✼┊e p i s o d e 2 7 ˎˊ˗

35 4 165
                                    

📌 Bangunan Lot 25, Jalan Seokjin Hensem, Seoul

Heechul memakirkan van itu di tempat parkir berhadapan dengan sebuah kedai menjual alat menjahit. Manusia-manusia yang masih lena tertidur dipandangnya sekilas.

"Anak-anak, bangun semua," ujar Heechul dengan lembut. Dia mengeluh kecil. Haih, alangkah bagusnya jika dia turut mempunyai anak seperti mereka semua. Dah besar panjang belaka.

Mendengarkan suara Heechul yang lembut tetapi tegas seperti seorang ayah itu, masing-masing terpisat-pisat bangun dari tidur. Badan diregangkan sedikit. Hebatnya Heechul, tak perlu menjerit pun nak kejutkan diorang semua. Choco nak kejutkan Sehun haritu pun–

"Dah sampai ke?" soal Minhee dengan suara seraknya. Dia menguap besar.

"Iya," balas Heechul. Mereka semua yang masih mamai melihat sekeliling.

"Ni ke kedainya?" soal Jungkook pula. Kedai menjual alat jahitan yang terletak di hadapan van dipandangnya.

"Buruknya kedai dia," selamba Sehun mengata. Uih terasa pemilik kedai tu nanti. Heechul menggeleng kecil.

"Takde lah, ahjussi parkir kat depan kedai ni sebab takde tempat parkir yang lain. Korang carilah kedai peri tu sendiri," ujar Heechul. Hakikat yang sebenarnya, dia sebolehnya tidak mahu bertembung dengan peri itu. Entahlah, rasa trauma pada peri itu masih ada walaupun dia tahu tak semua peri itu jahat.

"Eo, arraseo. Kamsahamnida ahjussi. Jom semua," ajak Seungyoun. Satu persatu mula keluar dari kereta dengan rambut kusut dan wajah baru bangun tidur masing-masing.

"Hyungggg, jom pergi tandas kejap," ajak Kangmin. Kakinya dikepit. Hiks dari tadi lagi dia nak rasa terkencing. Nasib baik tak terkeluar kat seluar. Tulah, lain kali kencing siap-siap kat rumah.

"Jomlah semua. Muka sekor sekor pun dah macam apa tah," balas Jimin sebelum mereka semua berjalan masuk ke dalam tandas awam lelaki yang berada tidak jauh dari situ.

"Korang nak pergi tandas?" soal Eunrim yang berada di dalam poket baju Seungyoun dan dibalas dengan anggukan oleh para jantan.

"Habistu kitorang ni?" soal Hee pula. Diorang lupa ke diorang tengah bawa Thumbelina yang berjantina perempuan sekarang ni? Mamai ke macam mana.

Kesemua jantan mendiamkan diri. Ada yang sudah menguap semasa jalan. Soalan Hee dibiarkan tidak berjawab.

"Ah mwoya," rungut Choco sedikit geram. Dia cuba menumbuk dada Sehun memandangkan dia berada di poket baju sebelah dada, namun lelaki itu hanya diam tidak bereaksi. Ngeh!

"Ala biar jelah. Nanti kita minta diorang letak kita kat singki," cadang Anna. Mata digosok. Hiks mengantuk. Tapi dia kena segarkan diri!

"Betul tu, kalau ada orang kita patungkan diri je. Nanti suruhlah diorang jaga kita gilir-gilir," tambah Yeon.

"Korang nak kencing tak?" soal Daeun dengan mata yang agak sepet, menahan kantuk. Laju sahaja dia menjadi perhatian semua Thumbelina.

"Tak. Wae? DAEUN NAK KENCING KE?" Soal Choco kuat akibat terkejut. Segar terus mata semua jantan mendengar. Daeun laju sahaja mengangguk. Huwaa!

"Aish. Masalah betul lah," rungut Sehun geram. Yang lain sudah terdiam memikirkan cara.

"Ah korang fikirlah, Kangmin dah tak tahan ni!" ujar Kangmin lalu berlari masuk ke dalam salah satu kubikel tandas. Sempat dia beri Daeun kepada Minhee di sebelahnya.

"Eh bawa lah Daeun sekali," Tak sempat Minhee nak tolak huluran Kangmin itu. Rushing bebenor.

"Korok la nak bawa Daeun sekali. Nanti dia usha Kangmin, kau nak tanggung?" soal Sehun. Daeun menjegilkan mata ke arah Sehun.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now