BAB 57

88 4 2
                                    

Aerum memandang kesian Emir yang sedang tidur di tepi katilnya itu. Dia melihat pipi merah lelaki itu akibat di tampar kuat oleh bapa mertuanya tadi. Dia pun tak sangka yang ayah mertuanya itu akan berbuat demikian

Akibatnya, dia sudah berbaik dengan suaminya itu, tak sanggup la dia nak lihat Emir di marahi oleh ahli keluarganya yang lain pula.

Perbuatan Wafa pula awal awal lagi keluarganya pergi ke balai polis untuk melaporkannya, dan sekarang ini gadis itu sudah di tahan di balai. Polis mengatakan yang agak sukar untuk jatuh kan hukuman untuknya oleh kerana di kawasan itu tiada cctv.

Tetapi apa yang membuatnya merasa puas hati apabila Haura menceritakan yang Emir turut menampar gadis itu di balai polis tadi

Emir membuka matanya apabila dia merasakan sentuhan pada pipinya.

"Kenapa sayang? ada nak apa apa ke?" Soal Emir dalam keadaan mamai.

"tolong ambil kan air sejuk dalam peti tu boleh tak?"

"tapi Aerum tak boleh minum air sejuk lagi.." Emir membantah

"tolong je la amikkan, bukan untuk minum pun." Nak tak nak Emir bangun juga untuk mengambil air mineral sejuk yang berada di dalam peti sejuk kecil itu.

"nah." Emir hulurkan air tersebut lalu kembali duduk di atas kerusi di sebelah Aerum itu.

"Datang dekat sikit." Aerum menarik Emir untuk duduk dekat dengannya. Emir menurut lalu Aerum meletakkan air mineral sejuk itu di pipi merah Emir.

"dah tahu merah macam ni, tuam la cepat cepat, ni nak jugak tunggu bengkak dulu kan?" Emir diam, terkedu dengan perbuatan Aerum itu sebelum senyum nipis mula terukir di bibirnya.

"marah marah pun still concern pasal abang jugak kan?" Aerum hanya membalas pernyataan Emir itu dengan jelingan.

"ambik la buat sendiri." Aerum meletakkan botol air itu ke tangan Emir menyuruhnya membuat sendiri.

"ala sayang buat kan la, baru mujarab." Aerum menjeling Emir tajam. mujarab konon.

Aerum pegang katil nya perlahan lahan, cuba untuk turun dari katil tersebut.

"eh sayang nak pergi mana?" Soal Emir gopoh apabila melihat Aerum cuba untuk turun katil itu. Terus dia memegang Aerum bagi seimbangkannya.

"Nak pergi tengok baby." Emir mengangguk faham

"Aerum duduk dulu, abang ambilkan kerusi roda." Emir dudukkan Aerum di katil lalu dia mengambil kerusi roda yang sudah tersedia di sudut bilik itu.

"Pelan pelan." Aerum duduk di atas kerusi itu perlahan lahan dengan bantuan Emir, lalu dia ditolak oleh Emir untuk menuju ke ruang NICU yang menempatkan anak lelaki nya.

Sampai sahaja di ruangan itu. Emir menghentikan kerusi roda Aerum di hadapan cermin yang besar yang membolehkan mereka melihag bayi bayi yang berada di dalam tabung tabung itu.

Aerum tersenyum sayu melihat bayinya yang kecil itu.

"Syed Aayan Danish." Sebut Aerum perlahan. Dia memegang dinding kaca itu seolah olah dia boleh menyentuh anaknya itu.

"sedap nama tu, pandai sayang pilih." Puji Emir ikhlas. Suka dengan nama yang dipilih oleh isterinya itu.

"apa sedap sedap? ingat cempedak goreng ke?" Emir tergelak kecil mendengar loyar buruk Aerum itu

'My Aerum is back' kata Emir senang di dalam hatinya

"Sedap nya sayang cempedak goreng, tiba tiba teringin nak makan." Emir cuba membalas loyar buruk Aerum kembali namun akibat kata katanya itu....

