BAB 13

22 4 0
                                    

Emir terkejut melihat Aerum yang juga terkaku melihatnya di hadapan pintu. Takkan la doktor ni kejar sampai kat rumah dia nak suruh makan ubat, ke doktor tu dah jatuh hati kat dia, lepastu stalk dia sampai rumah?

"Doktor buat apa kat sini? Doktor stalk saya ke?!" soal Emir kepada Aerum yang terkaku di tempatnya.

"Tak sekarang ni you yang buat apa kat sini?" Soalan yang diajukan oleh Emir tadi, Aerum soal kembali

"Ni rumah Bonda saya, Doctor tu yang buat apa?"

"BONDA?!" sekali lagi Aerum hampir jatuh apabila mendengar jawapan dari Emir itu.

"Doktor belum jawab lagi soalan saya." Emir masih menantikan jawapan dari Aerum.

"aaa, erm, tak apalah, you ambil lah puding ni, bagi dekat Haura ngan Nad." Aerum meneyerahkan bekas tupperware puding itu kepada Emir, dalam keadaan bingung Emir mengambil bekas itu.

"angah, siapa datang?!" Aerum memusingkan badannya kebelakang, sukar untuk dia tafsirkan situasi apa yang dia tengah lalui sekarang ni?

"Ni ha, Doktor datang bagi puding." Jawab Emir kepada Haura

"Doktor mana pulak?" Soal Haura kepada Emir yang masih melihat Aerum yang sedang berjalan meninggalkan rumah nya. Haura turut melihat ke arah yang Emir melihat.

"BABE?!" Dia terkejut, tanpa berlengah lagi, dia terus keluar dan mengejar Aerum yang hanya masih lagi berada dekat dengan rumah nya.

"Drama apa pulak ni?" Soal Emir pada dirinya sendiri, dia melihat adiknya yang mengejar Aerum itu dengan tanda tanya.

"AERUM, aerum." Aerum yang memusingkan badannya terus dipeluk Haura. Dia menjadi lemah melihat takungan air mata di tubir mata gadis itu.

Aerum kaku, dia tak tahu nak bagi reaksi bagaimana sekarang ni. Otaknya masih lagi tak mampu untuk mencerna setiap apa yang berlaku.

"a aku tak faham, kenapa Emir ada kat rumah kau." Kata Aerum dengan gagap

"Aku mintak maaf, mianhae, i'm sorry." Dalam tiga bahasa Haura menyatakan maafnya, bererti dia betul betul meminta maaf

"aku tak faham ni Haura."

"Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal awal yang Emir tu abang kembar aku." Hanpir terjatuh Aerum mendengar pengakuan dari Haura itu. Dia memandang Haura dalam meminta penjelasan.

"Nanti, nanti aku story kat kau, sekarang ni jom la kita masuk dulu, mama dengan Nad ada kat dapur tadi, diorang pun cakap yang dah lama tak jumpa kau." Haura menarik lengan Aerum untuk mengikutinya. Nak tak nak Aerum terpaksa mengikuti jugak heretan Haura itu

"Aerum,,, lamanya Aerum tak datang," Aerum tersenyum nipis lalu menyalam tangan Datin Afieya yang merupakan ibu kepada Haura dan Emir.

"Aunty sihat?" Soal Aerum kepada Datin Afieya apabila dia duduk di tepi Nadhirah yang sedang makan kueh itu.

"Aunty macam ni la, sihat sihat orang tua."

"aishh, mana ada tua, muda lagi kan Aunty.." Datin Afieya tergelak mendengar pujian Aerum itu, itula yang menyebabkan dia suka sangat dengan Aerum, pandai ambil hati orang tua.

"Jemput la makan aunty puding tak seberapa Aerum ni, Aerum ada buat banyak puding ni tadi, nak bagi kat Aunty dengan Nad." Datin Afieya mengangguk lalu mengambil piring untuk meletakkan potongan puding.

"Untuk Bonda dengan Nad je ke? Untuk aku tak ada?" Tanya Haura pula, saja la tu dia nak mengada.

"untuk kau sekali la Haura, takkan la Nad dengan aunty je nak makan satu tupperware besar ni." Hayra tersengeh lalu mengambil piring untuk
mengisi gilirannya pula.

"Sedap nya Aerum.." puji Datin Afieya selepas puding itu melepasi esofagus nya.

"Aunty selalu macam tu... padahal tak sedap sangat pun puding tu." Sekali lagi Datin Afieya tergelak mendengar balasan Aerum itu.

"Betul la bonda cakap tu, sedap gila kau punya puding ni." Terbatuk Nadhirah mendengar pujian dari Haura itu. Terus Aerum menggapai cawan air lalu menyuakan kepada Nadhirah.

