BAB 47

27 5 0
                                    

Aerum termenung di hujung katilnya. Dia melihat kad hasil ultrasound yang berada di tangannya. Setitis air matanya tumpah lalu dia mengusap perut nya perlahan.

"anak mommy." Dia macam tak percaya Allah hadirkan malaikat kecil di dalam rahimnya. Dia terharu, sebak, gembira semua la sekarang.

Tapi apabila mengingatkan suaminya dia jadi takut, bagaimanakah agak agak nya penerimaan lelaki itu nanti. Dia menyeka air mata nya yang tumpah apabila mendengar pintu biliknya diketuk.

"Aerum.." Aerum senyum kepada opah yang masuk ke dalam biliknya itu.

"alhamdulillah, syukur cu." Aerum dibawa ke dalam pelukan Hajah Fatimah. Dia mengusap kepala Aerum perlahan.

"patut la opah perasan kamu makin berisi. Rupa rupanya dah ada isi kat dalam ni ye." Hajah Fatimah menyentuh lembut perut Aerum yang masih kempis itu.

Aerum hanya senyum. Dia juga perasan yang badannya rasa lain, tekaknya selalu rasa teringin nak makan, badannya mudah lesu, ingatkan kerana mentalnya penat, rupa rupanya allah dah tiupkan malaikat kecil di dalam rahimnya.

"duduk dalam perut mommy elok elok ye sayang, jangan nakal nakal, kesian mommy penat nanti. Nanti dah besar, jadi anak soleh solehah, jaga mommy tau sayang." Aerum menahan sebaknya mendengar kata kata Hajah Fatimah pada perutnya itu.

"Dah call family?" Soal Hajah Fatimah

"Tadi dah vedio call dengan mama papa, dah bagitahu, diorang happy sangat, bonda belum sempat call lagi. Dah bagitahu Haura je tadi." Jawab Aerum sambil senyum senang apabila teringatkan reaksi keluarganya tadi.

kebetulan pula waktu dia vedio call mama nya, semua keluargana tengah berkumpul, boleh la dia lepas rindu kat semua. Nak tergelak pula bila ingatkan Safa yang menangis mengatakan rindu padanya.

"Emir dah call?" Soalan dari Hajah Fatimah itu mematikan senyumannya. Dia menggeleng perlahan.

"la kenapa belum?"

"biar la dulu nenek, Aerum takut nak tengok reaksi dia nanti. Kami tak rancang pun untuk ada anak, semua nya berlaku secara tak sengaja, jadi Aerum masih belum sedia nak bagitahu dia. Nenek tolong jangan bagitahu dia ye." Kedengaran Hajah Fatimah mengeluh perlahan, kurang setuju dengan Aerum, tapi kalau dah itu yang Aerum inginkan, apa dia boleh buat.

"ye lah."

Aerum melihat iphonennya yang berbunyi itu. Dia tersenyum melihat nama pemanggil.

"Bonda." Aerum menunjukkannya kepada Hajah Fatimah. Opahnya hanya senyum.

"Assalamualaikum bonda."

"waalaikumussalam Aerum, Aerum sihat ke?" Aerum senyum

"alhamdulillah sihat bonda, bonda dan yang lain macam mana? Sihat?"

"alhamdulillah kami semua sihat. ni betul ke apa yang Haura bagitahu bonda ni?" Aerum senyum mendengar suara ibu mertuanya yang teruja itu

"Betul ke Aerum?."

"ye bonda."

"Ya allah alhamdulillah." Aerum memandang opahnya yang turut tersenyum mendengar reaksi Datin Afieya itu

"Aerum balik la sini balik, bonda rindu sangat dengan Aerum ni, kami semua kat sini rindu sangat Aerum." Aerum diam.

"Aerum tak boleh balik lagi la bonda, minta maaf sangat." Aerum rasa bersalah la pula apabila mendengar keluhan bondanya itu

"tak apa lah, bonda faham."

"ni Aerum duduk kat sana jaga kesihatan elok elok, kalau ada teringin nak makan apa apa bagitahu je dekat opah, Aerum tahukan opah tu bab masak dia teror. So request je kat dia kalau rasa nak makan apa apa." Aerum tergelak kecil mendengar saranan bondanya itu

"Opah ada kat sebelah Aerum ni bonda, nak cakap dengan opah ke?"

"Oh ye ke? Ha boleh jugak." Aerum menekan loud speaker lalu memegangnya di tangannya.

"Assalamualaikum umi."

"waalaikumussalam, ha mu nok kecek gapo ngan aku?" Soal Hajah Fatimah di dalam loghat kelantan

"hehe saja la umi, umi jaga molek deh menantu saya tu." Aerum senyum mendengar keperhatian ibu mertuanya itu

"tahu la aku nok jaga dia." Kedengaran Datin Afieya ketawa kecil di hujung panggilan.