"haah la bang, sedap nya cempedak goreng ya Allah, abang belikan boleh tak?" Terkelu lidah Emir nak menjawabnya. Isteri dalam pantang tiba tiba nak makan cempedak goreng. Mahunya di potong tangan dia nanti kalau bonda dia tahu dia belikan Aerum cempedak goreng

"tak boleh la sayang, Aerum kan dalam pantang lagi, nanti habis pantang abang belikan ye." Panjang muncung Aerum mendengar jawapan Emir itu.

"Abang cakap abang sayang Aerum. Abang tipu!" Ha sudah, mati la nak...

"mana ada abang tipu..."

"kalau macam tu belikan la Aerum cempedak goreng.." Emir menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"tak boleh sayang, tunggu habis pantang nanti abang belikan banyak banyak tau." Aerum mencebik

"Malas ar kawan Abang." Alahai, gara gara cempedak goreng pun boleh di buat gaduhnya.

******

Aerum yang sedang menonton K Drama pada iphonennya terus berpaling pada pintu apabila pintu dibuka dari luar. Dia memandang pelik Emir yang masuk macam nak merompak itu.

"dah kenapa?"

"tak ada orang kan?" Aerum menggeleng.

"fuh selamat,," Emir menghampiri Aerum lalu mengeluarkan plastik hitam di belakang tangannya.

"apa ni?" Aerum mengambut huluran Emir itu perlahan lahan. Dia membuka plastik bitam tersebut lalu senyum nya mula terlakar lebar.

"Wahh cempedak goreng!!" Bersinar terus matanya melihat beberapa biji cempedak goreng yang berada di dalam plastik itu.

"makan cepat cepat, nanti kalau bonda atau mama datang, tak ke naya kita." Aerum mengangguk laju

"Thank you abang..." Emir senyum mendengar ucapan isterinya itu

"nak kawan balik tak?" Makin lebar senyum Emir melihat anggukan Aerum itu.

"dah cepat makan." Belum sempat cempedak itu mahu masuk ke dalam mulutnya, pintu wad tersebut dibuka.

"ya allah!" Membulat kata Emir dan Aerum mendengar suara Bonda dan Mama mereka. Belum sempat Aerum mahu menyorokkan cempedak tersebut, elok elok cempedak itu dirampas oleh Dr Anis.

"Cempedak goreng?!" Emir telan liur. Bersedia untuk di ceramah.

"auu." Emir mengaduh sakit apabila tangan bondanya memukulu belakang nya.

"sakit la bonda.."

"kenapa beli kan Aerum cempedak hah? sekarang ni kan Aerum tengah berpantang? tak faham ke apa yang bonda cakap semalam? jangan bagi dia makan sembarangan." Emir menggosok gosok belakang nya yang sakit akibat pukulan dari Bondanya itu

"Bonda jangan la marah Emir, Aerum yang teringin nak makan cempedak goreng.." Aerum cuba membela suaminya pula.

"haish kamu ni.. kan mama dah pesan, masa dalam pantang jangan saja saja nak langgar, bahaya tau tak, kalau jadi apa apa macam mana?" Datin Afieya mengangguk setuju dengan bebelan Dr Anis itu

"ala Kakak bukan saja saja nak langgar pantang tu, kakak teringin sangat nak makan." Emir menahan gelak mendengar alasan isterinya itu. Dr Anis dan Datin Afieya pula hanya menggeleng kepala, tak tahu dah nak bebel apa.

"kakak, sabar la dulu, nanti dah habis pantang, makan la segala apa yang kakak nak makan sekalipun. Selagi dalam pantang, tolong la jangan langgar. faham?" Aerum mengangguk faham.

"Kamu pun sama Emir ! kalau Aerum nak makan apa apa, bertegas la, jangan ikut sangat dia ni." Emir hanya sengih sambil menggaru tengkuk nya yang tidak gatal

Dia bukannya tak bertegas, tapi bila dia cakap tak nak beli, boleh pulak isteri dia tu merajuk, cakap dia tak sayang la apa la.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now