BAB 41

26 4 2
                                    

Aerum dan Haura hanya melihat Hajah Fatimah yang sedang menyiram pokok cili itu. Sudah cakap nak tolong, malah di tegah pula. Hajah Fatimah suruh mereka berdua duduk sahaja.

"Opah, yang besar ni pokok mempelam kan?" Soal Aerum kepada Hajah Fatimah, maklum la orang bandar, mana nak kenal sangat pokok pokok macam tu

"haah, tapi tak berbuah lagi, baru berbunga, lagi sebulan berbuah la tu."

"ouuu, erm mesti sedap kan makan mangga fresh dari pokok, tambah pulak yang muda ." Aerum sudah dapat rasa kerangupan dan masam masam di dalam mulutnya apabila membayang kan mempelam muda. kecur liur nya

"Aerum suka makan mempelam muda?" Aerum mengangguk menjawab soalan Opah itu

"huh Aerum ni Opah, hantu kepada makanan masam, semua benda masam dia suka, opah belum tengok lagi dalam peti dia, full dengan buah strawberry. mana mana dia pergi mesti makan atau minum benda yang berasakan berry berry tu ha." Hajah Fatimah hanya tergelak kecil mendengar omelan cucunya itu

"Kalau Aerum suka, nanti lagi sebulan balik la sini pulak. boleh makan mangga muda ni ha lepastu cicah dengan colek." Aerum diam. terus berubah mukanya apabila mendengar kata kata Opah itu.

Haura mengeluh perlahan melihat Aerum yang menunduk itu. Dia mendekatkan telinga nya pada Aerum lalu berbisik.

"Kalau kau nak makan mangga muda fresh, better kau jangan putus asa dengan Angah, kau goda je la dia ikut mana pun. yang penting biar kau dapat balik sini lagi bulan depan. makan mangga muda ni ha." terangkat sedikit bibir Aerum mendengar kata Haura itu.

********

Aerum yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin itu memandang Emir dari biasan cermin.

Ting

Aerum melihat iphonennya yang berbunyi itu. Dia mengambil iphonennya dan membaca mesej yang naik

Kakak, Wafa tu dah balik malaysia ke?

Kening Aerum berkerut melihat mesej dari adiknya itu

Haah, kenapa?

Aerum menanti adiknya yang typing macam siput tu, lambat betul typing nya

Semalam Arash nampak dia dekat pavi.

Bertambah kerutan di dahi Aerum membaca mesej itu. Semalam? bukan ke Wafa baru pulang harini

"Emir." Aerum memanggil Emir yang sedang melihat phonennya itu

"hm?"

"Wafa balik sini bila? i mean bila dia sampai sini?"

"tengah hari tadi. kenapa?" Aerum cuma menggeleng. Dia mengambil losyen di atas meja lalu menyapukannya ke lengan bersih nya itu.

'Something fishy.' Aerum bangun dari duduk di hadapan cermin itu bersama iphonennya. malas la mahu fikir masalah orang, baik dia fikir masalah dia sendiri yang tak tahu di manakah jalan akhirnya.

Aerum mengambil tempat di sebelah Emir lalu membaring kan tubuhnya.

"Emir." Panggilan Aerum itu membuatkan Emir berpusing. Dia memandang ke arah Aerum yang sedang memandang ke dalam matanya. Lama mereka begitu sebelum Aerum bersuara

"lepas ni macam mana?" Soalan Aerum itu membuatkan Emir melarikan matanya. Dia tahu maksud Aerum.

"You rancang nak nikah dengan Wafa semula bila?" Soal Aerum kepada Emir lagi. Emir diam. tiada jawapan untuk soalan itu kerana dia sendiri masih belum rancang dengan Wafa soal itu

"You betul betul akan lepaskan i ke?" Soal Aerum lagi. kalau tadi dia melihat Emir dengan mata yang tenang, kini matanya berubah. berubah menjadi mata yang sayu, seolah meminta simpati dari lelaki di hadapannya itu

"a aku tak tahu." Aerum mengeluh perlahan mendengar jawapan dari Emir itu. Dia mengensot ke hadapan bagi merapatkan kedudukan mereka.

Dengan berani dia menindih bibir Emir lama. Dia dapat rasakan yang Emir terkaku dan kejung waktu itu. Semestinya Emir pasti tidak menjangkakan perbuatan terlebih berani Aerum itu.

Aerum mengorak senyum nipis memandang Emir yang memandang nya dengan mata yang terkejut.

"a apa yang kau buat ni?" Soal Emir kepada Aerum.

"Cop mohor?" Aerum cuba bergurau. lebih kepada menutup debaran di hatinya sebenarnya.

"kau tak boleh buat macam ni Aerum, lepas ni kau akan kahwin dengan orang lain, you should keep it for your husband. husband yang betul betul sayang kan kau dan yang akan jaga kau betul betul." Emir nampak mata Aerum yang berubah selepas dia berkata begitu.

nampak seperti ada getaran yang menunjukkan dia takut. Tetapi sekejap aja, Aerum kaburkan kembali dengan pandangan tenangnya.

"you dont understand how much i like you huh.". Dia memandang tenang mata hitam pekat Emir itu.

"I rather retry with you millions time than find someone new." nampak Emir sedikit terkedu dengan kata kata Aerum itu

"kalau you ceraikan i sekalipun lepas ni, hati i tetap untuk you sorang Emir. sebab you adalah pemilik kunci hati i dari dulu tapi sayangnya you dah buang jauh jauh kunci tu ke dalam tasik sampaikan tak ada mana mana lelaki yang mampu cari kunci tu untuk buka hati i lagi." mutiara jernih yang jatuh setitik di pipi Aerum itu pantas di seka.

"so nanti, kalau you dah nak kahwin dengan Wafa, ataupun you dah tak perlukan i, lepaskan je. lepastu kalau tiba tiba you perlukan i macam mana you perlukan i kalini, you cari la i balik, lepastu kalau Wafa balik semula, lepaskan i balik. guna je la i Emir, gunakan je i. i tak kisah, as long as you happy, tu dah cukup untuk buat i happy." air mata yang tumpah di pipi nya hanya di biarkan. Dia memberikan senyum nya kepada Emir yang seolah terkedu dengan kata katanya itu.

Tanpa Emir sedar, tangan nya naik memeluk Aerum yang sedang memandang nga itu. Aerum tidak menolak. kerana dia tahu, mungkin itu akan menjadi pelukan terakhir buat mereka.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now