BAB 55

33 4 2
                                    

Haura menggemgam tangannya erat. Menahan marah. Kalau abangnya berada di hadapannya sekarang, dah lama dia patah patah kan tengkuk lelaki tu. lepastu basuh mata dia pakai clorox. Biar mata tu boleh terbuka luas, yang mana dia sepatut patutnya pilih.

Eii geram. Nak cakap masa bonda dia mengandung dulu ada makan pelik pelik kan, dia okey je, abang dia tu je yang otak pelik, lagi satu waktu kecik kecik helok aje Emir tu bijak pandai. Dah tua tua ni jadi bodoh tiba tiba apa citerr?

"Betul ke Kakak nak mintak cerai?" Soalan dari Arash itu mematikan lamunan Haura.

"ye la kot, saya tengok kali ni dia macam betul betul serius dah tu. ei kalau saya duduk kat tempat dia pun saya buat benda yang sama la, tak ada gunanya nak duduk dengan orang yang tak hargai kita macam angah tu. Ei panas la hati saya." Haura mengibas ngibas mukanya.

"kalau saya jadi Aerum kan, awal awal lagi saya tolak je lamaran angah tu, dah la ajak orang kahwin kat rooftop hospital, helok tolak je dia bagi jatuh bangunan terus." Arash menahan gelak mendengar amarah Haura itu.

"tapi Aerum tu dia ikut sangat perasaan cinta dia tu, sanggup berkorban kononnya, last last sekarang dia yang tersakiti." Haura mengeluh lagi, dia menghirup air di hadapannya bagi melegakan dahaganya.

"tak boleh la salahkan kakak jugak, kalau saya jadi dia pun saya akan buat benda yang sama dengan apa yang kakak buat. Kakak tu dah lama sukakan abang Emir, dari zaman sekolah lagi kan, waktu kitaorang stay kat hangul, dia selalu cerita kat saya pasal mimpi dia tentang abang Emir." Haura diam mendengar cerita Arash itu.

"di sebabkan semua mimpi tu la kakak yakin yang abang Emir tu jodoh dia. Tapi nak buat macam mana dah kan kalau jodoh diorang memang setengah jalan je?" Haura angguk setuju. Walaubagaimanapun, mereka tetap tak boleh nak lawan takdir tuhan. Mungkin tuhan telah menciptakan takdir yang lebih indah dari pengjangkaan kita. Allah is the best planner!

"Tapi walau apa pun, Abang Emir still tak patut buat kakak macam tu, kenapa dia tak nampak ha keikhlasan cinta kakak kat dia? dia tak nampak ke betapa dalamnya cinta kakak kat dia?" Kata Arash sebelun dia mengetap rahangnya. Marah.

"saya minta maaf bagi pihak angah." kata Haura perlahan. jujur dia rasa bersalah dengan kawannya itu disebabkan oleh kembarnya itu.

"kenapa awak pulak yang nak minta maaf? awak tak salah apa apa pun." Balas Arash sambil tersenyum nipis

"ei kalau saya tahu la macam ni perangai dia bila tua ni, elok masa dalam perut bonda tu saya tendang dia kuat kuat. Bila dah besar ni mana la berani dah saya nak tendang dia." Arash ketawa kecil mendengar Haura yang cuba membuat lawak itu. ini la kenapa dia suka lepak dengan Haura, tak kering gusinya kerana ketawa.

*****

"Lepas je Kakak bersalin nanti, selesaikan proses penceraian semua, kakak nak balik hangul. Kakak nak buat PhD." Semua yang sedang makan itu terus memandang Aerum yang bersuara dengan muka bersahaja itu.

"ce cerai?" Soal Dr Anis sekali lagi, takut la telinga dia silap dengar.

"kakak, benda boleh bawak bincang kan, kenapa sampai nak bercerai?" Soal Dato Syed Aiman pula. Dr Anis di sebelahnya bersungguh mengangguk setuju.

"apa yang nak dibincangkan lagi Pa?" Aerum menyoal Papanya kembali.

"tak ada apa yang boleh bincang dah Pa, dah dia tetap nak pilih perempuan tu, apa yang Aerum boleh buat? Aerum tak nak kongsi dengan orang Pa, terutamanya perempuan tu." Aerum menjawab soalannya sendiri

"Aerum tak fikir kan anak ke?" Aerum memandang abang nya yang bertanya itu sebelum pandangannya jatuh pada perutnya yang semakin membesar.

