BAB 30

30 2 4
                                    

P/s: dialog di dalam tulisan bold adalah dialog mereka bercakap di dalam bahasa korea. saya tak tukar ke bahasa korea betul kerana saya ni bukan lah tahu sangat. kalau guna google translate takut lain yang jadinya. so yeah

Aerum menggosok tapak tangannya bagi menghilangkan debaran di dadanya. Dia melihat mukanya pada cermin keretanya itu. Pandangan dari Arash di sebelah tidak dihiraukan

"kau kenapa kak? Kau nak pergi reunion ke akad nikah?" Perlian Arash itu hanya dibalas dengan jelingan tajam.

"entah kau ni. bukannya kau nak pergi nikah ke atau nak pergi kenduri ex crush kau ke. Rilex Aerum.. reunion je pun." Aerum menarik nafasnya dalam. Dia berpusing ke belakang melihat Haura yang sedang memandangnya itu

"babe, sebut pasal ex crush. kembar kau datang jugak ke?" Haura mengangguk. Dah sah sah la abangnya datang. Kalau bukan disebabkan dia suka rela nak datang mungkin kerana dipaksa oleh tunang nya itu

"Rilex Aerum. Aku dah cakap dah dengan Angah suapaya dia buat buat tak kenal je dengan kau kat majlis ni nanti. okey so kita ikut kan je apa yang kita dah plan. kau kena buktikan yang kau dah lupakan abang aku tu. faham?" Aerum mengangguk.

"Arash, good luck, jangan terlepas cakap tau. tak payah cakap banyak sangat pun tak apa. biar Aerum je jawab apa apa soalan yang melibatkan pasal hubungan korang ke apa ke. Okey?" Kata Haura kepada Arash pula.

"Arasseo!"

"Okey then, jom la kita keluar." Mereka bertiga keluar dari Mercedes Benz a200 milik Aerum

Arash mengambil tempat di sebelah kanan Aerum manakala Haura mengambil tempat di sebelah kitinya.

Sekali lagi Aerum melihat dirinya. Dress bewarna blue black bersama shawl summer blue itu menyerlahkan lagi keanggunan nya.

Dia menarik nafas dalam sebelum dia mula senyum dengan yakin. Haura yang berada di sebelah turut tersenyum apabila melihat senyuman yang terbit di bibir Aerum itu.

"Haura!!" Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam dewan itu, Aerum mulai rasa sesak apabila melihat orang orang yang ramai itu. Sekali imbas dia melihat muka muka disitu.

Dia tersenyum apabila melihat ada yang membawa anak anak kecil sekali.

"Haura, long time no see babe." Aerum memandang Haura yang sudah berpeluk cium dengan sekumpulan gadis. Dia cuba menganalisis muka muka tersebut.

Najiha, Khalisah and Dhiya.

"who is this?" Soal Khalisa kepada Haura sambil melihat Aerum dan Arash

"ouh lupa pulak, so,, takkan korang tak kenal kot siapa dia?" Haura cuba berteka teki dengan mereka bertiga. Berkerut muka mereka melihat Aerum yang sedang tersenyum manis itu.

"that dimple..." Najiha menggumam perlahan

"and that brown eye..."

"Aerum?" serentak mereka bertiga bersoal. Aerum tergelak perlahan melihat reaksi ketiga tiga mereka itu

"AERUM?!" kalini suara Najiha kuat. Jelas dia tidak menyangka yang gadis di hadapannya itu adalah Aerum.

And thanks to suara tertelan speaker masjid Najiha, semua orang kini berpaling melihat mereka.

"yeah hi." Aerum senyum awkward. Malu kerana ramai yang sudah melihat mereka.

"weyh mana kau hilang?!" Soal Dhiya kepada Aerum.

"ada je kat sini, sesekali berulang alik naik ke kerajaan langit." Arash dan Haura menggeleng. Dia dah start dah dia punya 'kerajaan langit joke'

"okey, mendengarkan lawak kau tu, kau betul betul Aerum. but how can?"

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now