BAB 50

33 5 1
                                    

Aerum dan Haura berhenti berbual apabila melihat Honda Civic milik Emir masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Terangkat kening Aerum melihat Emir yang berjalan sambil menyorokkan sesuatu di belakangnya.

"Ara.. bila datang sini?" Emir menghulurkan yangan kanannya untuk salam adiknya.

"baru je sampai."

"hi.." Emir duduk di sebelah Aerum yang terintai intai belakang Emir itu

"Dah jumpa ke itik tu?" Soal Aerum. Cuba untuk dingin. Melihat anggukan Emir itu membuatkan Aerum merasa sedikit teruja.

"tutup mata dulu." Aerum mencebik, nak main main pulak.

"cepat la, tutup mata dulu." nak tak nak ditutup juga matanya. Emir mengeluarkan sesuatu yang disorokkan di belakangnya lalu meletakkannya di atas tapak tangganya di hadapan muka Aerum.

"okey bukak mata." Dengan teruja Aerum membuka matanya. Muka nya yang teruja terus menjadi kelat. Dia memandang Emir tidak percaya.

"apa ni Mir?" Soal Aerum tak puas hati. Dia memandang patung itik kecil itu dengan jengkel

"eh eh, dia dah panggil kita Mir la, dah tak marah la ni?" Aerum menyimpan senyum nya mendengar suara manja Emir itu.

"betul betul laa, i nak itik untuk makan, bukan itik ni mainan." Aerum mencebik

"laa, bukan ke tadi you cakap nak itik je, tak kira la apa jenis itik pun." Aerum menjeling Haura yang menahan gelak itu. nak je dia luku kepala kembar ni.

Yang kat depan dia ni bagi kuat sikit luku tu, melihat kebebalamnya seperti PhD tu macam tak ada guna je.

"Emir Arrayan......" Aerum menhan geram.

"Ye sayang.." okey kalini Aerum terdiam. anak matanya bergetar mendengar panggilan Emir padanya itu, dengan senyum yang melekat di mukanya, betul betul boleh membuat jantung nya berdegup laju.

Aerum berdehem sebelum membalas.

"j jangan la main main.. i nak itik untuk makan la. saya bagitahu kat nenek nantu baru tauu.." Aerum melihat Emir yang mencebik itu.

"okey okey, sorry la, i dah cari kat banyak tempat tadi itik, tapi tak jumpa lagi, jumpa itik kecil ni je. You ambil la dulu itik kecil ni, esok i keluar cari lagi tau.." sedikit sebanyak Aerum tersentuh melihat keikhlasan yang terpancar di muka suaminya itu.

"tak payah la cari esok, i dah okey pun dengan itik mainan ni." Aerum mengambil itik kecil yang berada di tangan Emir itu

"tak boleh la macam tu, anak daddy kat dalam ni nak makan itik eyh, tak apa nanti daddy carikan jugak sampai dapat tau." terbit senyuman kecil di bibir Aerum melihat Emir yang sedang bercakap dengan baby di perut itu.

"ehem, ingat la sikit, kat sini masih wujud orang single. hormat la siket." Aerum dan Emir tergelak kecil mendengar kata kata Haura yang dah memuncung itu.

"halah halah, kalau nak merasa jugak, cepat cepat la ajak 'orang tu' kahwin, angah tengok dia macam serius dengan Ara." Terus membulat mata Haura memandang angah nya yang cuba untuk kantoikannya itu.

"Orang tu?" Soal Aerum dengan salah satu kening mya terangkat.

"la, tak tahu ke?" Soalan Emir itu dibalas dengan gelengan.

"er, aku masuk dalam dulu la, nak mandi.." Cepat cepat Haura mengambil bag nya lalu berjalan cepat menuji ke pintu rumah. Aerum turut bangun untuk kejar Haura namun sempat di halang Emir

"nanti nanti la you tanya dia." Aerum mencebik.

"you je la bagitahu i.." Aerum kembali duduk, mahu dengar cerita dari suaminya.

"betul nak tahu?" Aerum mengangguk bersungguh.

