BAB 20

34 4 0
                                    

Aerum mengeluh melihat kereta Honda Civic putih milik Emir. Dalam keadaan terpaksa dia keluar juga dari kereta lalu masuk ke dalam rumah itu setelah memberi salam

"assalamualaikum aunty." Aerum menyalam tangan Datin Afieya yang sedang menonton kartun bersama Safiya itu.

"Maaf la ye aunty, terpaksa susahkan aunty pulak nak jaga si kecil ni ha."

"aihhh, tak ada apa apa la, aunty lagu suka kalau ada Safiya ni ha, tak ada la sunyi sangat kan." Aerum senyum bersalah

"Safa mana aunty?" Aerum mencari cari kelibat lagi seorang anak saudaranya itu

"Abang Amir kamu tu kan baru balik, lepastu dia bawak la Safa dengan Haura jalan jalan. Nad kan dekat hospital, nanti diorang nak buat kejutan la tu dekat Nad. Sebab sepatutnya dia balik esok kan." Aerum tersenyum mendengar cerita Datin Afieya itu.

"Sweet betul ye Abang Amir tu."

"haa Aerum pun nanti kalau nak cari suami, cari la yang macam Amir tu, bukan nak promote anak ni, tapi aunty cakap betul betul ni." Aerum tergelak mendengar kata kata Datin Afieya itu, betul betul macam nak prosmosikan anak sendiri. Datin Afieya yang melihat Aerum yang tergelak itu tersenyum, syukurlah kalau Aerum sudah tidak sedih lagi

"Aerum dah okey ke pasal crush yang dah bertunang tu?" Aerum menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil tersengeh

"Bagus la kalau Aerum dah okey, tak payah la sedih lama lama sangat, ramai lagi lelaki kat luar sana yang lebih baik, kesian betul eyh kat dia sebab tak nampak Aerum." Aerum tersengeh kekok, terasa seperti mendengar Datin Afieya mengutuk anaknya sendiri pula.

"Bonda..." Aerum dan Datin Afieya melihat ke arah  Emir yang baru turun tangga dalam keadaan malas itu

"Baru bangun angah?" Soal Datin Afieya kepada anaknya itu.

"Nasi ada lagi tak bonda?" Soal Emir kepada Bonda nya semula

"ada banyak lagi, pergi la kat dapur." Selepas sahaja Datin Afieya berkata begitu terus Emir bergegas ke dapur

"macam tu la Emir tu Aerum, balik je dari mengajar, tak makan tak mandi terus tidur. petang baru bangun makan." Aerum tersengeh kekok mendengar cerita Datin Afieya itu

"Eh ni Aerum dah makan ke belum?" Aerum menggeleng, memang dari sebelum pembedahan tadi lagi dia tak makan, dia hanya minum susu strawberry calpis selepas pembedahan

"Kalau macam tu pergi la dapur, join Emir makan sekali." Pantas Aerum menggelengkan kepalanya, gila ke apa nak makan dengan ex crush yang tak berapa ex sangat

"tak apa, tak payah la segan."

"Tak apa la aunty, susah kan aunty je."

"aipp mana ada, pergi je la makan, aunty memang masak banyak sikit harini, ada tomyam udang kegemaran kamu sekali haaa." Aerum menegukkan liurnya, mana pula la Datin Afieya ini tahu akan lauk kegemarannya. kan dah tak pasal pasal dia tergoda.

"haa pergi la Aerum makan dulu." Dalam keadaan teresengeh malu Aerum bangun lalu ke dapur. Dia melihat Emir yang sedang mencedok kuah itu kemudian duduk di hadapannya, kalau makan kat lain kan nampak sangat mengelatnya.

"luka kat kaki you dah okey?" Tanya Aerum selepas membaca doa, saja dia tak nak bagi awkward sangat

"okey tapi dia ada pedih sikit kadang kadang."

"you ada bagi kena air ke?" Tanya Aerum lagi.

"ada, kadang kadang." Aerum menggeleng, rasanya dia dah pesan kat Emir supaya tak bagi kena air kat luka tu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now