BAB 5

22 5 0
                                    

Aerum mencelupkan kaki nya di dalam kolam jernih itu. Kolam itu telah menjadi port lepak nya untuk menghilangkan tekanan di kepalanya. Dia melihat foto Emir di phonennya, tersenyum senyum dia melihat gambar itu.

"astaghfirullah Aerum, zina hati dah ni." sekali lagi dia menekan symbol delete sebelum dia berjeda seketika.

"tapi kalau nak delete macam sayang, gambar limited ni." dia me zoom in gambar Emir bersama kawan kawannya yang diambil secara curi curi semalam.

"princess papa buat apa kat sini?" tanya Dato Syed Aiman kepada Aerum yang sedang menilik phonennya itu. Aerum yang menyedari kedatangan papa nya itu terus menyorokkan phonennya. Dato Syed Aiman tersenyum sinis, padahal dia dah nampak dah apa yang anak nya tenung tadi.

"siapa lelaki tu?" tanya Dato syed Aiman apabila dia duduk di tepi anaknya itu.

"le lelaki mana pulak ni papa?" soal Aerum kepada papa nya gugup.

"lelaki dalam gambar tu lah."

"hah?"

"ouh ni bukan kakak tengok gambar lelaki ni, kakak tengok ni ha hadis kat belakang ni." Aerum menunjukkan papan tanda Hadis yang kebetulan tertempel di dinding pondok pengawal itu.

"apa ingat papa ni 'pabo' sangat ke?" Aerum sengeh mendengar soalan papa nya itu.

"betul la papa, kakak tengok gambar hadis ni." Aerum masih lagi cuba mempertahankan pembohongan nya itu.

"tapi tadi papa tengok kakak zoom dekat gambar ni." Dato Syed Aiman me zoom gambar Emir yang sedang ketawa itu. Aerum memalingkan mukanya ke belakang, macam mana lah dia boleh kantoi pulak.

"so siapa laki ni?" Dato' Syed Aiman mengangkat keningnya untuk menyakat anaknya itu.

"auuu jjinja, kakak memang tak boleh simpan rahsia dari papa langsung eyh?" Dato Syed Aiman tersenyum, akhirnya anak perempuannya itu mengaku jugak.

"so siapa nama dia?" tanya papa Aerum lagi.

"nama dia Syed Emir Arrayan."

"Syed jugak?" Aerum mengangguk.

"kenapa papa tak pernha dengar pun tentang dia?" tanya Dato Syed Aiman pelik.

"dia student baru."

"ouhh."

"papa tak marah ke?" tanya Aerum kepada papanya takut takut

"kenapa papa nak kena marah pulak?"

"sebab kakak kan masih study lagi." kata Aerum perlahan, dia sedar yang dia masih tak layak nak ada perasaan macam tu kat seseorang, tapi perasaan tu datang tanpa sengaja, tanpa diundang.

"papa faham la, papa pun pernah lalui zaman remaja. Tapi jangan sampai lalai, tak payah layan sangat perasaan tu, tau." Dato Syed Aiman menepuk bahu anaknya perlahan sebelum masuk ke dalam.

*****

"Aerum." Aerum memandang mamanya pelik, jarang jarang je mamanya memanggilnya dengan namanya, kalau mama nya dah panggil dengan nama, tu bermaksud yang ada sesuatu yang serius nak dibincangkan.

"yes ma?" Terus dia duduk di hadapan mama dan papanya yang sedang menonton tv itu.

"mama dan papa dah buat keputusan." bertambah kerutan di dahi Aerum mendengar kata mama nya itu. Kalau nak di bandingkan mama dan papa nya, dia lebih takut dengan mamanya, kerana mamanya lebih tegas berbanding papa nya.

"keputusan apa ni ma? Pa?"

"kita orang nak Aerum sambung belajar dekat hanguk." Aerum menghembuskan nafas leganya, ingatkan apa lah tadi, rupa nya pasal sambung belajar dekat korea.

"la kan Kakak dah setuju nak sambung study lepas SPM dekat sana."

"bukan lepas SPM, tapi dalam masa terdekat ni." jatuh rahang Aerum mendengar kata mamanya itu.

"kenapa pulak mama? Nanti SPM Aerum macam mana?"

"pasal SPM, Aerum jangan risau nanti mama dengan Papa uruskan, yang mama nak sekarang ni, Aerum setuju untuk study dekat sana." Kata Dr. Anis serius.

"but why mama?"

"sayang, mama dengan papa buat semua ni untuk kakak, mama tak tahan dah tengok kakak stress pasal sekolah, nanti takut menjejaskan kesihatan dan pembelajaran kakak." Aerum terdiam, apa yang dikatakan mama nya itu betul, dia sendiri pun kadang dah tak larat nak hadap stress untuk urus hal student sekolah nya itu sampaikan dia sendiri tak cukup tidur dan makan.

"bagi kakak fikir dulu please mama." Walaubagaimanapun, dia tetap sayang untuk meninggalkan sekolah itu, rakan rakannya, junior junior nya, guru guru, dan yang terbaru, crush nya. Sukar dia untuk membuat keputusan.

"take your time dear."

"kakak," panggil dato syed Aiman pula.

"kalau ada jodoh, percayalah, jauh macam mana pun kakak pergi tetap akan bersatu." Tersentap Aerum mendengar kata Papa nya itu, dia faham apa yang papanya maksudkan itu.

"kakak naik bilik dulu eyh mama papa." Aerum bangun lalu meninggalkan papa mamanya.

"yeobo, apa maksud awak jodoh jodoh semua tu?" tanya Dr Anis kepada suaminya pelik.

"ada la tu."

"ha tengok la tu awak, selalu je ada rahsia dengan anak dara you tu, pastu tak nak share dengan i." Dato Syed Aiman tergelak mendengar nada cemburu isterinya itu.

"betul ni nak tahu?" Dr Anis mengangguk laju.

"tapi you jangan marah dia pulak." Laju Dr Anis mengangguk setuju.

"haishhh, tak boleh percaya you ni, nanti you marah dia." Kata Dato Syed Aiman sebelum dia kembali menyandarkan badannya ke sofa,

"yeobo!" Dato Syed Aiman tergelak melihat muka cemberut isterinya itu, tua tua pun comel lagi.

"you kalau marah comel betul eyh." Semakin la masam muka Dr Anis mendengar usikan suaminya itu.

"betul betul la you."

"okey okey, tapi you kena promise dulu jangan marah dia."

"okey I'm promise." Kata Dr Anis sambil mengangkat tangannya untuk menunjukkan yang dia bersungguh.

"okey sebenarnya, ermm dia ada suka kat sorang budak lelaki kat sekolah dia?" jelas muka dr anis terkejut, tak terkata dia kerana terkejut.

"tipu."

"betul la."

"serius la?" Dato Syed Aiman mengangguk.

"jjinja?" sekali lagi dia mengangguk.

"you,, dia kan masih sekolah lagi, kenapa cakap macam tu tadi, buatnya dia tak focus belajar, rasa nak kahwin terus macam mana?" Dato Syed Aiman tergelak. Overthinking betul la isterinya itu.

"tak adanya, I kenal la anak kita tu, selama ni dia pernah ke cakap pasal laki? Takkan?"

"you dah janji kan tadi tak nak marah?" soal Dato Syed Aiman lagi.

"yeeee I tak marah.." Dato Syed Aiman tersenyum mendengar perjanjian isterinya itu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now