BAB 56

43 4 0
                                    

Haura melihat sayu Aerum yang sedang terbaring lesu di atas katil itu.

"Ara dah call Angah ke belum?" Soal Datin Afieya kepada Haura.

"Dah, tapi Angah tak angkat." semua yang berada di dalam bilik itu mengeluh mendengar jawapan Haura itu.

Datin Afieya membuka handbag nya mencari iphonennya untuk menalefon anak lelaki nya yang sorang itu. Dia keluar dari Wad itu untuk bercakap dengan anak lelaki nya.

"Angah ada kat mana sekarang?!" Soal Datin Afieya sebaik sahaja panggilan bersambung

"Kat Uni la bonda, kenapa?"

"Datang Hospital sekarang!" Tegas Datin Afieya mengarah anaknya itu. Belum sempat anaknya membalas apa apa terus dia mematikan panggilan tersebut lalu kembali masuk ke Wad yang menempatkan menantunya itu.

Dia memandang sayu menantunya yang malang itu.

"Bonda tangan Aerum gerak!" Kata Haura teruja apabila melihat jari kawannya itu sedikit bergerak.

Mereka semua mengucapkan syukur apabila melihat mata Aerum sudah terbukak. kelip kelip Aerum memandang mereka semua yang sedang memandangnya

Tangan Aerum naik memegang perutnya yang sudah kempis. Automatik matanya membulat lalu cuba untuk bangun dari pembaringannya.

"Anak anak Aerum mana?" Soal Aerum cemas. Datin Afieya dan Dr Anis memgang tangan Aerum bagi menyalurkan kekuatan kepada Aerum

"Anak Aerum mana mama? Bonda?" Soal Aerum lagi apabila mereka semua hanya diam dan melihatnya dengan pandangan menyedihkan

"Aerum..." Dr Anis cuba menenangkan Aerum.

"Kakak kena sabar banyak banyak nak..." Aerum menggeleng kepalanya laju, cuba untuk menidakkan pemikirnanya sekarang

"ANAK ANAK KAKAK MANA MAMA?!" Soal Aerum separa menjerit.

"Aerum,,, kau kena sabar, mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku..." Aerum melihat Haura pula.

"Haura! Anak aku mana?!" Haura pergi ke sebelah Aerum lalu membawa gadis itu ke dalam pelukannya.

"Anak perempuan kau dah tak ada Aerum, Allah lebih sayang kan dia." kata Haura perlahan, tak sanggup rasanya mahu memberitahu gadis itu hakikat yang sebenar.

"Apa yang kau merepek ni Haura?!" Soal Aerum lagi, air mata dipipinya turun laju di pipinya.

"Allah lebih sayang kan dia Aerum.." Aerum mengheleng kepalanya sebelum dia kembali berada di dalam pelukan Haura. Dia menangis teresak esak di dalam pelukan kawannya itu.

Mereka yang berada di situ turut mengalirkan air mata, tumpang bersedih melihat nasih Aerum.

"Anak aku yang sorang lagi macam mana?" Soal Aerum apabila teringatkan anaknya yang seorang lagi.

"Alhamdulillah dia selamat di lahirkan tadi, lelaki. ada dalam ruang NICU sekarang." Jawab Haura sambil senyum.

Dia bersyukur sangat yang salah seorang dari kembar itu masih selamat, sekurang kurangnya ada lah pengubat untuk luka Aerum.

******

Aerum merenung siling wad hospital itu. Ahli keluarganya semua sudah pulang bagi menguruskan pengebumian anak perempuannya.

Syarifah Aaira Dareena.

Nama yang dia pilih untuk anak perempuannya yang awal awal sudah pergi meninggalkannya itu. Baru siang tadi dia menyedari akan kehadiran nyawa itu di perutnya, kini dia telah pergi. sekejap sahaja dia sempat merasakan kehadirannya.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now