BAB 38

25 2 0
                                    

"What?!" Serentak Haura dan Nadhirah menjerit terkejut apabila mendengar berita dari Aerum itu.

"Seriously Aerum?" Aerum mengangguk lemah.

"bukan dia kata sebulan ke dia kat sana? kenapa jadi dua minggu je pulak ni? kau dengan angah baru nikah seminggu and minggu depan dia dah nak balik sini, so kau macam mana?!" Dalam satu nafas Haura menyoalkannya.

"dalam masa seminggu ni, kau buat apa dah? i mean kau ada goda goda dia tak?" Soal Haura sambil menjongket jongket kan keningnya. tetapi  melihat gelengan dari Aerum itu, Haura mengeluh perlahan

"logik jugak, baru seminggu korang nikah, lagipun kau ngan dia kan sama sama sibuk. hmm." Haura buntu. tak tahu dah nak buat macam mana untuk kawannya itu

"hai, kenapa monyok je muka tiga tiga ni?" Soal Datin Afieya yang baru masuk ke ruang lepak tepi kolam ikan itu. Dia meletakkan dulang apple juice yang dibancuhnya tadi.

"tak ada apa lah bonda."

"Bonda boleh duduk sekali ke tak ni?" Soal Darin Afieya kepada tiga gadis cantik tersebut.

"eh duduk la bonda, apa pulak tak boleh." Aerum menarik kerusi di sebelahnya untuk ibu mertuanya itu

"ha ni bonda nak bagitahu, minggu depan opah ajak balik kampung, kita kan dah lama tak balik kampung, lepastu opah nak kenal kenal la sekali dengan cucu menantu baru dia ni. Opah kan tak boleh datang haritu."

"So, korang ambil lah cuti ye." Mereka Semua mengangguk mendengar arahan dari Datin Afieya itu

"hmm but the way, Aerum dengan Emir macam mana? everything is good?" Mata mereka tertumpu pada Aerum

"okey je bonda, tak payah risau la ye." Aerum mengorak senyum nipis.

"good to hear that. Bonda harap Aerum cuba la ye pikat Emir, korang dah jadi husband and wife, jadinya, Emir tu hak Aerum tau. pedulikan je girlfriend dia tu." Haura menahan senyum lucunya mendengar ayat terakhir bondanya itu

"Ada ke suruh orang lain ganti dia untuk kahwin semata mata di sebabkan kerja dia. Pastu nanti nak suruh Emir lepaskan macam tu je. Memang bonda geram la. Dia ingat dalam dunia ni nak fikir perasaan dia sorang je." Mereka bertiga diam mendengar omelan Datin Afieya tentang Wafa itu

"Aerum jangan risau, walau apa pun yang jadi nanti, bonda tetap ada di sebelah Aerum." Aerum senyum terharu mendengar ucapan bondanya itu.

"betul tu Aerum, apa apa yang akan jadi nanti, kitaorang tetap akan ada untuk ada di pihak kau, kan Haura." Kata Nadhirah pula.

"aku? aku akan berada di pihak yang akan menang. so semestinya aku ada kat pihak kau." Tergelak kecil Aerum mendengar kata kata Haura itu. Dia tersenyum manis kepada tiga insan yang memberi kata kata semangat untuknya itu

"Assalamualaikum." Mereka berempat yang sedang bersembang itu berpaling melihat Emir yang baru sampai itu

"baru naik sini, tadi pergi mana?" Soal Datin Afieya apabila Emir salam tangannya.

"tadi nak pergi lepak dengan Qayyum, lepastu Aerum cakap nak singgah rumah mama, Emir pergi la hantar dia kat rumah mama tadi, eh tau tau dah sampai sini dia jalan." Emir melihat isterinya yang sedang menghirup air itu.

"nak balik dah ke?" Soal Aerum kepada suaminya yang sedang berdiri itu

"haah, esok kan aku kerja." Aerum melihat jam nya yang menunjukkan dah nak masuk waktu maghrib

"apa cakap aku kau macam tu. Dah kahwin kan, cakap la elok elok. Abang Sayang ke, anje baby ke, baru sweet. Dengan yang halal kemain kaku ye, kalau dengan yang haram.... hm kemain manjanya tu." Strike one....

