BAB 26

24 4 2
                                    

"Eh kamu nak pergi Hospital ke Ara?" Soal Datin Afieya pelik apabila melihat anak daranya itu turun bersarapan dengan mereka dalam keadaan bersiap seperti mahu ke kerja

"haah bonda." Haura langsung tidak menghiraukan pandangan ahli keluarga nya yang sedang duduk di meja makan itu

"Ara dah okey ke?" bisik Emir kepada Haura yang sedang menyapu jem pada roti. Dia mengangguk perlahan.

sememangnya apa yang dikatakan oleh Aerum semalam sangat berkedan untuknya. Dalam semalaman dia sudah boleh melupakan lelaki tak guna itu.

"really?" soal Emir tidak yakin.

"iye, Ara dah okey la, kenapa semua orang tengok Ara macam tu?" Soal Ara kepada semua yang sesang memandangnya itu

"Ara tak nak cuti dulu ke? Aerum dah cerita semua kat kitaorang. amik la cuti, rehatkan dulu minda tu." kata Datin Afieya pula bagi memberikan saranan

"Ara betul betul dah okey la, lepas Aerum 'basuh' Ara semalam, Ara dah okey." kata Haura sebelum dia meyuapkan roti ke dalam mulutnya

"ha sebut pasal Aerum, mana dia? ajak la breakfast sekali." kata Dato' Syed Aimirul pula.

"Aerum subuh subuh tadi lagi dia dah gerak pergi hospital, soalnya pagi ni dia ada pembedahan. sekarang ni memang sibuk dekat Wad kitaorang tu sebab kes kemarin dulu kan ada kemalangan Bas tu, jadi patient penuh and tak cukup kakitangan. Aerum tu pun dah dua hari bermalam kat hospital. kalau Ara cuti kesian la dia. lagipun Ara betul betul dah okey ni, seriuss." Mereka semua hanya terangguk angguk mendengar cerita Haura itu. syukurlah kalau Haura sudah tidak mogok lagi.

"Kak Aerum basuh apa kat Kak Ara semalam?" Dah mula dah mood si Aina untuk mengcungkil rahsia. Aina ni kalau cakap pasal Aerum je mesti dia jadi yang paling semangat. boleh kata dia ni penggemar terbesar Aerum la

Dia sangat meminati Aerum itu. mungkin kerana wajah cantik Aerum itu meyerupai biasnya, jungkook ataupun kerana kepintaran dan kebolehan Aerum bercakap. dia sangat suka kalau tengok kakak nya itu bergaduh dengan Aerum, setiap kali Aerum mematahkan hujah Haura, fuh dia rasa nak je heret Aerum ke bidang perundangan.

"sibuk je dia ni nak tahu.." Aina mencebik mendengar kakaknya yang seperti enggan bercerita itu.

"ala biar la dia sibuk, bonda pun nak dengar jugak." ha kan dah cakap yang Datin Afieya ni sekutu dengan Aina. telinga tu selalu je terbuka untuk dengar gosip.

"emm ada la, Ara tak ingat sangat. tapi yang paling Ara ingat dia cakap, 'dont cry for something that is not yours."

Emir yang sedang meneguk air terbatuk apabila mendengar perkataan yang disebut adiknya itu. kenapa dia rasa ayat tu macam sama eyh dengan apa yang dia cakap dekat Aerum dulu.

"angah,, apa yang gelojoh sangat, kalau tercekik macam mana?" marah Datin Afieya sementara Haura tersenyum sinis. tahu penyebab kenapa abangnya terbatuk.

"wahh, lagi lagi Kak Aerum cakap apa lagi?" Soal Aina yang masih belum puas bertanya

"em, dia cakap yang Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk Ara and tak perlu bersedih untuk kehilangan lelaki macam tu. dia cakap lagi yang nanti insyaallah bila sampai masanya, Allah akan hantar lelaki yang terbaik untuk Ara." mereka semua diam mendengar cerita Haura itu.

"kesian Aerum, mesti masa dia putus cinta hari tu pun, dia motivasikan diri dia macam tu." kata Datin Afieya perlahan. belum habis lagi dia merasa kasihan dengan kawan baik anaknya yang dia sudah anggap macam anak sendiri itu.

"pastu kan Kak Ara, betul ke Kak Aerum simabah air dekat laki tu semalam?" Haura mengangguk mendengar soalan dari adiknya itu

"Ara pun terkejut semalam, tiba tiba je Aerum datang dari belakng lepastu dia ambil gelas tu dia simbah dekat Farhan dengan pempuan tu. sekaligus dia simbah. memang semua mata kat dalam kafe tu pandang kitaorang la, tapi masa tu Ara langsung tak rasa malu, tapi rasa puas tengok diorang kena macam tu. tambah pulak dengan tamparan bonus dari Aerum. memang kalau tak ada Aerum mungkin Ara hanya mampu meratapi je, memang Ara takkan ada keberanian nak buat macam dia buat tu." Emir menggeleng melihat Aina yang sudah ternganga teruja mendengar cerita dari Haura itu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now