"See, Nad pun sampai tercekik ha makan gelojoh sangat, baby suka la tu puding yang kau buat Aerum." Nadhirah memandang Haura dengan oandangan tak percaya, tak percaya yang dia akan mendengar pujian dari mulut seorang Haura kepada Aerum.

"Kau kena sampuk apa Haura, tiba tiba je kau puji Aerum, selama ni kau la yang membangkang sehabis boleh kalau Bonda puji Aerum." Haura membesarkan matanya kepada Nadhirah tanda menyuruh untun diam. Dia saja mahu puji Aerum, biar Aerum okey sikit, dia tahu walaupun Aerum tengah tersenyum sekarang ni, tapi dalam hati dia, Haura tahu yang dia masih lagi terkejut dengan penampakan Emir tadi.

"Aerum okey ke? Kenapa aunty nampak Aerum macam pucat je, mata tu macam sembab je?" Selepas Datin Afieya berkata begitu, barula Nadhirah perasan akan perubahan sepupunya itu.

"Haah la, kau kenapa Aerum? Tak sihat ke?" Soal Nadhirah pula.

"Tak ada lah, Aerum okey je."  Aerum mengangkat tiga jarinya menunjukkan yang dia baik baik sahaja.

"Ha angah, sini la makan puding ni." Panggil Datin Afieya apabila melihat anak bujangnya itu turun ke dapur. Aerum yang ber ura ura untuk bangun itu terus di tahan oleh Haura.

"Eh Doktor ada kat sini lagi?" Aerum semakin gelisah apabila lelaki itu sudah duduk berhadalan dengannya.

"Kenapa Doktor boleh ada kat sini? Bonda kenal ke?" Soal Emir kepada bondanya pula.

"Doktor?"

"Haah, Doktor kan, Doktor Wafieya, doktor ni la yang rawat angah minggu lepas, yang angah cerita doktor yang ugut angah tu." Aerum bersecit, sempat pulak eyh dia sebut kes ugut mengugut ni, berdendam betul.

"Laaa, Kamu ke yang rawat Angah?" Dalam terpaksa Aerum mengangguk.

"laaa, boleh pulak eyh kebetulan macam tu, haa Aerum, ni la kembar Haura, Emir Arrayan. Kamu panggil je dia Emir." Aerum memandang Haura sementara gadis itu menggerakkan mulutnya berkata sorry. Aerum mengelub perlahan.

"Aerum?" Soal Emir pelik.

"Haah Aerum."

Aerum mengumpulkan nafasnya dalam, baru sahaja tadi dia hampir berjaya move on, ni tak pasal pasal dia nak kena hadap muka ni lagi, mungkin selepas ni akan selalu hadap la disebabkan dia ABANG kepada kawan baiknya serta anak kepada jiran mamanya.

"Long time no see Emir, i Syarifah Aerum Wafiya, kalau you ingatlah, yang rawat you masa you demam kat sekolah." Jatuh rahang Emir dan Nadhirah mendengar pengenalan diri Aerum itu. Sementara Haura tersenyum, dia tahu Aerum boleh handle punya benda remeh macam ni.

"Serum?"

"how can? you bukan pendek ke masa sekolah dulu, you buat pembedahan plastik eyh jadi tinggi?" hampir tersembur air yang diminum Haura mendengar soalan bendul dari abangnya itu, macam mana la seorang pensyarah boleh jadi lurus macam tu?

"Tak payah la ungkit kisah pendek i tu."

"Ouh ye la, aunty lupa pulak yang Aerum satu sekolah kan dengan Haura and Emir sebelum pindah korea kan." Mereka bertiga mengangguk.

Aerum menghantar isyarat kepada Haura supaya membawanya pergi dari situ. Haura yang mengerti terus bangun dari duduk nya.

"Okey la bonda, Haura nak bawak Aerum pergi naik atas." Haura menarik tangan Aerum dan Nadhirah untuk dibawa bersamanya.

"Yahh, puding aku tak habis lagi." Kata Nadhirah tidak berpuas hatu.

"Nanti nanti la puding kau tu, dah makan banyak kan tadi." Nadhirah menarik muka mendengarkan balasan Haura itu

"Kesian baby mommy ni, tak kenyang eyh makan puding tadi." Dia mengusap perutnya dengan muka orang tak makan tiga hari.

"Mengada betul la mak buyung kita ni."

Sampai sahaja di bilik Haura, terus dia mengunci pintu dan memandang Aerum.

"Korang ni kenapa? Pelik semacam je aku tengok dari tadi." Soal Nadhirah yang tidak mengerti.

"Explain right now!" Kata Aerum kepada Haura.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now