Atas kepala ye teman teman Datin Afieya bagi kat Emir.

"bukan macam tu bonda, kitaorang kan baru lagi kahwin, sebelum ni kan kitaorang kawan je. Dah terbiasa dah cakap macam tu." Datin Afieya hanya membalas balasan anaknya itu dengan jelingan.

"Angah bawak Aerum pulang dulu ye, korang kalau nak lepak, dekat hospital esok pun boleh kan. So bye." Emir menarik tangan Aerum perlahan.

"amboi, dia cakap macam kita ni dekat hospital duk menggosip aje kerja, padahal dalam sehari tu nak bertemu sorang sorang pun payah." Haura mencebik. dia turut menjeling abangnya itu

"belum lagi dengan sisi dingin Aerum yang berubah tiga ratus enam puluh darjah kat bila kat hospital. dia punya dingin tu pergh." Aerum membesarkan matanya kepada Haura yang sempat mengata nya.

"kau tunggu eyh Haura." Haura hanya membalasnya dengan senyuman mengejek.

"Bonda, Aerum balik dulu ye." Aerum salam tangan ibu mertuany lalu mengikuti Emir yang sudah berjalan di hadapan itu

"So, macam mana eyh sisi dingin kau tu. teringin rasanya nak tengok." Soal Emir apabila mereka sudah berada di dalam kereta.

"betul ni nak tengok?" Aerum menayangkan senyum sinisnya pada Emir. Emir hanya tergelak kecil. Matanya fokus pada pemanduannya

"ah ni lupa nak cakap, bonda cakap minggu depan kita kena balik kampung, opah suruh." Emir mengangguk. Dia sudah maklum tentang itu awal awal.

"tahu, opah dah call aku dulu dah."

"you rapat eyh dengan opah?" Soal Aerum kepada Emir. Emir mengangguk lagi. Dia dan Haura memang rapat dengan opah nya antara cucu yang lain.

"kau tak pernah jumpa opah lagi kan?"

"pernah dah dua kali." Emir memandang Haura pelik

"Tahun lepas lepas la, sebelum you balik malaysia, i ada la jumpa opah masa dia datang rumah Bonda."

"ouuu, dia okey tak dengan kau?" Soal Emir lagi

"Opah?" Emir mengangguk

"mesti la okey."

"you lepak dengan Qayyum tadi dia bawak Anaqi tak?" Soal Aerum apabila dia tiba tiba sahaja teringat akan jodoh tak jadinya itu.

"kenapa nak kena bawak budak tu pulak. kita orang lepak biasa je." Aerum mencebik.

"eh jap, haritu kan kau pernah cakap yang Anaqi tu thir choice kau sebab masa tu kononnya lah Arash tu boyfriend kau. So siapa first choice?" Soal Emir ingin tahu. Aerum melihat Emir dengan pandangan tak percaya.

"no paboni? (Awak bodoh eyh?)" soal Aerum dalam bahasa korea. haish kadang dia tak percaya yang suaminya itu adalah pensyarah berpangkat PhD.

"what do you mean? suka kan buat orang tertanya tanya." Emir menjeling sekilas Aerum yang sedang memandangnya itu

"tak sangka Dr Emir Arrayan boleh jadi selurus ini ye?" Aerum menggumam perlahan namun sempat didengari oleh Emir

"betul betul la Aerum."

"haih you ni. Siapa lagi bukan you! You! You! you la first choice i. Get it sayang?" Emir terbatuk kuat mendengar kata Aerum itu. terkejut. tak pasti sama ada dia terkejut dengan kenyataan yang dikatakan oleh Aerum ataupun terkejut kerana dia dipanggil 'sayang' oleh Aerum. Atau boleh jadi kedua duanya sekali.

Aerum tersenyum sinis melihat muka Emir yang memerah itu

"Baboya." Gumam Aerum perlahan

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now