiks... Kalau boleh aku nak sumpah perempuan tadi tu semua jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha! Guwe jeles dengan mereka yang dapat pakwe setia! Huwaaaa terus guwe ini gimanaaaaa ❜❜ Apabila seorang ahli sihir secara tidak sengaja...