BAB 7

22 4 0
                                    

"Weh, korang korang!!" Semua mata di dalam kelas Lima Talhah memandang memandang Aizat yang tercungap cungap.

"asal kau ni? kena kejar pokong ke tengah hari buta macam ni?"

"bukan, ni berita lebih gempak dari kena kejar pokong." Berkerut dahi memasing menanti berita yang kononnya gempak dari ketua kelas mereka itu.

"Aerum,, aerum nak pindah." Krik krik, terdiam sekelas mendengar berita mengejutkan dari Aizat itu.

"kau ni agak agak la nak tipu pun." Kata Amsyar lalu membuatkan kelas yang tadi nya terdiam kembali senyap seolah olah mereka tidak percaya dengan kata kata Aizat itu.

"WEH AKU CAKAP BETUL NI, korang tengok tu dia mana ada kat tempat dia sekarang, korang tak perasan ke dia tak masuk kelas lagi?" sekali lagi mereka semua diam, kini mereka melihat tempat kosong di sebelah Wafa itu.

"Wafa, betul ke?" mereka mempersoalkan Wafa pula. Wafa hanya mengangkat bahunya tanda dia tak tahu.

"kau tau dari mana Aizat?" tanya Aina pada Aizat.

"tadi aku pergi office hantar report, lepastu nampak Aerum tengah bercakap dengan PK HEM, lepastu bila aku tanya akak kerana tu, dia bagi tahu yang Aerum nak pindah."

"kenapa weh dia nak pindah? Dah la banyak jawatan dia pegang."

"ha tu la pasal, kau tahu apa apa tak Wafa?" soal Zahir kepada Wafa.

"haah Wafa, kau kan kawan baik dia, mesti dia ada bagi tahu kau kan." soal Rahim pula.

"mana la aku tahu, korang pergi la tanya dia sendiri." Mereka semua mencebik mendengar balasan Wafa itu, bersemangat diorang menunggu balasannya, akhir akhir itu je yang dibalas.

Aizat terus mengeluarkan phonennya untuk memberitahu geng geng ketua kelas yang lainnya.

"WEH!" Syamil menepuk meja nya kuat selepas membaca mesej dari Aizat itu.

"ha syamil, tengok apa tu ha sampai terkejut macam tu?" usik Daniel kepada Syamil.

"haa syamil tengok yang bukan bukan la tu." tergelak mereka sekelas mendengar usikan dari Aniq.

"bukan, ni bukan benda bukan bukan, ni benda tak logic, berita gempak ni weyh!" kata Daniel sambil menunjuk phonennya yang sebesar tapak tangan itu, macam la semua orang boleh nampak.

"ha memang la kita orang boleh nampak pun." Perli Amina dari belakang.

"haish, ni ha Aizat bagi tahu yang Aerum dah nak pindah." Seperti kelas lima talhah mereka semua terdiam mendengar pengunguman mengejutkan itu.

"kau biar betul?" soal Qayyum tidak percaya.

"ye betul nii, Aizat nampak kat pejabat tadi." Selepas sahaja mendengar kata Syamil itu terus Qayyum mengajak Emir ke pejabat. Dalam keadaan terpaksa, diikutkan jugak lah kawannya itu.

"asal yang kau gelabah sanagat ni? Aerum tu awek kau ke?" tanya Emir kepada Qayyum yang berjalan laju itu. Seraya dengan itu satu pukulan lembut hinggap di belakang Emir.

"aku dah bagitahu kan yang dia tu kawan aku je, lagipun dia kan bawah aku dalam bahagian pengurusan, kalau di betul betul pindah tak ke naya nak urus sorang sorang." Emir hanya tersengeh mendengar kata kata Qayyum itu, dia tidak terfikir lah pulak macam tu.

"Aerum." Panggil Qayyum apabila mereka melihat kelibat Aerum yang sedang menulis sesuatu di borang di hadapan pejabat. Senyuman manis Aerum bertukar menjadi senyum gagap apabila melihat Emir yang berada di tepi Qayyum.

"ada apa Qayyum?"

"you serius la nak pindah?"

"macam mana you tahu?" tanya Aerum pelik, setahu nya dia tak bagitahu sesiapa lagi, kelas pun dia belum masuk harini kerana sibuk settlekan semua urusan di bahagian pengurusan. Dia mahu settlekan semua nya dalam sehari, malam ni dia akan meninggalkan terus asrama dan sekolah itu. Bukannya dia tak sayang untuk pergi macam tu je, tapi mengingatkan Wafa membuatkan hatinya sakit dan tak tahan untuk tinggal di sekolah itu lagi.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now