BAB 14

23 3 0
                                    

"JJINJA?!" Soal Nadhirah yang terkejut dengan cerita yang diceritakan oleh Aerum dan Haura itu.

"Patut la masa aku tengok angah hari tu, aku macam rasa pernah nampak, tapi macam tak ingat kat mana, rupa rupanya tengok kat gambar yang kat bawah katil kau tu Aerum." jelas Nadhirah lagi.

"Kau tengok gambar tu?" nadhirah tersengeh memdengar nada suara Aerum seperti marah itu.

"Tengok gambar je, aku TERtengokmasa tu, bukannya sengaja, lagipun bila aku minta nak tengok kau tak bagi, even nama pun kau tak bagitahu aku kan." Aerum mencebik, nak buat macam mana dah, semua benda dah jadi dah.

"So, angah dengan perempuan tu nak kahwin lagi dua bulan kan, Suami aku bagitahu la" Tanya Nadhirah kepada Haura.

"Haah, tapi semalam aku ada dengar angah cakap dengan bonda yang dia nak cepatkan, kalau boleh lepas Wafa balik nanti, diorang nak kahwin terus." Haura dan Nadhirah melihat Aerum yang menunduk melihat swan pada gelang nya.

"Aerum kau okey ke?" Tanya Nad perlahan, walaupun dia tahu yang sepupu nya itu mustahil untuk okey. Sebelas tahun, sebelas tahun dia tengok sepupunya itu menunggu dengan penuh bersabar, berharap ada keajaiban dari tuhan, berharap yang suatu hari nanti mereka akan dipertemukan. Dalam sebelas tahun, dia tutup hati dia untuk terima mana mana lelaki yang nak dekat dengan dia. Nadhirah lah yang menyaksikannya sama ada di korea dulu mahupun di Malaysia.

"I'm okey la, don't worry." Kata Aerum perlahan

"lepas je Qayyum bagitahu aku yang dia dah tunang dengan si Wafa tu, aku rasa macam.... entah la aku tak tahu nak cakap macam mana, aku cuba untuk move on tau, aku nangis sorang sorang kat pejabat aku, and then pergi cuci luka kat kaki dia sambil dengar dia cakap, waktu dia cerita pasal Wafa hanya Allah je tahu macam mana aku tahan nak tekan je kuat kuat luka dia tu dengan kapas." Baru feel sedih nak masuk, terus hilang balik apabila Nadhirah dan Haura mendengar ayat terakhir Aerum.

"Kenapa kau tak tonyoh je terus?" Soal Nadhirah sambil tergelak perlahan, nak gelak kuat kuat kan perut dia dah besar, jadi terpaksa lah dia tahan.

"bunguk la kau ni Nad." Haura menolak bahu Nadhirah perlahan sambil ketawa.

"Apa ni cakap bunguk bunguk ni, kakak ipar ni kakak ipar, hormat siket!" Aerum tergelak melihat gelagat kedua kawan baiknya itu.

"So lepas ni kau nak buat apa Aerum, nak tak nak kau kena jugak hadap angah aku, takkan kau nak putus kawan dengan aku kan, tambah pulak Nad ni ha dah jadi kakak ipar kitaorang." bimbang juga Haura kalau kawannya itu membuat keputusan untuk putus kawan.

"Tak adalah, kau ni mengarut aje kan. Takkan lah aku nak putus kawan dengan kau, nak jadikan kau sebagai kawana aku pun payah bebeno dah, bertahun aku cuba rapat ngan kau, dah macam ngorat crush dah, so takkan la aku nak putus macam tu je disebab kan satu laki, don't worry la, this is Syarifah Aerum Wafiya la,, tau la aku nak hadap macam mana nanti. Korang tu ha macam mana nanti nak hadap si Wafa tu bila dah ber ipar dengan dia nanti?" Haura dan Nad saling berpandangan, tidak terfikir la pulak diorang tentang hal itu.

"Weh aku tak nak kakak ipar macam dia!!"

"Weh Aerum, kau pergi la goda abang aku tu, biar dia tinggalkan perempuan tu, kau menuntut la ilmu dengan kakak ipar aku ni, macam mana dia boleh ngorat abang aku a.k.a crush senior dia." Tergeleng kepala Aerum mendengar nasihat tak boleh pakai dari Haura itu.

Tok tok

mereka semua memandang ke arah pintu yang di ketuk itu.

"Siapa?"

"Angah ni,"

"Nak apa?!" Laung Haura lagi

"Nak cakap dengan Aerum kejap boleh." Nak tergelak Haura dan Nadhirah melihat muka Aerum yang menggelabah.

"asal dia nak cakap dengan aku?" bisik Aerum gelabah, Haura mengangkat bahunya tanda dia tidak mengetahuinya.

"Nak buat apa angah cakap dengan dia?" Tanya Nadhirah pula.

"Adalah kak long, nak cakap sekejap je."

"Pergi jela Aerum." Nadhirah menolak Aerum supaya pergi. Dalam keadaan terpaksa Aerum bangun lalu membuka pintu.

"Nak cakap dengan i?" Soal Aerum kepada Emir selepas dia berjaya mencari keberaniannya.

"haah, boleh?" Aerum mengangguk lalu keluar mengikut Emir.

"Agak agak angah nak cakap apa dekat Aerum?" Tanya Nadhirah kepada Haura.

"Mana lah aku tahu nyah, nanti la kita tanya Aerum."

"okey okey."

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now