BAB 22

19 4 0
                                    

Arash memandang kakaknya yang tersengeh sorang sorang di hadapan tv itu. Dia melihat pula anak saudaranya yang sedang menonton didi di iphonennya sambil duduk elok di dalam dukungannya itu

"Happy semacam je eonni tu...." Arash smirk. Bukan nama Arash la kalau boleh tengok kakak dia duduk senang. Ada sahaja idea nakal yang terbit di mindanya

Arash perlahan lahan meletakkan Safiya yang sedang menonton didi itu di atas sofa. Dia tersengeh melihat kakaknya yang langsung tidak menyedari kehadiran mereka berdua. Perlahan lahan dia mendekati kakaknya lalu merampas remote yang berada di tangan Aerum

Aerum yang tadinya tersenyum senyum kini senyuman nya mati. Dia memandang adiknya dengan pandangan membunuh

"Kau nak mati ke Arash?" Dia mengetap giginya menahan geram melihat adiknya itu

Lagi bertambah geram dia apabila Arash menukar siaran.

"dah kenapa Arash? Kakak tengah tengok lagi ni kan?"

"Safiya nak tengok kartun." Aerum melihat anak saudaranya yang sedang elok duduk sambil menonton didi itu. Tak pasal pasal nama dia di buat tahi

"jom kawan kawan, kita nyanyi sama sama!" bunyi suara didi dari phone yang ditonton Safiya itu membuatkan Aerum senyum. Safiya dah tengok dalam phone, tv dia punya la

"se sedap tteokboki yang di belanja oleh Haura je eyh kau guna nama Safiya." Macam lain je perumpamaan yang diberikan Aerum tu

"now tukar balik hotel del luna tadi, kakak tak habis tengok lagi ni." Arash menukar siaran kartun tadi ke rancangan sukan

"Arash nak tengok bola." Aerum mengetap giginya

"Kakak yang tengok dulu kan tadi, sapa cepat di dapat la, pergi la tengok kau punya bola tu kat lain.." Arash hanya membuat tuli, dia tidak mempedulikan kakaknya yang sikit lagi nak naik hantu itu

"Hotel del luna ni kakak dah tengon banyak kali kan, bagi lah Arash pulak tengok."

"kau jangan sampai kakak gigit tulang tak berzat kau tu Arash, jangan buat kakak marah Arash...." Aerum cuba mengugut adiknya

"kau jangan buat kakak marah Arash~" Membulat mata Aerum melihat Arash yang menganjing dirinya itu

"KAU DAH KENAPA?"

"kaU dAh KenaPa?"

"tak payah la menganjing!!"

"tAk YAh la mEnganJing..." Aerum tak tahan lagi. Dia menarik rambut Arash yang tersikat kemas itu

"AAAA jangan la main rambut Arash. Apa ni kalak? Main kasar.."

"eyh ni kira baik la kakak tarik rambut, kalau kakak gigit Arash punya tulang betul betul maca AAAAAAAAAAAAAAA!." Aerum menjerit apabila Arash menarik rambutnya yang panjang itu, rambutnya yang elok elok tersanggul kemas kini dah serabai macam hantu kak limah, dah la rambut dia tu panjang.

Aerum tak nak kalah, dengan kudrat yang ada dia menggunakan kedua tangannya yang selama ini telah selamatkan ramai nyawa untuk mencabut semua rambut yang ada di kepala adiknya itu

Safiya yang berada di sebelah hanya melihat mereka berdua terjerit jerit macam orang gila itu hanya menggeleng kepalanya. Dia kemudiannya turun dari sofa itu lalu naik ke atas terkedek kedek. Tak sanggup rasanya dia nak rosakkan telinga mendengar mereka berdua menjerit

"YA ALLAH ASTAGHFIRULLAHALAZIM! KAU SABARKANLAH HATI HAMBA MU INI.."

"ARASH WAFIY! AERUM WAFIYA!" Mereka berdua mengehntikan sesi tarik menarik rambut apabila mendengar jeritan mamanya itu

"korang dah kenapa? nak suruh mama sakit jantung ke? terpekik pekik, dah besar panjang boleh jadi laki bini orang dah, tapi perangai macam budak budak berebut gula gula." Mereka berdua menjeling sesama sendiri.

"Arash ni mama, kakak duduk elok elok, dia mari kacau." Mamanya hanya menggeleng kepala lalu turun ke bawah bagi membuat kopi kepada suaminya. Malas dia mahu melayan perangai dua anaknya yang tak berapa nak matang tu

"kau tunggu eyh Arash, kakak bagitahu papa." Aerum bangun dalam keadaan serabainya lalu turun ke bawah bagi mencari papanya

"Sikit sikit ngadu kat papa, anak bapak sungguh."

"Memang la aku anak bapak, takkan anak buaya pulak!" Laung Aerum dari tangga

"eyh boleh dengar jugak eyh?" Arash ketawa puas. Puas dia apabila dapat mengenakan kakaknya itu. Dia kemudiannya mengambil remote lalu menukar semula ke siaran Hotel Del Luna tadi

"lawa sia IU dalam cerita ni." Dia mengambil bantal yang berada di tepi nya lalu meletakkan di atas peha nya.

"IU memang lawa, yang tak lawa nya perangai samchon sekarang ni." Arash melihat Safa yang baru turun dari tingkat tiga itu. Turun turun dia kena kutuk pulak

"asal pulak?"

"ye la, pergi cari pasal dengan eonni tu kenapa? lepastu boleh pulak memekak bising bising, Safa nak buat homework pun tak senang au." Arash hanya tersengeh

"mianhae.."

"eh jap, mana Safi?!" Arash baru sedar akan kehilangan anak saudaranya yang sorang lagi tu

"ada dalam bilik Safa, Safa dah suruh dia tidur." Arash menggaru kepalanya yang tidak gatal, ralit sangat mengacau kakaknya itu sampai tak perasan Safiya sudah naik ke bilik sendiri

"tapi kan Safa.. eonni tu dah okey ke?" Soal Arash kepada Safa yang sedang menonton Tv itu

"dah okey kot, Safa tengok dia dua tiga harini dia macam dah boleh gelak gelak macam dulu je." Arash mengangguk. Bagus la kalau macam tu, tak sanggup dah dia nak hadap kedinginan kakaknya itu. dia punya broken bertukar jadi beku terus. Seram.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now