"anak? cuba abang tanya dia, dia ada fikir pasal anak tak masa buat keputusan tu?" Mereka terdiam mendengar soalan Aerum itu

"kakak buat la apa yang kakak rasa terbaik untuk diri sendiri dan cucu mama tu. apa apa pun yang kakak buat, mama sokong, as long as you happy, i'm okey with that." Aerum membalas kata kata mamanya itu dengan senyuman, tak tahu nak beri riaksi apa, dia tahu mamanya pasti sedih dengan keputusannya itu, tapi apa la yang dia mampu untuk buat kalau itu adalah suratan takdir untuknya.

******

"babe, aku nak pergi tandas kejap tau, kau nak ikut tak?" Aerum menggeleng

"Kau pergi je la masuk, aku tunggu kat luar sini." Jawab Aerum sambil melihat iphonennya.

"Sure?" melihat anggukan Aerum, terus Haura meninggalkan Aerum sendiri lalu berlalu ke tandas awam yang tak berapa jauh dari situ.

Aerum menyentuh perutnya yang sudah membesar itu, mereka baru pulang dari klinik untuk membuat medical check up memandangkan kandungannya sudah masuk enam bulan. Dia tersenyum sambil menggosok perutnya, patut la perut nya cepat sangat membesar, rupa rupanya ada dua jantung yang sedang berdegup di rahimnya

"Aerum!" Aerum mengetap bibirnya apabila mendengar namanya dipanggil oleh gadis itu. Memang kalau dia pergi mana mana memang kena jumpa dengan dia ke ha?!

"Kau nak apa?" Soal Aerum dingin. Dia memandang sekeliling kawasan yang sedang sunyi itu. Dia melihat pula perut Wafa yang sudah kempis itu, dia dapat tahu dari kakak iparnya yang Wafa mengalami keguguran bulan lepas. Suami dia pula, sekalipun tak ada nak cari dia sepanjang dua bulan ini, padahal dia stay kat rumah mama dia sahaja

"hm tak sangka kan yang walau apa yang jadi Emir tetap datang kat aku.." Aerum hanya diam malas mahu melayan gadis gila itu, tahu yang gadis itu mahu sakitkan hatinya.

"tapi... sebelum tu aku nak kau rasa ni sebab kau dah kantoikan aku.!!" Serentak dengan itu Aerum jatuh terduduk angkara tumbukan kuat dari Wafa itu. Dia memegang perutnya yang merasa sakit itu. mencerlung matanya memandang Wafa yang seperti phsyco itu.

"Kau gila ke perempuan?!" Soal Aerum dalam keadaan menahan sakit

"opss aku cuma nak pastikan sampah dalam ni pergi je, sebelum Emir balik semula kat kau lebih baik aku hapuskan dulu ye." Aerum menahan sakitnya apabila Wafa menendang kuat pada perutnya itu. Dia mulai cemas apabila melihat darah mula keluar pada kakinya, badannya mula rasa lemah untuk bangkit semula.

dia mengerang kesakitan menahan sakit, semakin sakit yang dirasakannya apabila dia tak mampu untuk berbalas apa apa kepada perempuan itu sementara perempuan itu sedang tersenyum puas.

"bye.." Wafa melambaikan tangannya sebelum dia terus cabut dari situ, bikbang jika ada yang memerhati perbuatannya tadi. Dia tak ada la bodoh sangat, sebelum dia membuat kerja kotornya tadi, dia sudah memastikan kawasan itu sunyi dan tiada cctv yang akan merakam perbuatannya

"arghhhh.." Aerum memegang perutnya yang sakit itu. Air matanya laju keluar melihat darah yang sudah membasahi dress putihnya itu.

"AERUM!!" Aerum melihat samar samar Haura yang sedang belari ke arahnya itu.

"anak anak aku.." Kata Aerum lemah kepada Haura

"SIAPA YANG BUAT KAU MACAM NI?!" Haura memangku kepala Aerum di ribanya. Dia melihat sekeliling kawasan yang sunyi itu. Terus dia mengambil iphonennya lalu menalefon nombor kecemasan

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now