BAB 16

20 4 0
                                    

Tok tok
Safa mengetuk pintu bilik Aerum perlahan. Risau betul dia dengan ibu saudaranya yang seperti murung sahaja selepas pulang dari rumah Datin Afieya.

Selepas mendengar arahan dari Aerum supaya masuk, dia terus menjengul kan kepalanya ke dalam. Dia melihat pelik ibu saudaranya yang sedang memehang ipad itu. dia memandang tipis pada laci katil yang terbuka, dia tahu isi laci itu, tetapi seingat dia dah lama Aerum tidak membukanya.

"Ada apa safa?" Tanya Aerum kepada anak saudaranya itu. Safa mengangkat batal yang dipegangnya.

"Safa nak tidur sini boleh tak eonni? Dah lama safa tak tidur dengan eonni." Aerum tergelak, dah besar panjang pun still nak tidur dengan orang.

"Meh sini." Selepas sahaja Aerum menepuk katilnya terus sahaja Safa membaringkan ribanya di riba Aerum. Port paling selesa lah tu, dari dia kecil lagi dia selalu membaringkan kepalanya di riba Aerum.

"Eonni tengok drama apa?" Soal Safa setelah Aerum kembali menyambung tontonan nya di ipad.

"Descendants of the sun."

"Rewatch lagi?" Safa menggelengkan kepalanya, entah yang keberapa kali dah ibu saudaranya ini menonton drama tersebut, setiap kali dia dah tak ada idea nak tengok drama apa, mesti ulang drma yang ni je.

Safa tersenyum sambil melihat drama di ipad Aerum itu, suka betul dia apabila ibu saudaranya itu membelai belai rambutnya.

"haishhh, sweet betul part ni. ak jugak la yang single kat sini." Safa tergelak mendengar komen itu.

"Eonni, dah berapa kali eonni rewatch drama ni, takkan tak bosan lagi? setiap kali ada part ni, mesti eonni jerit jerit cakap sweet."

"Biar orang la."

"Eonni...." meleret Safa memanggil eonni nya, sesi muqoddimah dah tamat, kini sesi untuk mengcungkil rahsia

"wae?"

"eonni kenapa nangis pagi tadi? tadi lepas balik dari rumah Kak Haura pun eonni macam makin murung? eonni gaduh dengan Kak Haura eyh? Ke dengan Kak Nad?" Soal Safa perlahan, takut la kalau aunty dia nangis pulak nanti selepas mendengar soalan dari dia.

"Gaduh dengan Haura atau Nad? Mengarut je."

"Habistu kenapa eonni nangis sampai macam tu sekali?" Soal Safa lagi.

"Eonni teringat kan crush eonni tu ke." Terus terhenti tangan Aerum yang membelai rambut Safa.

"omo, betul ke eonii? Sebab tu la eonni bukak laci tu?" tanya Safa teruja.

"Eonni dah jumpa dengan dia." kata Aerum perlahan.

"Omo omo jjinja?! Betul ke ni eonni?" Aerum mengangguk.

"Jumpa kat mana? Bila and how?"

"jumpa kat hospital, dia kena tikam kat kaki."

"Ya allah serius la eonni? Habistu dia macam mana sekarang? Okey tak?"

"Dia okey je."

"Okey then, eonni buat apa? Korang tukar nombor phone tak?" Aerum menggeleng.

"eonni nak lupakan dia dah, tapi...."

"Tapi apa pulak?!"

"dia rupa rupanya kembar Haura." Jatuh rahang Safa mendengar kata Aerum itu. Lama dia diam untuk berfikir sesuatu.

"hmm, ala tak apa la, senang la kalau macam tu, dah tak payah move on lagi eonni, ngorat je diaaa, senang la eonni, eonni kan dah rapat dengan whole family dia, so mesti tak ada halangannya." Aerum tergelak hambar mendengar cadangan anak saudaranya itu. Kalau lah semudah tu untuk dia.

"dia dah bertunang safa." Safa yang tadinya tersengeh, secara automatik senyuman itu terpadam, dia bangun dan melihat wajah eonni nya yang sudah di basahi dengan air mata.

"eonni....." dia kelu.

"nak tahu tak apa yang lagi menyakitkan eonni?"

"emm?"

"dia tunang dengan bekas kawan baik eonni."

"You mean Wafa cicak tu?" Aerum tergelak sedikit mendengar soalan anak saudaranya itu.

"Serius la eonni?!" Aerum tersenyum nipis sambil matanya tidak henti henti mengeluarkan mutiara berharga nyah.

"auuu, mesti sakit kan eonni? come come..." Aerum merebahkan kepalanya di dalam pelukan anak saudaranya itu. Safa menggosok gosok belakang Aerum perlahan.

"Sk sk, Safa tidur la, esok kan sekolah." Aerum bangun dari duduk nya, dia melipatkan lengan pyjamas nya untuk masuk ke tandas.

"Esok Safa tak pergi sekolah la, kan esok mommy dengan Daddy nak pergi india." Aerum baru teringat yang abang sulung nya akan berangkat ke india esok untuk misi sukarelawan, dari dulu lagi abang dan kakak iparnya itu suka ke luar negara untuk membuat misi sukarelawan, menolong orang orang yang sakit si tempat tempat terpencil.

"So esok Safiya akan duduk dekat sini la?" Soal Aerum apabila teringatkan anak buahnya yang berumur tiga tahun setengah itu.

"haah, tadi Safa dengar nenek nak suruh Atuk bagi cuti panjang sikit dekat eonni, nenek nak suruh eonni yang jaga Safiya." Aerum yang baru ingin melangkah kakinya ke tandas berhenti. Dia memandang muka anak saudaranya itu untuk mencari kebenaran, bukannya dia tak biasa kena tipu hidup hidup oleh anak saudaranya itu.

"hehe, Safa gurau je la, nenek cakap tadi, yang nenek nak suruh eonni stay sini sampai la daddy mommy balik malaysia, diorang nak suruh eonni jaga Safiya, kalini sumpah Safa tak tipu."

"Safa biar betul?" tanya Aerum takut takut.

"Iyeee, betulll, tak percaya tanya la nenek."

"Kenapa eonni kena duduk sini pulak?" Safa mengangkat bahunya, dia juga tidak tahu alasan apa nenek nya menyuruh Aerum untuk menjaga adiknya.

******

Aerum memandang siling yang kosong, dia sudah mengantuk tetapi matanya belum lagi merasa berat.

"Eonni." Panggil Safa di sebelah

"em?"

"Safa teringat yang safa pernah baca satu quote ni."

"em?"

"If you get what you want, thats Allah direction, but if you dont get what you want, thats Allah protection." Aerum terdiam.

"Sakit yang eonni rasa sekarang ni sementara je, takkan kekal pun. Eonni kena yakin tau dengan pencaturan Allah. Bukan ke Allah dah janjikan setiap kesusahan tu akan digantikan dengan kebahagiaan? Eonni faham kan apa yang Safa nak sampaikan." Mata Aerum kembali berkaca, dia faham sangat apa yang nak disampaikan oleh anak saudaranya itu.

"shh, jangan la nangis eonni." Safa memeluk Aerum yang sedang menangis itu.

"Don't be sad, Allah always be there for you eonni!"

"gumawo Safa..."

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now