BAB 46

24 2 0
                                    

"auu pipi kau.." Haura melihat risau kedua belah pipi Aerum yang merah akibat perbuatan oleh pasangan kekasih yang tak pakai otak itu

"bibir kau.." dia melihat pula tepi bibir Aerum yang luka itu, darah yang tadinya terhasil akinat dipukul telah pun kering di tepi bibir cantik Aerum itu

"kau tunggu sini kejap, aku pergi ambil kan kau punya first aid." Aerum hanya diam. Dia memandang siling putih penthouse nya itu. Rasa sakit di pipi tak dapat nak di tanding dengan rasa sakit di hati.

"aucch." Aerum berdecit apabila bibirnya bertemu dengan sapuan ubat yang disapu oleh Haura.

"Aerum.. kau okey tak ni?" Aerum hanya diam. Jujur dia tak okey dari segi fizikal dan mental

"aku pening kepala sikit la.." kata Aerum jujur, memang dari tadi kepalanya berpusing, tapi di gagahkan jua untuk melawan Haura, ingat balik rumah boleh rehat, eh tiba tiba di tambah satu das lagi.

"Haura, aku ingat aku nak cuti sekejap la.." Haura hanya mengangguk setuju.

"kau nak pergi mana? balik korea?" Aerum menggeleng

"tak kot, aku nak rehat sekejap je. tapi tak tahu nak pergi mana, buat masa sekarang ni serius aku cakap, aku tak nak hadap muka dua orang tu." Haura mengangguk lagi, dia berfikir sekejap kemana dia patut hantar kawannya itu untuk merehatkan minda.

Seperti ada mentol menyala di atas kepalanya, dia tiba tiba sahaja berfikir suaru tempat.

"Apa kata kau balik rumah opah?" Aerum memandang Haura.

"rumah opah? tak nak la aku, segan la."

"Tak payah la segan, kau tahukan opah dengan atuk tu okey je." Aerum menggaru kepalanya yang tidak gatal bagi berfikir.

"betul ke ni?"

"kalau kau nak pergi, lepas zohor ni jugak aku pergi hantar kau kat sana." Aerum berfikir lama, dia ni dah la banyak komitmen kat sini, buatnya dia lari tiba tiba macam ni, menyusahkan orang je semua.

"Kau tak payah risau pasal hal kat sini. Hal kat sini aku settle kan, mama papa kau, biat aku je yang handle, kau pergi je rehat kan diri kau, minda kau kat sana." mendengar kata kata Haura itu membuatkan Aerum mengangguk perlahan, setuju untuk di hantar ke sana.

"okey kalau macam tu, pergi pack baju baju kau semua dulu."  Mujur la, baju nya masih ada tersisa banyak di penthouse nya itu, tak perlu la dia nak ke rumah Emir untuk mengambil pakaian.

*******

Aerum termenung di atas gerai itu sendiri, menikmati angin sempoi kawasan kampung itu.
Alhamdulillah dah hampir dua bulan Haura meninggalkannya di kampung itu. fikiran nya merasa jernih tanpa gangguan gannguan lain.

Tiada panggilan dari Emir membuatkan dia sedikit terkilan dan sedih, tapi dia kentalkan juga jiwa raganya.

"Aerum." Aerum berpaling dan senyum kepada Opah yang duduk di sebelahnya itu. Haura telah menceritakan semuanya kepada Opah dan Atuk, mereka terlihat marah sampaikan nak suruh Aerum pindah duduk sini.

"Aerum okey ke? termenung je opah tengok dari tadi."

"Tak ada apa lah opah, ambil angin sikit je, mana ada termenung jauh." Hajah Fatimah tersenyum nipis, sebulan lebih gadis itu berada bersama dengannya, tahu sangat yang gadis itu pandai tutup perasaannya. bukannya dia tak dengar malam malam gadis itu menangis.

"ni opah nak bagi tahu, buah mempelam kat belakang rumah tu, dah elok dah kalau Aerum nak makan masam masam, tapi kalau nak manis sikit tunggu lagi tiga empat hari la." Terus senyuman manis terlakar di wajah Aerum apabila mendengarkan kata kata opah nya itu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now