BAB 34

19 2 0
                                    

Haura yang baru selesai memeriksa laporan pesakit itu mencari kelibat Aerum.

"awak ada nampak Doktor Aerum tak?" Soal Haura kepada jururawat yang bernama Ayuni yang turut berada di kaunter pengurusan itu

"Doktor Aerum ada pembedahan sekarang. hm sepatutnya dah nak selesai ni." Haura mengangguk faham lalu keluar dari wad kecemasan itu. Saja mahu mencari kawan baiknya itu.

Sejak dua minggu kebelakangan ini dia jarang bertemu dengan kawan baik nya itu. Dia tahu yang Aerun sengaja mahu menyibukkan dirinya. hanya dengan cara itu sahaja Aerum akan kembali okey.

Kembarnya pula sibuk menguruskan hal pernikahannya. Tinggal dua minggu sahaja lagi majlis itu bakal berlangsung. Walaupun cuma akad nikah di adakan, tetapi Abang dan Bondanya tetap sibuk macam la nak buat wedding of the year.

"Chagiaaaa...." dari jauh Haura memanggil Aerum yang baru keluar dari bilik persalinan. Suka dia apabila melihat senyuman yang terbit di bibir Aerum itu

"Hi girlfriend saya!" Haura tergelak bebas mendengar balasan Aerum itu.

"jom pergi makan nak tak? dah lama kita tak makan sama sama." Aerum mrngangguk setuju.

"a jom la kita ke cafe." Aerum memautkan lengannya pada lengan Haura.

"do you miss me?" Soal Haura pada Aerum. Saja la dia tu mahu menggedik.

"sikit HAHAHHA. Aku tak sempat la nak fikir pasal orang lain. i'm too busy." Haura mencebik. Walaubagaimanapun dia tetap happy kalau kawannya itu dah okey.

"Kau dah okey?" Aerum mengangguk yakin

"Sure?"

"iyeeeeee." Haura tergelak bahagia.

"okey kalau kau dah okey, aku nak cerita satu story kelakar. kau nak dengar tak?" Aerum melihat Haura dengan kerutan di dahinya. Sejak bila pula kawannya itu pandai meminta izin bila nak bercerita

"asal kau mintak permission aku ni?" Soal Aerum pelik. Dia mengambil pinggan nasi lalu mengambil ayam masak merah lalu di letakkan di dalam pinggannya.

"Sebab ni pasal Wafa tu." kening Aerum terangkat.

"cerita je la. aku dah tak kesah." Kata Aerum lalu duduk di meja yang kosong itu.

"okey. Sebelum tu baca bismillah dulu. lapar betul ni." Aerum tergelak kecil melihat gelagat Haura itu.

"okey so cerita dia macam ni, kan Wafa tu tak pernah tahu yang aku ni kembar tunang dia tu."

"Lepastu hari isnin baru ni, aku tengah duk lepak elok elok dengan Nad, tiba tiba Angah bawak balik rumah, sebab ada nak bincang apa tah dengan Mama. Pasal diorang punya nikah nanti la kot." Aerum hanya mendengar. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan penuh selera. lapar setelah berjam jam berada di dalam dewan bedah tadi

"Lepastu terkejut beruk la dia tengok muka aku ni ha.. pastu aku buat ilek je. Pastu boleh dia serang aku. 'apa yang kau buat kat sini'?" Aerum menahan senyum mendengar suara Haura yang mengejek Wafa itu

"lepatu aku diam je la. aku senyum sinis je kat dia. Lepastu dia berang. 'Aku tanya ni, jawab ar.' lepastu datang la angah aku cakap yang aku ni kembar dia. Kau tahu muka dia macam mana?" Aerum menggeleng

"macam ni." Aerum tergelak melihat Haura yang membuat muka macam terberak dalam seluar

"tau dia takut. aku dengan Nad tahan doe nak gelak, lepastu aku blah macam tu je and then masuk bilik gelak puas puas. Puas hati aku tengok muka dia macam tu heh." Aerum tergelak sambil menggeleng kepalanya.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now