BAB 27

26 4 0
                                    

Aerum tersenyum lebar mendengar berita yang didengarnya sebaik sahaja dia menyelesaikan pembedahannya itu

"really? syukur alhamdulillah ya allah." dia cepat cepat ke bilik persalinannya untuk mandi dan menyalin pakaiannya

"assalamualaikum." Aerum memeberi salam apabila dia masuk ke Wad yang menempatkan Nadhirah itu.

Dia tersenyum lebar melihat bayi yang berada di dalam dukungan Nadhirah itu.

"Congrats Nad, i'm so happy for you!" dengan ikhlas Aerum ucapkan kepada sepupunya itu. Tak sangka yang kini sahabat sepermainan nya dari dia kecil sudah menjadi seorang ibu.

"gumawo.." Aerum melihat bayi itu sambil tersenyum girang.

"ha dengki la tu, orang suruh kahwin awal awal, terima je lamaran anak Datin Insyi hari tu, ni tolak, nak tunggu jugak crush zaman sekolah dia yang dia sendiri tak tahu wujud ke tak lagi kat muka bumi ni." membulat mata Aerum mendengar bebelan mamanya di hadapan keluarga Emir itu.

"mama.... apa cakap macam tu, mesti la dia wujud lagi kat muka bumi ni, takkan la dah naik langit ayah pin kot.." mereka semua ketawa mendengar balasan Aerum itu kecuali Emir.

"tengok la tu. ada je nak menjawab." Aerum mencebik. Mamanya itu kalau sehari tak bebel kat dia pasti tak lengkap hidupnya.

"ye la mama, you win." Aerum melihat kembali bayi yang lena berada di dalam dukungan Nadhirah itu. geram betul dia melihat hidung kemerahan bayi itu.

Dr Anis yang sedang bersembang dengan Datin Afieya menggeleng melihat muka anaknya yang memicit micit jari nya sendiri. tahu sangat yang tabiat anaknya yang seorang itu apabila dia geram akan kecomelan sesuatu.

"Kakak, pergi la kahwin cepat kalau geram sangat tengok baby, ni duk tengok kat anak orang macam nak cekik." Aerum mencebik mendengar komen mamanya itu. tak habis habis menyuruhnya kahwin

"tamau ar Mama, Aerum nak hidup single je dengan Haura. kan Haura, kita hidup single sama sama nak tak?" Haura tergelak mendengar soalan Aerum itu. Dia mengangguk setuju dengan kawannya itu. daripada di sakiti baik dia hidup bahagia je dengan kawan baiknya itu.

Aerum membuka depanya kepada Haura lalu mereka berpelukan senang. Mereka yang berada di situ hanya mampu ketawa dan menggeleng

"macam macam la dorang berdua ni. kalau masin mulut tu baru tahu." Ujar Datin Afieya mengundang tawa mereka sekali lagi.

"Along, Nad, dah decide ke nak bagi nama apa kat baby?" Soal Aerum kepada Nadhirah dan Amir

"apa punya soalan kamu tu kakak, baby baru tiga jam tak sampai, dah tanya nama." Aerum hanya tersengih

"sebenarnya kitaorang memang dah decide nama." Balasan Amir itu membuatkan mereka semua menegakkan badan.

"oh really? nama apa?" soal Datin Afieya tak sabar.
Amir memandang isterinya sekilas lalu berkata

"Syed Syafiq Najmi." mereka semua mengangguk mendengar jawapan dari Amir itu. Berpuas hati dengan nama tang diberikan.

"Aerum kau nak pegang ke?" Tanya Nadhirah perlahan. tenaga nya masih belum ada sepenuhnya untuk bercakap dengan baik.

Aerum tersenyum lebar mendengar tawaran Nadhirah itu

"serius la nak bagi aku pegang?" tanya Aerum teruja. Nadhirah mengangguk perlahan

Aerum membaca bismillah lalu mengangkat bayi yamg masih lembut itu ke dalam dukungannya. Dia tersenyum manis melihat bayi yang lena itu

"assalamualaikum Syafiq Najmi..." Aerum memandang lembut kepada Syafiq yang sedang lena itu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now