BAB 10

27 4 0
                                    

Aerum melihat Emir yang masih lagi tidak sedarkan diri di atas katil itu.

"Qayyum, jom cakap jap nak, kat luar." Qayyum mengangguk lalu mengikut Widad ke luar. Widad mengisi duit di dalam water machine itu.

"you nak air apa? Tekan la." Qayyum menekan air ten coffee seperti yang disuruh Aerum.

Aerum duduk di hadapan Qayyum dibangku sambil membuka straw susu strawberry nya.

"wahh, you tak berubah eyh, dari dulu lagi selalu dengan strawberry milk dia." Aerum hanya sengeh lalu menghirup sedikit susu nya.

"tak sangka kan, boleh jumpa balik dalam keadaan macam ni." Qayyum mengangguk setuju.

"ni I nak tanya you, you pergi mana menghilang macam tu je? cakap nak contact I, tapi lepas je you hantar rancangan asrama tu, terus you menghilang, bukan dengan I je, dengan semua orang eyh you me ghoib macam tu."

"hehe, lupa dah cam mana boleh putus, rasanya sebab I tukar nombor kot, biar la cite lama."

"so, you dah kahwin?" tanya Qayyum kepada Aerum sambil melihat cincin di tangan Aerum itu.

"belum."

"so dah tunang?"

"belum jugak."

"so tu cincin kat tangan? Boyfriend ikat tanda?" Aerum tergelak.

"boyfriend apa nya, saya boyfriend pun tak ada tau, sepanjang sebelas tahun couple pun tak pernah." Ucap Aerum jujur.

"laa, serius la? Kenapa? Takkan la taka da orang nak. You lawa kot." Sekali lagi Aerum tergelak, bukannya tak ada orang nak kat dia, tapi dia yang selalu menutup hatinya, dia langsung tidak membuka hatinya untuk orang lain.

"you pulak macam mana? Dah kahwin?" tanya Aerum pada Qayyum pula.

"I, I dah kahwin dah, anak I nak masuk dua dah." Teruja pula Aerum mendengar nya.

"wahh, alhamdulillah, mesti cute kan anak you."

"Emir pulak dah kahwin?" Aerum mengajukan soalan tentang Emir pula.

"dia belum kahwin lagi." Qayyum mengeluh kecil melihat muka teruja aerum, hatinya kuat mengatakan yang gadis itu masih menyukai kawannya lagi.

"you tak kahwin bukan sebab Emir kan?" Aerum terdiam mendengar soalan Qayyum itu, dia melihat gelang di pergelangan tangannya, gelang yang berbentuk swan yang sama seperti keychain yang diberi oleh Emir. Sebelum dia berangkat ke korea, dia sempat menempah dua charm berbentuk sama sebijik dengan swan keychain yang diberi oleh Emir, satu digantungkan di rantainya, dan satu di gantungkan di gelangnya.

"yahh Aerum, you masih ada hati kat dia ke?" tanya Qayyum terkejut. Aerum mennjukkan gelang yang dipakainya itu. Qayyum melihat pelik.

"you ingat tak, yang Emir ada bagi kat I keychain masa kat depan pejabat, lepastu I ada tempah charm bentuk yang sama untuk I pakai dekat tangan i." Qayyum megeluh mendengar kata kata Aerum itu, sah sah la Aerum masih mempunyai hati pada kawannya itu.

"tapi Aerum, Emir dah tunang." Senyuman Aerum tadi mati serta merta.

"serius?" Qayyum mengangguk lemah. Aerum menahan rasa di dadanya, melihat muka serius Qayyum itu pastinya lelaki itu berkata benar.

"ouuuu."

"sorry Aerum, you la yang tak datang reunion, kalau you datang reunion batch mesti you tahu apa jadi."

"kenapa? Dia tunang dengan batch kita ke?" tanya Aerum takut takut. Melihat anggukan Qayyum itu dia mengeluh

"siapa?" tanya Aerum perlahan.

"you betul betul nak tahu ke?" Aerum mengangguk.

"you tak takut kecewa?" kenapa Aerum merasakan yang seakan dia tahu siapakah gerangan tunang kepada crush nya itu.

"siapa? Bagitahu jela."

"Wafa." Damn. Aerum terkejut tetapi dia seperti sudah boleh mengagak bila Qayyum bagitahu yang dia akan kecewa.

"ouhh, sejak bila diorang together?" soal Aerum lagi, biarpun dah peri tapa yang dia rasakan, tetapi dia still meronta mahu tahu

"lepas je you pindah, wafa macam start ngorat dia, sebelum tu pun memang Emir dah bagitahu yang dia suka girl yang macam Wafa, so tak lama lepastu diorang together, ramai jugak la yang macam tentang and tak suka diorang punya relationship, sebab yelah kan satu sekolah dah tahu pasal you suka kat dia, and wafa pulak bestfriend you. Tapi hubungan diorang tak lama sangat pun. Dioarang putus and getback balik masa diorang jumpa balik dua tahun lepas. Padahal Emir tu setahu I memang dia dah move on la lepas putus, tapi nak buat macam mana, dah jodoh diorang." Aerum tersenyum nipis mendengar ayat terakhir dari Qayyum itu.

Aerum laju laju mengesat air matanya, kenapa la dia tak dengar je cakap Haura untuk move on, selama ni Haura selalu cakap kat dia suruh move on sebab kononnya takut dia dah kahwin la dah tunang la, rupanya haura memang dah tahu, tapi tak bagitahu dia.

"Aerum, you deserve someone better, tengok la you sekarang, doktor pakar, I tengok you petang tadi pun, berkarisma betul masa you selamatkan Emir." Aerum tersenyum nipis mendengar pujian Qayyum itu.

Tett.

Aerum melihat iphonennya yang berbunyi  menandakan ada kecemasan.

"I pergi dulu eyh Qayyum, ada urgent call." Aerum bangun dari bangku tersebut dan berpusing kembali.

"Qayyum, I harap you tak bagitahu Emir pasal I, I memang doktor yang akan mewrawat dia sepanjang dia kat sini, tapi I tak nak dia tahu pasal I ni siapa, lepas je dari dia keluar, I betul betul dah nak move on." Pinta Aerum kepada Qayyum.

"tapi kalau dia cam you macam mana?" tanya Qayyum pula.

"no, dia tak cam nya, you yang lima tahun rapat dengan I pun tak cam tadi, apatah lagi dia yang kenal i dua minggu je, tu pun kenal tak kenal je." Qayyum mengeluh lemah sebelum mengangguk.

"I pergi dulu, thanks tau Qayyum." Aerum memasukkan tangannya ke poket kot doktor nya dan terus membelakangkan Qayyum

"Aerum!" Aerum memusingkan badannya.

"you nampak cantik and sesuai dalam kot doktor tu." Aerum tergelak kecil mendengar pujian dari Qayyum itu. Dia tahu Qayyum cuba untuk tenangkan dia.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now