BAB 6

19 5 0
                                    

"assalamualaikum." Aerum masuk ke dalam dorm nya bersama dengan beg pakaian dan plastik makanan di tangannya.

"lambat nya kak Aerum datang hari ni, bukan ke biasanya kak Aerum datang awal." Kata Hana kepada Aerum yang sedang membuka locker nya itu, kebiasaanya senior nya itu akan jadi yang terawal datang, tapi bila sekali dia datang lewat, macam pelik pulak.

"tadi ada hal sikit, dah inform warden dah nak datang malam." Tadi petang mama dan papa nya ajak untuk renew passport dulu walaupun dia masih lagi membuat keputusan sama ada untuk berpindah atau pun tidak, selepas selesai semua urusan, baru dia berangkat dari rumahnya ke sekolah, jarak rumah nya ke sekolah pulak jauh itu yang menyebabkan malam baru sampai ke asrama.

"ni, Kak Aerum ada bawakkan Pizza dengan KFC, semua orang ada kan? jom la kita makan." Aerum meletakkan pizza dan kfc yang dibelinya di tengah tengah bilik, memang selalu nya kalau berkumpul mereka akan berkumpul di tengah itu.

"wahhhh, banyak nya kak Aerum."

"tak adalah, sikit je ni, kak Haura mana?" tanya Aerum apabila melihat kelibat Haura.

"tadi dia pergi toilet, haa tu dia dah masuk." Haura memandang mereka kekok apabila ke lima pasang mata di dalam itu melihat dirinya.

"asal?" tanya Haura dingin.

"Kak haura, duduk la makan sekali, banyak ni Kak Aerum beli." Haura mengengguk lalu pergi ke katilnya untuk menyimpan tuala nya. Dia kembali ke tengah dengan membawa plastik makanan.

"Kak Haura ada bawakkan spaghetti."

"wahhh, makan besar la kita malam ni." mereka semua tergelak mendengar kata Amani itu.

"Isma tolong baca doa." Isma hanya menurut arahan Haura itu.

"jemput makan semua."

"terima kasih kak Aerum."

"terima kasih kak Haura." Mereka mula makan sambil bersembang sesama mereka.

"erm, sebanarnya Kak Aerum ada nak bagitahu satu benda ni." semua mata berpusing memandang Aerum.

"ermm, kemungkinan nanti Kak Aerum akan pindah." Krik krik, mereka semua terdiam mendengar pengunguman mengejut dari aerum itu.

"tapi tak sure lagi jadi ke tak, kak Aerum belum buat keputusan lagi."

"serius la kak Aerum?"

"Kak Aerum bergurau kan?"

"tak, kali ni tak bergurau."

"tapi kenapa Kak Aerum? Kak Aerum dah tak sayang kitaorang ke?" Aerum tergelak mendengar soalan mereka, gila tak sayang, dah tiga tahun kot mereka sebilik, dari dia form three lagi, mereka semua sebilik.

"eh tak, bukan macam tu, Mama dengan Papa Kak Aerum yang nak Kak Aerum sambung kat hanguk balik."

"hanguk?"

"erm maksud Kak Aerum, korea."

"tapi, kak aerum belum sure lagi, ni kak aerum saje je bagitahu dulu, takut korang terkejut nanti, so jangan bagitahu kat orang lain lagi tau, ni kita ber enam je tahu." Mereka semua mengangguk lemah mendengar pesanan Aerum itu.

"dah, sambung makan, tak payah buat muka toya macam tu." mereka semua tergelak sebelum kembali menyambung makan.

"kak aerum." Panggil Amani yang berada di sebelahnya.

"hmm?"

"betul ke pasal Kak Aerum suka dekat budak baru tu? apa eyh nama dia? Amir? Emir?" terbatuk Aerum dan Haura mendengar soalan mengejut dari Amani itu. Kenapa sampai batch form three pun boleh tau ni?

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now