"Pesan kat dia jangan buat kerja berat berat, bukan boleh percaya Aerum tu, tulang dia terlebih ringan nak tolong orang." Hajah Fatimah dan Aerum ketawa kecil mendengar gurauan Datin Afieya itu

*******

Aerum meneguk air kelapa muda dari pokok kelapa opahnya. Kepala nya dari tadi merasa sedikit pening dan mual.

Masuk minggu kesepuluh ini, sudah ada perubahan pada bentuk badannya, pipinga menjadi semakin tembam dan perutnya semakin berisi. Dia mengusap perutnya perlahan.

Alahan nya juga teruk, pagi pagi dia pasti akan muntah teruk, sampai la dia terjumpa satu botol minyak wangi di dalam almari biliknya semasa sedang mengemas.

Minyak wangi Emir. mulai dari saat itu minyak wangi itu menjadi wangian kegemarannya, dia siap order di internet lagi membeli dua botol minyak aangi tersebut untuk stok.

Sungguh hanya minyak wangi itu yang dapat mengatasi alahan nya. Dia merasa sangat tenang apabila membau wangian itu. Membuatkan dia merasa dekat dengan lelaki yang dia rindukan itu

"Aerum, jauh nya termenung." Aerum hanya senyum kepada Aisya yang menegurnya itu. Aisya merupakan cucu opah dan atuk juga, anak kepada abang Datin Afieya

Selama dia berada di sini, Aisya la yang banyak meneman nya, bawa pergi jalan jalan ke pekan. kadang kadang dia suka rela nak tolong jagakan anak Aisya yang berumur tiga tahun itu. Maklum la Aerum kan sangat menyukai budak budak, jadi apabila melihat kanak kanak itu, dia jadi teruja.

"Kak Aisya dari mana?" Soal Aerum kepada Aisya yang sudah duduk di sebelahnya, turut sama mencelupkan kaki ke dalam kolam jernih itu.

"dari pekan, cari barang sikit, lepastu akak ada beli kan cempedak goreng untuk Aerum." Aerum melihat plastik cempedak goreng yang berada di tangan Aisya. Tiba tiba sahaja matanya mulai berkaca lalu menurunkan mutiara jernih.

"Eh Aerum, kenapa ni?" Soal Aisya cemas apabila melihat Aerum yang tiba tiba teresak esak itu

"ss E Emir." Aerum menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Sungguh dia rindukan suaminya itu.

"kenapa dengan Emir?" Soal Aisya tidak faham.

"sk sk." Aerum menggeleng kepalanya. Dia sungguh tidak boleh apabila melihat setiap perkara yang mengingatkan kepasa Emir.

"terima kasih kak aisya tolong belikan untuk Aerum." Aerum mengambil sebiji cempedak goreng itu lalu masukkan ke dalam mulutnya. Dia masih lagi tersedu sedan sambil mengunyah cempedak goreng itu. Naik risau pula Aisya melihatnya.

"Aerum okey tak ni?" Aerum angguk dulu kemudian dia geleng.

"Aerum rindu dia kak.." akhirnya terluah juga perasaan sebenarnya. Terus Aisya memeluk Aerum

"sabar Aerum, kalau Aerum rindu, pergi la balik sana.." Aerum menggeleng.

"Aerum belun ready kak." Aisya mengelub perlahan, dari dulu lagi dia dengar jawapan yang sama.

"Ya allah Aerum, sampai bila tak ready nya dik.. dah masuk tiga bulan dah Aerum bawak diri kat sini, takkan tak sedia lagi kut."

"Aerum tak rasa dia nak jumpa Aerum lagi kak. Dah tiga bulan Aerum duduk kat sini, sekali pun dia tak text atau call Aerum, mesti dia happy tanpa Aerum kat sana." Aisya mengeluh lagi. Kata Aerum itu ada betulnya juga, kalau dia jadi Aerum pun dia mungkin akan buat keputusan yang sama

"tapi kita tak tahu apa yang dia rasa Aerum, tak boleh la buat spekulasi sendiri macam tu." Aisya cuba mahu berpositif

"Ye betul kita tak boleh buat spekulasi sendiri, kita tak tahu yang dia mungkin langsung tak ingatkan Aerum dah. apa yang Aerum boleh buat sekrang hanya la berhenti berharap, sebab harapan tu hanya lima peratus je kak." Aisya diam. kalau cakap dengan Aerum pasti akan terdiam. Aerum sangat pintar memutarkan ayat, dan apa yang dia purarkan tu sangat la betul

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now