BAB 42

29 4 0
                                    

Aerum duduk di atas sofa ruang tamu rumah nya itu. Dia memejamkan matanya. Lelah dan penat. Semalam dia tak pulang ke rumah di sebab kan terlalu sibuk di wad kecemasan.

Dahinya berkerut apabila merasakan bahahian bawah perutnya merasa seperti di cakar.

kerongsang di bawah dagu di buka, melonggarkan tudung. Dia mendengar deruman kereta Emir masuk, tapi badannya betul betul malas mahu bangun menyambut kepulangan suaminya itu

"Assalamualaikum." Aerum menjawab salam Emir perlahan. dalam keadaan mata tertutup dia boleh tangkap haruman Emir lalu di hadapannya menandakan yang Emir duduk di sebelahnya sekarang.

"kau okey tak ni?" nak tak nak di paksa juga matanya untuk di buka.

"Okey je, penat sikit, i tak sempat tidur lagi." Emir mengangguk perlahan tanda dia faham.

"pagi tadi you breakfast tak? Sorry la tak dapat nak sediakan breakfast you pagi tadi sebab semalam kan i tak balik. Sampai ke petang ni baru reda sikit sibuk nya tu." dalam keadaan penat pun dia masih lagi risau akan kebajikan suaminya itu

"it's okay, aku breakfast dengan Wafa tadi." Aerum mengangguk faham. malas mahu dengki ke apa, rasa macam dah kalis dengar nama Wafa dalam masa seminggu  sejak mereka pulang dari kampung ini.

Aerum melihat plastik hijau yang berwap di tangan Emir.

"apa tu?" laju mulut Aerum menyoalkannya

"oh ni cempedak goreng, tadi aku ada nampak orang jual, aku beli la sebab aku ingat masa aku ajak kau kahwin hari tu kau ada sebut pasal cempedak goreng, I guess kau teringin." Terus mata Aerum yang tadinya seperti anak tikus baru lahir membuntang luas.

Dia memang teringin nak makan cempedak goreng dah lama, tapi di sebabkan dia sibuk menguruskan hal pernikahannya hari itu, terus dia lupakan cempedak itu

"aaa thank you, tahu tahu je i teringin dah lama." Aerum mengambil plastik yang di hulurkan oleh Emir itu lalu berlalu ke dapur bagi meletakkannya ke dalam pinggan. Emir hanya mengikuti langkah Aerum ke dapur itu lalu duduk di meja makan

Aerum meletakkan pinggan cempedak goreng itu di hadapan Emir.

"you nak minum air tak?" Soal Aerum kepada Emir lagi

"boleh jugak." Terus Aerum mengeluarkan mug untuk membuat black coffee kegemaran Emir.

"nah." Aerum duduk di hadapan Emir setelah dia meletakkan mug itu

"baca bismillah dulu." Tegur Emir apabila melihat Aerum yang teruja itu. Aerum tersengih comel sebelum membaca bismillah lalu menyuap cempedak goreng tersebut.

"sedap?" Aerum mengangguk.

"kau nampak penat sangat." Teguran Emir itu membuatkan Aerum berhenti mengunyah. Dia hanya tersenyum nipis.

"kan dah cakap i tak sempat tidur semalam. busy sangat dekat wad." Emir hanya diam memerhati Aerum yang sedang makan itu

"you ada nak makan apa malam ni? i masakkan." Soal Aerum kepada Emir

"tak apa lah, kau kan penat, pergi la tidur cukup cukup. aku nak makan kat luar nanti dengan Wafa. kau ada nak pesan makan apa apa tak?" Aerum menggeleng.

"Aku naik atas dulu la eyh, nak mandi solat asar." Aerum hanya diam memandang Emir yang mendaki anak tangga itu

*******

Aerum memegang perut nya yang semakin sakit itu. meja di tepi katil dipegang kuat.

"kenapa sakit sang sangat ni ya allah?!" Rintih Aerum sendiri. Dia bangun melihat stok tuala wanita nya yang berada di dalam laci wardrobe.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now