"boleh, dengan syarat kenapa panggil i abang dulu." Aerum melihat muka Emir dengan pandangan tak percaya.

"dah kenala pulak?"

"i kan husband you.. kena la panggil abang, baru sweet kan." Aerum membuat muka jijik. separuh jijik separuh berbunga sebenarnya.

"tak nak la i."

"tak nak tahu cerita la ni?" Aerum mencebik.

"Suka kan ugut orang." Dia melihat Emir yang tersenyum senget itu dengan tajam.

"Well berkat orang tu, abang dah pandai mengugut orang sekarang." Aerum menyimpan senyum nya mendengar panggilan yang dibahasakan oleh Emir itu.

"you nak cakap orang tu i ke?" Emir hanya mengangkat bahu sambil senyum.

"cepat la, nak dengar cerita tak? abang nak masuk mandi pulak ni, nanti nak pergi solat maghrib dekat surau."

"haishh. ye la abaeng~." tak terdengar jelas perkataan abang yang Aerum sebut.

"apa dia? Cakap la jelas jelas."

"haish, ye abang ye. ABANG ABANG ABANG!" Emir ketawa bebas melihat muka Aerum yang merah itu. Tak tahu sama ada merah malu ke atau merah marah.

"olo lo merah dah muka dia HAHAAHA." Aerum menjelingnya tajam.

"cepat la Abang.."

"okey okey, so cerita dia, sepanjang Aerum duduk kat sini hari tu, Haura dia ada keluar dengan sorang laki tu, tu pun sebab abang ternampak diorang kat restaurant. abang korek punya korek, lelaki tu mengaku la yang diorang tengah dalam proses untuk ke tahap yang satu lagi. And daripada segi abang tengok laki tu, abang nampak yang dia ikhlas and betul betul nakkan Ara." Tersenyum lebar Aerum mendengar cerita Emir itu. tumpang gembira jika kawan baiknya itu sudah bertemu pengganti.

"siapa laki tu?" Aerum teruja ingin tahu.

"Aerum kenal nya laki tu.." lagi la teruja Aerum apabila mendengar kata kata Emir itu

"so siapa?"

"tak boleh bagitahu, kalau nak tahu, pergi tanya Ara sendiri." Aerum mencebik lagi. kedekut 'ilmu' betul la laki dia ni.

"ala.. abang la bagitahu, nanti dia mesti tak jawab punya." Aerum cuba memujuk.

"hmm." Aerum melihat Emir yang mengetuk ngetuk dagu tanda dia sedang berfikir.

"boleh, tapi dengan syarat.." Emir mengetuk pipinya perlahan.

"nak apa? Penampar?" Soal Aerum lurus wal bendul

"yeah, penampar yang guna your sweet and soft lips." Aerum membuntangkan matanya. Agak agak laki dia dah kena sampuk apa masa tengah cari itik tadi sampai jadi miang tiba tiba ni.

"Come on Aerum, it just a simple kiss." Emir cupa untuk provok Aerum. Pipinya di sua suakan ke arah Aerum

Aerum telan liur. Was was. Dia melihat sekeliling, setelah memastikan tiada mata yang memandang, bibir mula dihalakan ke pipi kiri Emir membuatkan bibir mereka bertemu.

Terus sahaja Aerum kebelakang. Spontan tangannya di bawa ke bibir.

"Opps!" Emir senyum nakal. Opps?! Opps kepala lutut dia, mana aci main tipu macam ni.

Tak tahu nak balas apa, speechless Aerum di buatnya.

"dah jom kita masuk dalam rumah, dah nak maghrib ni." Emir memegang tangan Aerum untuk di bawa masuk ke dalam rumah.

"eh abang belum bagitahu lagi siapa laki tu." Emir memberhentikan langkahnya. Dia mendekatkan bibirnya di telinga Aerum untuk membisikkan sesuatu.

"it's a secret, kalau nak tahu, tanya Ara sendiri, abang tak nak masuk campur, nanti dikejarnya abang dengan parang." Aerum ternganga. Adakah ini bermaksud dia telha di tipu hidup hidup?nampaknya ya.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now