BAB 40

25 4 0
                                    

Aerum melihat Emir yang berada jauh sedang bercakap dengan seseorang melalui phone nya. Dia mencebik melihat senyum manis yang terbit di bibir Emir itu.

"dengan aku lambat lagi nak senyum macam tu." baru dia sedar yang selama ni bila dia dengan Emir, lelaki itu hanya senyum nipis. tu pun jarang jarang

"dia tengah cakap dengan siapa tu?" Soal Haura yang baru datang dengan membawa Syafiq di dalam dukungannya

"Dengan Wafa la kut senyum sampai ke telinga tu." Aerum memandang Emir tak puas hatu sebelum senyuman lebar terbit di bibir nya sebaik sahaja melihat Syafiq

"syafiqq,, meh sini dekat aunty meh." Haura menyerahkan Syafiq kepada Aerum. Syafiq gelak apabila Aerum mencium pipi gebu nya itu bertalu talu.

"bila perempuan tu nak balik?" Soal Haura kepada Aerum lagi, matanya tak larikan dari memandang krmbarnya itu

"kalau ikutkan esok dia sampai Malaysia. dari apa yang Emir cerita la." Terus Haura berpaling melihat Aerum

"serious? habis tu macam mana kau boleh jadi tenang macam ni hah? kalau aku jadi kau, uu memang aku tak boleh nak duduk senang macam ni dah. Silap silap duk meraung dah dalam bilik air." Aerum tergelak kecil mendengar omelan adik iparnya itu.

"entah la weh, malas lagi nak fikir, balik kampung ni kan nak rilex rilex kan minda. buat semak otak er kalau fikir pasal tu."

"entah lepas ni aku boleh datang ke tak lagi pun tak tahu kat kampung ni, so better aku habiskan masa kat sini betul betul. aku ni dah la tak ada kampung macam ni." Sambung Aerum lagi. sedikit perasaan kesal terselit di dalam ayat nya.

Dia tahu kalau itu dah memang takdirnya ditulis begitu, dia hanya mampu redha. dan dia bersyukur sekurang kurang nya dia di berikan peluang untuk bersama dengan lelaki itu walaupun sekejap

"ala jangan la buat ayat sedih macam tu babe, andaikan memang jodoh kau tak panjang dengan angah, kau tak payah risau, biar aku je yang bawak balik kau ke sini. lagipun dalam kampung ni ramai bujang bujang handsome." Aerum tergelak kecil mendengar ayat terakhir dari Haura itu

"ye la tu bujang handsome, aku tengok kat surau malam tadi, tua tua je semua."

"dah tu yang kat surau, a cuba kau pergi kat warung warung dekat sini, mesti jumpa punya ramai bujang bujang baya kita duk lepak kat situ." Aerum mencebik perlahan. tak mau ar dia yang duk lepak lepak dekat warung

"tapi aku nak yang macam abang kau, lepak kat surau." Kata Aerum perlahan.

"eh dah la, baik kita pergi kat luar. dari pada duduk kat sini tengok orang duk on call tersengeh sengeh macam orang tak betul." Aerum mengangguk setuju lalu mengikut Haura keluar dari situ. Dari jauh dia dapat melihat Amir dan Nadhira yang sedang bergurau senda.

"tengok la daddy mommy korang tu, dah lupa dah anak dia tu." kata Haura sambil memakai selipar

"mood honeymoon di aktifkan balik tu." mereka berdua sama sama tergelak lalu duduk di gerai yang menempatkan Amir dan Nadhira itu

"sian syafiq, mommy daddy dia dah tak ingat kat dia." Nadhira tergelak mendengar perlian Haura itu lalu mengambil Syafiq dari dukungan Aerum

Aerum tersenyum manis melihat kemesraan Nadhirah bersama keluarga kecilnya itu. Dia tumpang bahagia apabila melihat sepupunya itu bahagia. Allah dah hadirkan seorang yang tepat untuk menggantikan pemergian kedua ibu bapanya.
Tak sanggup dia nak ingat bagaimana Nadhira melalui kesusahan itu seorang diri selama ini.

Huluran air dari Haura tidak dihiraukan, dia termenung mengingatkan kisah percintaan sepupunya itu.

"asal dia senyum sorang sorang?" Soal Nadhira kepada Haura. Haura mengangkat bahu tanda tak tahu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now