BAB 4

25 5 0
                                    

"Aerum." Panggil Wafa kepada aerum yang sedang khusyuk dengan bukunya itu.

"hmm?"

"kau betul ke suka dekat Emir tu?" soalan Wafa itu berjaya membuatkan Aerum berpaling melihatnya.

"kenapa kau tanya macam tu?"

"ada budak kelas sebelah nampak kau sembang dengan dia dekat library kemarin dulu." Aerum tergelak sinis mendengar pernyataan Wafa itu, tak sangka dia bersembang pun boleh di buat gossip.

"lah kalau bersembang tu kira aku suka kat dia la?"

"eh Rahim, kerja fizik kau dah siap?" Aerum memanggil rakan sekelasnya yang duduk di hadapannya.

"dah, asal?"

"saje tanya." Aerum kembali berpaling kepada Wafa yang memandang nya pelik.

"so, kalau aku cakap macam tu dengan Rahim, maknanya aku suka kat dia la?" tanya Aerum kepada Wafa..

"tak ada la sampai macam tu, ni budak tu cakap dia nampak cara kau gelak dan pandang dia lain." Aerum kelu, habistu selama ni dia gelak macam mana? Pandang orang macam mana?

"apa yang hebat sangat dia tu? keturunan tukang tilik ke?" Wafa tergelak mendengar sindiran Aerum itu.

"okey okey, habistu selama ni Pandang orang macam mana?"

"dia cakap... cara kau tengok budak Emir tu lain." Sampuk Aina yang berada di belakangnya. Terus Aerum dan Wafa pusing ke belakang untuk mendengar penjelasan Aina.

"apa yang beza nya sekarang ni?"

"aku tak tahu la ni, ni dia yang cakap, cara kau tengok Emir tu macam taky akin, selama ni kalau kau tengah sembang ngan orang mesti pandangan mata kau confident, tapi bila kau sembang dengan dia macam kau lari dari tengok mata dia." Jatuh rahang Aerum mendengar penerangan Aina itu. Seingat dia, dia sembang sekejap je dengan Emir tu, takkan la tu pun orang nak perhati.

"aku rasa dah ramai kot tau pasal ni." semakin terkejut la Aerum mendengar kata Husna itu.

"how can?"

"budak kelas sebelas tu ha, dia gosip masa prep malam tadi, lepastu memang benda tu tersebar macam tu je." Aerum menarik nafasnya dalam, cuba menahan sabarnya, tak sangka secepat itu gosip tentangnya tersebar, dia baru berangan nak crush kat Emir tu dalam diam, dah la dah kena reject secara tak sengaja dah hari tu.

*******

Wafa hanya memerhati Aerum yang sedang ralit dengan phonennya di tepi beg itu. Dia tengah berkira kira, nak tanya ke tak soalan tadi.

"pahal kau tengok aku camtu Waf?" tanya Aerum sambil matanya masih ralit dengan phonennya.

"ermm, kau betul ke suka dekat Emir tu?" terangkat kening Aerum mendengar soalan dari rakannya itu. Dia melihat sekeliling nya, mujur la tak ramai sangat orang kerana dah ramai yang sudah pulang.

"kalau aku kata aku memang TERsuka kat dia boleh ke?" tanya Aerum berhati hati. Jelas muka Wafa terkejut.

"serius la babe?" Aerum mengangguk perlahan.

"aku tak sengaja, TER faham tak TER?" Wafa tergelak mendengar alasan Aerum itu,

"seriously, aku still cam tak boleh nak percaya, kau bukannya jenis senang nak suka kat orang kan, sepanjang aku jadi bestfriend kau, ni first time kan kau cakap kau suka kat seseorang." Aerum hanya sengeh mendengar komen sahabatnya itu.

"tapi kau jangan bagitahu sesiapa eyh?"

"aku tak bagitahu sesiapa pun dah ramai yang tahu kan." Aerum mencebik mendengar balasan rakannya itu, lupa pula dia, dah ramai orang duk gosip pasal tu, haish macam mana la dia nak menghadap muka Emir tu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now