✼┊e p i s o d e 1 ˎˊ˗

93 15 195
                                    

📌Location : Doraemon Mall

"Hmm, pada pendapat saya, rasanya shade pink yang ni sesuai untuk bibir cik. Kalau cik nak, cik boleh try dulu,"

Pelanggan itu kelihatan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Tanpa ragu-ragu lipstick berwarna pink gelap diambil dan disapu di bibirnya. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat wajahnya terpantul di cermin.

"Wah, cantiknya! Takde lah nampak terlalu menonjol sangat. Memang sesuai sangat-sangat dengan cik," Manager kedai Memoria Makeup itu terus menerus memuji pelanggan itu. Di dadanya terdapat name tag yang tertulis Manager | Song Eunrim.

"Waa jinjja? Saya nak beli lipstick ni lah kalau macam tu. Terima kasih atas cadangan awak!" Pelanggan itu tersenyum mesra kepada Eunrim. Eunrim membalas senyuman tersebut. "Takde hal lah. Mari ikut saya ke kaunter,"

Usai menyelesaikan segala urusan pembayaran, Eunrim melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Tengkuk diurut. Fuh, boleh taham ramai customers harini. Lenguh badan nak layan. Mulut pula dah rasa nak tercabut.

Satu botol air mineral sejuk dihulur kepada Eunrim. Spontan Eunrim mendongak ke atas, wajah ceria Namjoon menyapa pandangannya.

"Eo, Namjoon oppa! Bila oppa sampai? Meh duduk sini." Bagaikan hilang segala kepenatan dan kelenguhan badan apabila si buah hati memunculkan diri wek. "Eh takpe, oppa pun baru sampai hehe." Namjoon membalas lembut namun Eunrim tetap menarik lelaki itu untuk duduk di sebelahnya. Namjoon pun turutkan sahaja.

Bukan sebab nak jaga hati Eunrim, tapi sebab Eunrim ni kuat orangnya. Dia tarik Namjoon pun Namjoon tak mampu nak tahan diri dari kena tarik. Namjoon pasrah je ada girlfriend sekuat badang ni ahuks.

"Awal pula oppa datang harini?" Eunrim membuka mulut apabila air mineral sudah diteguk. "Hehe, harini customers tak banyak mana. Bolehlah tutup cafe awal sikit memandangkan manager oppa pun tak kisah," RM membalas. Dikesatnya mulut Eunrim yang berair sedikit dek minum air tadi.

Tersengih malu Eunrim jadinya.

"Oppa, jom dating. Eun pun dah malas nak layan customers lagi. Biarlah si pekerja tu yang layan pulak ngeh diorang berehat je dari tadi mentang-mentang manager turun kedai harini," Eunrim mengadu, dikepitnya tangan Namjoon. Namjoon tergelak kecil. Terus digosoknya rambut Eunrim manja.

"Kesian future wife oppa ni. Jomlah dating, Eun pergi salin baju dulu," Namjoon berkata lembut. Eunrim tersenyum gembira.

"Okay oppa! Ha pekerja sekalian, Eunrim nak pergi dating dengan Namjoon oppa ohokhok jaga kedai elok-elok," Eunrim memberi arahan kepada pekerjanya yang sibuk stalk diorang berdua dari tadi. Sejurus itu Eunrim mengatur langkah ke bilik persalinan.

Pada masa yang sama, di kedai berhadapan dengan Memoria Makeup, kelihatan seorang perempuan sedang memerhati Eunrim dari tadi dengan mulut yang terherot sana-sini. Dah serupa orang kena sawan. Nasib cantik huh.

"Ish jelesnya. Manager kedai seberang at least seminggu sekali turun kedai and layan pelanggan. Baik-baik pulak tu layanan dia. Manager haku ni hok aloh geramnya rasa," Perempuan itu berkata geram. Di dadanya terdapat name tag yang tertulis Park Naeun.

Park Naeun atau dikenali sebagai Anna memicit span foundation di tangannya dengan agak geram. Sekelilingnya dipandang. Tak hairanlah kalau kedai tempatnya bekerja yakni Fever Makeover langsung tidak didatangi mana-mana pelanggan.

Buat apa mereka nak datang ke Fever Makeover kalau Memoria Makeup menyediakan layanan yang lebih bagus ye idok?

Sekarang pun hanya ada Anna seorang sahaja di kedai itu. Rakan sekerjanya sedang membeli minuman untuk mereka, tapi nampak gaya macam dia tak jumpa jalan balik dah. Pergi pukul 3:45 petang, sekarang dah pukul 5:00 batang mata pun tak nampak lagi. Anna pasti dia dah ponteng kerja balik rumah. Mentang-mentang manager tak ada, sesuka suki je ambil kesempatan.

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now